Wajah yang kacak dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.
Siapa tak kenal kan dengan hero Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.
Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.
Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.
Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.
Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.
Baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.
Si sulung Faizal, Fazryn membesar menjadi anak gad1s yang cantik dan manis orangnya. Begitu juga adik lelakinya, Fazrick yang juga telah dewasa dan juga memiliki senyuman yang manis.
Anak-anak Faizal sudahpun remaja namun Faizal dan Suhaila masih terlihat muda belia. Memetik kata Faizal di kapsyennya, tiada apa yang istimewa cuma masa berharga bersama insan tersayang.
Ayah dan ibu sama-sama memainkan peranan penting dalam pembentukan diri anak-anak. Tidak lengkap andai salah seorangnya tiada. Kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa pelengkap dalam diri anak-anak.
Justeru, masing-masing kena tahu peranan jika mahu anak menjadi insan yang berguna suatu hari kelak. Saudara Najmi Nawawi kongsikan peranan seorang ayah dalam dunia keibubapaan.
AYAH DAN DUNIA PARENTING
Seorang ayah mampu memainkan peranan penting dalam dunia parenting sama seperti para ibu. Kebapaan ialah sebuah perkara yang ‘complex’ dan fenomena unik yang memberi impak besar pada emosi dan intelek anak-anak.
Pakar psikologi kanak-kanak mengatakan bahawa cinta dari ibu sangat berbeza dengan cinta dari seorang ayah. Ianya ialah sebuah pengalaman berbeza secara ‘qualitatively’.
Seorang ayah “love more dangerously” kerana cinta dari para ayah lebih “expectant, more instrumental” berbanding seorang ibu.
Sebab itu pentingnya penglibatan seorang ayah dalam dunia parenting. Kerana tugas ini tidak boleh ditiru oleh orang lain. Ia akan melengkapkan kecintaan yang telah dicurahkan oleh para ibu.
1. Gaya parenting ayah berbeza
Seorang ayah mempunya gaya tersediri khususnya dari cara komunikasi dan interaksi dengan anak-anak. Kelainan ini sangat baik untuk anak-anak, dimana mereka akan dapat pengalaman berbeza dalam interaksi seharian. Seterusnya anak-anak akan dapat belajar melihat dunia dari sudut pandangan berbeza dan ketahuilah, hal ini penting dan kritikal dalam pembentukan anak-anak.
2. Gaya permainan ayah berbeza
Ayah akan geletek anak lebih, ‘smack down’ anak lebih dan boleh angkat anak mereka terbang tinggi ke udara. Sebaliknya para ibu pula akan berterusan menasihati, ‘jangan tinggi sangat’, ‘jangan kasar sangat’ dan sebagainya. Perbezaan ini sangat penting untuk anak-anak belajar keseimbangan antara perilaku kasar dan lembut seterusnya memahami untuk menjadi adil dalam tindakan.
3. Gaya keyakinan ayah berbeza
Memang betul, kalau dengan ayah ‘confidence’ level itu tinggi sikit. Kalau tidak percaya, boleh pergi ke taman permainan dan ‘observed’. Siapa yang meminta anak untuk panjat lebih tinggi dan berlari lebih laju? dan siapa pula yang meminta anak-anak untuk hati-hati? Seorang ibu bersikap melindungi manakala seorang ayah pula mempengaruhi anak-anak untuk ‘push the limit’.
Kesimpulannya, lelaki dan perempuan itu memang berbeza. Mereka makan dengan cara berbeza, berpakaian berbeza, dan mengharungi kehidupan di dunia dengan pandangan berbeza.
Oleh sebab itulah, lelaki yang menjadi ayah dan perempuan yang menjadi ibu, mampu memberi gabungan resepi yang sesuai untuk pembentukan anak-anak.
p/s : Ramai ayah hebat di luar sana yang sudah membuktikan mereka mampu menjadi ‘involved father’. Iaitu mereka yang betul-betul melibatkan diri dalam parenting anak-anak. Tahniah!
