Anak-anak tak mahu Hisyam Hamid bercinta lagi,”Mereka tak mahu mama baru.” Pelakon, Hisyam Hamid, 40, ‘ditegah’ anak-anaknya daripada bercinta dan perkara itu juga pernah diluahkan anak-anaknya kepada nenek mereka yang juga ibu Hisyam.
Anak-anak Tak Mahu Hisyam Hamid Bercinta Lagi,”Mereka Tak Mahu Mama Baru”
Hisyam berkata, buat masa sekarang dia sangat selesa dengan kehidupan saya. Anak-anak saya pun cakap, mereka tak nak ibu baru.
“Saya tak pernah buka topik ini kepada anak-anak. Tapi, mak saya ada tanya dan cakap kepada mereka, ‘tak baik, ayah masih muda.
“Tapi, mereka masih bertegas dan katakan tidak. Namun, tak tahulah kalau esok lusa mereka berubah fikiran,” katanya.
Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang berbanding setahun lalu.
“Saya rasa saya bahagia dan berada dalam satu keadaan lebih selesa berbanding setahun lalu.
“Kalau jodoh ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur. Saya okay saja. Jauh sekali daripada terdesak,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai gosip hubungan cinta antara dia dengan seorang penerbit, Hisyam menafikannya dan menganggap itu adalah perkara yang akan muncul memandangkan statusnya kini sebagai duda.
“Kalau cerita mengenai saya bercinta dengan seorang penerbit itu, boleh saya katakan ia tidak benar.
“Saya rasa, itu adalah satu perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang (duda). Kalau dulu, saya sering membawa bersama orang rumah ke mana-mana.
“Jadi, saya selamat dan orang tak boleh bercakap apa-apa. Sekarang ini, saya tak bawa sesiapa.
Ads
“Mungkin bila orang tengok saya baik atau rapat dengan sesiapa, mereka anggap saya sedang bercinta dengan orang itu,” katanya.
Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Nampaknya minggu ni ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung setelah sekian lama tidak dibenarkan merentas negeri.
Khabarnya minggu ni jalan raya bakal sesak apabila cuti kali ini bertembung dengan cuti sambutan perayaan Depavali.
Sudah pastinya ada yang mengambil cuti panjang untuk membawa keluarga berjumpa orang tua di kampung dan singgah ke pusat peranginan.
Namun, cuti-cuti juga, keselamatan harus dijaga untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.
Umumnya untuk pulang ke kampung atau pergi ke mana-mana, perlu ada senarai semak atau check List supaya persiapan perjalanan lebih teratur. Malah menjadikan kita lebih alert dan fokus keperluan dalam tempoh itu.
Sebagaimana perkongsian tular ini, biarpun ringkas tapi ia amat penting untuk kita alert. Ia melibatkan keselamatan di rumah dan keluarga ketika dalam di jalan raya.
Jom kita lihat check list ringkas ini tapi lengkap untuk kita alert hal ini. Tapi yang no 16 hingga 30 tu paling penting untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini semasa memandu. Barulah pulang ke kampung dengan selamat dan harmoni.
30 Check list kena alert!
Sebelum balik kampung:
1. Cabut semua kat dinding except fridge. 2. Buang sampah. 3. Jgn biar baju tersidai diluar. 4. Double triple check fan & lampu. 5. Kosongkan sink. 6. Bawak toiletteries. 7. Charger phone. 8. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah. 9. Niat Nak buat Jamak Qasar. 10. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy. 11. Lapang dada & solat/baca doa musafir. 12. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya. 13. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami. 14 Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes. 15. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR
No 16- 30, paling penting elak kecelakaan di jalan raya!
16. JGN LUPE BAGI SIGNAL 17. JGN LUPE BAGI SIGNAL 18. JGN LUPE BAGI SIGNAL 19. JGN LUPE BAGI SIGNAL 20. JGN LUPE BAGI SIGNAL 21. JGN LUPE BAGI SIGNAL 22. JGN LUPE BAGI SIGNAL 23. JGN LUPE BAGI SIGNAL 24 JGN LUPE BAGI SIGNAL 25. JGN LUPE BAGI SIGNAL 26. JGN LUPE BAGI SIGNAL 27. JGN LUPE BAGI SIGNAL 28. JGN LUPE BAGI SIGNAL 29. JGN LUPE BAGI SIGNAL 30. JGN LUPE BAGI SIGNAL
Pengorbanan besar seorang ibu yang membesarkan anak-anak sendirian selama 13 tahun. Namun semua ini berbaloi bila mana anak-anak berjaya dan itulah yang dapat diungkapkan dengan penyampai radio yang juga Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin.
Emosi DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, bercampur baur apabila melihat puteri sulungnya diterima memasuki universiti. Segala jerih perih membesarkan dua anak anaknya selama ini akhinya terbayar.
Anaknya, Nureen Aresya, 18, diterima melanjutkan pelajaran dalam jurusan Juru Ukur Bahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.
Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu berkata, kejayaan anak sulungnya menjadi anugerah terindah buat dirinya yang selama ini, berusaha keras memenuhi keperluan mereka.
“Alhamdulillah, di sebalik komitmen terhadap kerjaya yang membataskan masa bersama mereka, anak sulung saya masih mampu mencipta kejayaan sama seperti rakan sebaya yang lain.
“Saya tidak punya kekayaan untuk diberikan kepada anak, namun saya berusaha memberikan kasih sayang sepenuhnya supaya mereka tidak merasai kekurangan membesar dalam keluarga tidak sempurna,” katanya.
Calon awal Penyampai Radio Popular, ABPBH 32 berkata, pencapaian anak sulungnya itu membuatkan dia sebak, terutama apabila mengenangkan dirinya tidak dapat selalu bersama ketika Nureen Aresya dan adiknya, Nazren Asyran, 16, memerlukannya.
“Tuntutan kerja membuatkan masa saya bersama anak terbatas. Ada ketika, saya terkilan kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat mereka, tetapi anak memahami situasi saya.
“Bayangkan, sepanjang hari saya sibuk dengan tugasan di pejabat. Selalunya pada sebelah siang, saya sibuk dengan mesyuarat dan menguruskan perjalanan stesen, malam pula saya menyambung tugas di konti.
“Jika tanpa kesungguhan, tidak mungkin kejayaan itu dapat dicapai Nureen Aresya. Saya berharap kesungguhannya itu menjadi pendorong kepada adiknya untuk melakar kejayaan serupa,” katanya.
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah S.W.T selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
Namun siapa sangka sedekah ini lebih berkat apabila diberikan kepada orang yang terdekat dengan kita termasuk isteri dan ahli keluarga.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif meluahkan terharu apabila isterinya mendoakan rezeki buat dirinya. Dia pada mulanya hendak memberi sedekah kepada pengemis tetapi tidak berjumpa dengan golongan itu. Akhirnya memberi kepada isterinya.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Gambar sekadar hiasan
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.
Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.
” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat “
Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :
” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri “
Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta. ” Nah duit sayang “ ” Eh kenapa abang? “
” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri “
Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak.
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!
Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri. p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami