Anak-anak Suka Makan Ikan Bilis Goreng, Ibu Boleh Cuba Cara Kekalkan Kerangupannya Dengan 3 Cara Ini, Terlajak Sedap!

Share

Ikan bilis rangup memang enak di makan bersama nasi lemak panas. Lebih enak lagi kalau di rumah hanya makan berlaukkan ikan bilis rangup bersama kicap kegemaran. Ohh..rasa dunia ini kita yang punya. Silap haribulan, boleh makan nasi bertambah-tambah.

Tapi adakalanya keenakkan bersantap boleh jadi ‘potong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat tiga perkara ini! Jom cuba

# Petua 1

Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!

# Petua 2

Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.

# Petua 3
Salah satu petua lain yang boleh dilakukan adalah dengan membersihkan ikan bilis seperti biasa kemudian masukkan ke dalam bekas. Kemudian masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis. Biarkan diperap selama 5 minit. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Hasilnya ikan bilis akan kekal rangup dan enak dimakan.

Tip Perlu Tahu

1. Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.

2. Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.

3. Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!

4. Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.

Foto: faafsha.blogspot.com, kitchenjournalwithlove.blogspot.my