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk info kekeluargaan dan tips parenting yang dikongsi sentiasa.
Kenangan hidup bersama ibu bapa sejak kecil pasti akan dingati sampai bila-bila. Mereka yang menjaga kita penuh kasih sayang sehingga dewasa hingga mampu berdikari dan membina kerjaya sendiri.
Alangkah beruntungnya anak itu apabila ibu bapa masih tinggal bersama sebumbung. Dapat menikmati lagi kasih sayang mereka walaupun sudah mempunyai keluarga. Hakikatnya bukan mudah sebenarnya ibu bapa ingin duduk serumah dengan anak-anak yang sudah berumahtangga. Maklumlah mereka sudah memiliki rumah sendiri di kampung. Bagi yang diberi peluang duduk sebumbung bersama ibu bapa seharusnya menghargainya. Inilah masa untuk berbakti pula kepada orang tua.
Begitulah yang dialami oleh puan Nurlia Mohd Nor yang melahirkan rasa syukur apabila arwah ibu dan bapanya tinggal bersamanya.
Momen indah ketika bersama arwah dan bapa menjadi memori yang sangat manis untuk dikenang. Malah katanya, peluang ini juga memberi ruang kepadanya mendapat pahala berkat menjaga orang tua.
” Mak kamu yang beria nak dok dengan kamu. Tu yang bila kamu ajak dia setuju. Terus ajak abah..”, kata Abah.
Saya masih teringat kata- kata ini waktu bersembang dengan Abah dulu.
Bila rumah yang kami tinggal sekarang ni siap orang pertama yang kami bawa lihat adalah mak abah.
1st time masuk rumah ni kami dah plan dan excited bercerita pada mak dan abah.
” Yang ni bilik mak, abah. Nanti Ya letak katil, almari, tv..”
” Nanti kat sini Ya letak kerusi, mak boleh berehat…”
” Kat sini pulak tempat solat, bla..bla..”
Seronok sungguh waktu itu.
Alhamdulillah sepanjang mak dan abah tinggal di sini kami tidak menghadapi masalah. Tak pernah berlaku salah aham, terasa hati, bermasam muka dan sebagainya. Kami bahagia tinggal bersama orang tua. Kami masak bersama. Pukul 10 pagi 3 beranak mula la masuk dapur. Hehehe.
Biasa mak akan masak menu gulai, saya menu bergoreng manakala abah pula akan buat menu sayur. Abah memang suka join sebab dia suka masak. Alahai. Seronoknya waktu itu. Tapi sejak mak dah tiada, abah dah taknak buat aktiviti memasak dah. Separuh jiwanya sudah pergi..
Sesekali bila abah dan mak balik jenguk rumah di kampung seminggu dua, mak dah mula resah. Bila saya call, abah akan mengadu.
” Mak kamu ni tiap- tiap hari tanya bila nak balik Bukit Beruntung?”
Hehehe.
Bila saya mendengar dan membaca beberapa cerita ada ibu bapa yang terasa hati dengan anak apabila tinggal bersama agak payah untuk saya nak komen. Balik ke rumah ibu bapa sekali sekala tak sama dengan tinggal bersama ye. Perasaan tak selesa dan sebagainya itu takkan diuji selagi kita tak tinggal bersama. Waktu tu baru tahu siapa diri kita sebenarnya.
PAHALA BILA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Cuma satu saja. Pegang pada yang ini. Apabila ibu bapa nak tinggal bersama itu sebenarnya peluang untuk kita KUTIP PAHALA.
1) Bawa ibu bapa tinggal bersama adalah rezeki yang tak semua orang berpeluang dapat. So rebutlah peluang itu, jangan sia- siakan. Buat mereka terasa seperti tinggal di rumah sendiri.
2) Ibu bapa adalah punca rezeki kita. Bawa mereka tinggal bersama tak kurang pun rezeki malah Allah bagi rezeki lebih dari pelbagai sudut. Dan percayalah, sebenarnya kita yang menumpang rezeki mereka.
