Anak-anak Terkena Minyak Atau Air Panas, Jangan Cemas Tapi Lakukan Langkah Ini!

Share

Bahaya sentiasa ada di mana-mana. Dapur antara ruang rumah yang paling terdedah dengan bahaya pada anak-anak kita. Ketika kita asyik memasak di dapur, ada waktunya kita langsung tidak menyedari anak-anak yang datang secara senyap.

Ada waktunya, anak-anak mencapai apa sahaja tanpa sempat kita elak. Terkena minyak panas atau air panas memang amat ditakuti oleh kita sebagai ibu. Jika anak terkena, cemas usah cakaplah, apa lagi berhadapan dengan tangisan anak tanpa henti.

Bila anak terkena minyak atau air panas, jangan cemas, sebaiknya bertindak dengan pantas dan lakukan perkara-perkara ini untuk meredakan. Salah satunya adalah dengan rawatan tradisional.

Jom semak caranya!

1. Lidah buaya

Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.

2. Kapur sirih

Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.

3. Serbuk kopi

Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.

4. Pelepah pisang

Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.

5. Telur

Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.

6. Tepung

Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.

7. Ubat gigi

Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.