3) Apa yang kita makan, itulah juga yang mereka makan. Bukan beli makanan tertentu, sorok makan. Orang tua nampak, terasa hati. Nampak macam perkara remeh, tapi semua situasi ni ada berlaku.
4) Jangan jadikan orang tua ‘pembantu’ kita. Buat kerja rumah macam biasa. Bila orang tua tinggal bersama itu bukan tiket untuk kita mengharapkan mereka terutama kerja rumah. Jika kita bekerja hantar anak- anak ke pengasuh sama seperti sebelum ini terutama yang kecil. Ibu bapa kita perlu rehat secukupnya.
5) Jangan pernah anggap mereka bebanan terutama apabila mereka tidak sihat. Sampai satu masa kita akan diuji dengan semua ini. Mereka akan jadi seperti kanak- kanak semula. Makan tumpah, perlu kita mandikan, cuci najis dan sebagainya. Ingat semula waktu mereka membesarkan kita dulu. Inilah masa kita pula buat perkara sama dan membalas jasa mereka pula.
Saya mungkin bertuah sebab ada mak dan abah yang amat memudahkan dan menyenangkan. Ujian setiap orang takkan sama. Saya pernah terdengar Mak dan Abah bersembang,
” Kita ni setiap hari kena berdoa mudah- mudahan Allah mudahkan hari tua kita. Moga kita menyenangkan anak- anak. Biar anak- anak jaga kita deme dapat pahala, bukan jadi anak derhaka..”
Ya, itulah kekuatan doa. Kita pun dah boleh mula berdoa macam ni. Mudah- mudahan di hari tua kita memudahkan anak- anak. Jaga orang tua ni kalau betul cara akan dapat pahala, tapi kalau tak kena cara boleh jadi anak derhaka.
Alhamdulillah mak tinggal bersama kami sehinggalah menghembuskan nafas terakhir 2 tahun yang lalu dan berpindah ke rumah baru yang kekal abadi. Cuma tinggal abah saja untuk kami terus berbakti dan mengutip pahala.
Minggu lepas waktu suami dan abah ziarah kubur Mak, dia bertanya.
” Abah kalau ada tak selesa apa- apa kat rumah abah bagitau ler. Kot abah ada nak beli apa- apa..”
Abah jawab,
” Abah dah selesa dok rumah kome. Takde apa nak dah..”
Jawapan yang simple tapi cukup buat kami lega.
1 Februari ini genap 2 tahun emak pergi meninggalkan kami. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Dah 2 tahun tak panggil mak, dah 2 tahun juga tak dapat lihat wajah dan sentuh mak. Sampai sekarang ada masa air mata tertumpah jua bila rindu itu datang bertamu. Al fatihah Mak.
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan menginginkan rumah tangga yang harmonis dan bahagia sehingga ke syurga. Akan tetapi, kadangkala ujian badai yang melanda yang membuatkan pasangan rasa goyah.
Untuk memastikan bahagia tak salah untuk kita mencuba beberapa doa supaya dapat merapatkan hubungan suami isteri.
Ikuti 5 ayat boleh diamalkan agar kasih sayang makin menebal dan kekal harmoni. Pastinya sesuai sekali isteri untuk jadikan suami sentiasa jatuh cinta pada anda.
Amalkan baca ayat dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda.
2. Surah taha ayat 39 juga Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.
3. Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila.
4. Surah Al-Qadr bermaksud kemuliaan. Dinamakan Al-Qadr kerana menunjukkan Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh.
5. Surah yusuf ayat 4 ini sering diamalkan oleh ramai orang. Ayatnya juga pendek dah mudah dihafal. Kebaikan amal ayat ini akan membuat seseorang yang benci menjadi sayang apabila melihat wajah kita. Sebaiknya amalkan 3kali atau 7 kali setiap hari bila-bila masa sahaja.
Semoga dengan doa pengikat kasih ini akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...