Pemergian secara mengejut si ayah ketika sedang menunaikan ibadah terawih ternyata membawa kejutan besar buat ahli keluarganya.
Zamri Saad, 51 meninggal dunia ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling, Kedah sabtu lalu.
Arwah dilaporkan rebah secara tiba-tiba disahkan meninggal dunia di masjid itu.
Isterinya, Rohani Mohd Noor, 51, berkata, dia hanya mengetahui bahawa suaminya rebah secara tiba-tiba selepas dimaklumkan abang iparnya.
“Kira-kira pada jam 10 malam, abang suami saya datang beritahu suami telah jatuh dan pengsan ketika solat.
“Saya terus mengajak anak kedua, Nazirol, 20, ke masjid itu dan dia masuk dahulu ke dalam masjid sebelum keluar semula dengan memberitahu bapanya sudah tiada,” katanya kepada pemberita pada Ahad.
Ibu kepada tujuh anak itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anak-anak mula perasan bapa mereka agak pendiam sejak akhir-akhir ini.
Katanya, dia tidak menyangka suaminya meninggal dunia ketika sedang solat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz.
Ads
“Sepanjang Ramadan, inilah kali pertama suami saya tergerak hati berbuka puasa di masjid. Tidak sangka arwah akan dijemput Ilahi ketika sedang solat tarawih di masjid itu.
“Sebelum itu, suami ada mengajak saya untuk solat tarawih di masjid itu, namun saya menolak kerana mahu solat di surau berhampiran rumah kami,” katanya.
Ketika diminta berkongsi amalan suaminya, Rohani memberitahu, arwah sentiasa bangun malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan solat sunat lain sehingga waktu bersahur sepanjang Ramadan setiap tahun.
“Suami dulu bekerja sebagai pemandu lori tetapi sudah tidak bekerja kerana bimbang tahap kesihatan memandangkan pernah dimasukkan ke Hospital Taiping, Perak akibat penyakit jantung tiga tahun lepas.
Dia berkata, mereka sekeluarga bagaimanapun reda dengan pemergian arwah.
“Anak-anak telah membeli baju raya warna sedondon untuk menyambut Hari Raya, namun arwah sudah pergi dahulu, ” katanya.
Ads
Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, arwah Zamri rebah ketika sedang solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.
Hashim berkata, arwah memberitahu dia tidak boleh makan kurma kambing ketika mereka berbuka puasa, namun ada meminta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anaknya.
Menurutnya, arwah juga ada mengadu sakit dada pada jemaah lain pada sebelah petang sebelum kejadian.
“Ketika solat, arwah tiba-tiba rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat.
“Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia lebih kurang jam 10.10 malam semasa selesai memberi salam pada rakaat ke 20 solat tarawih ketika berada di saf hadapan dan kedudukan berada di belakang Imam.
Demi mendapatkan wang, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mencederakan insan yang tidak berdosa. Demikian yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang cedera selepas bergelut dengan peragut semalam. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Keting, Bachok Kelantan awal pagi semalam.
Dalam kejadian 11 pagi tadi, mangsa Alias Awang, 64, parah di tangan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di mulut.
Anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 berkata, ketika kejadian ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima, Bachok dengan motosikal Honda Ex5 selepas mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
“Sebaik keluar dari Pasar Selasa, ibu bapa dikejar dua peragut yang turut menaiki motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting, Bachok. Menurut cerita ayah, dua peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba mek (ibu).
“Tindakan itu menyebabkan ayah dan mek terjatuh daripada motosikal menyebabkan mereka cedera teruk.
“Seorang daripada peragut cuba merampas beg, namun gagal apabila mek sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut melarikan diri,” katanya
Sementara itu, Rahimah memberitahu tidak akan memaafkan kesalahan yang dilakukan peragut terhadap dirinya dan suami.
“Tiada maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami, hanya untuk dapatkan duit dengan mudah. Akibat kejadian ini , kami menerima lebih 60 jahitan di mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.
“Saya sendiri menerima 20 jahitan di mulut dan sakit seluruh tubuh, manakala keadaan suami lebih teruk apabila parah terkena tar jalan.
“Keadaan suami sendiri memang sudah tidak sihat memandangkan dia baru menjalani pembedahan membuang usus pada 2016 lalu, dan sekarang pula perlu tanggung sakit akibat peragut menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.
“Sebab itu, sukar saya nak maafkan peragut itu, tambahan pula kami berdua pernah kena ragut pada dua tahun lalu di Kubang Kerian. Sekarang saya jadi trauma nak pergi ke mana-mana.
“Mak cik tak nampak wajah mereka sebab mereka berdua memakai topi keledar yang menutup muka mereka, cuma mak cik ingat pemboncengnya bertubuh kurus,” katanya.
Bagi Alias pula, dia berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian menimpanya dan isteri apabila tidak meletakkan beg tangan di tempat terdedah kerana boleh mengundang jenayah.
Keletah si comel, anak kesayangan pereka fesyen terkenal Rizman dan Nurida Suraya ni memang cantik dan bijak bergaya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau dah berbapakan pereka fesyen terkenal tanahair tentu sahaja anak pun automatik bijak berfesyen dan bergaya.
Walaupun baru berusia setahun lapan bulan tetapi si kecil yang berwajah cantik ini tak kekok bergaya.
Bukan hanya berpakaian cantik tetapi gelagatnya membimbit beg tangan membuatkan ramai pengikut bapanya geram dengan aksi comel tersebut.
Bahkan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta yang terkenal suka bergaya dengan handbag juga ada meninggalkan komen ‘geram’ dengan gelagat puteri sulung Rizman yang gemar bergambar dengan beg tangan.
Bijak Bergaya Kesayangan Daddy
Rizman sendiri gemar berkongsi gambar-gambar Rizqaa yang sangat mesra kamera dan pandai beraksi dengan gaya comel yang memikat hati pengikut Instagram bapanya.
Jom tengok beberapa aksi comel Rizqaa bergaya dengan pelbagai koleksi pakaian yang kebanyakan direka sendiri oleh ‘Dadi’ nya.
Ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak boleh membaca lebih awal dari usia kan. Pelbagai cara dicuba kepada anak-anak bagi tujuan tersebut. Namun ada yang sukar atau sedikit ‘lambat’ untuk menyerap apa yang diajar
Kebiasaannya, ibu bapa akan membeli buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada anak dalam usaha untuk membolehkan mereka mudah menguasai teknik membaca.
Namun, wanita ini berkongsi cara yang cukup mudah dan untuk dipraktikkan. Tip ini dikongsikan oleh saudari Afifah Salleh.
Disleksia
Ada seorang kenalan saya kat fb ni dia tanya pendapat dan teknik macam mana saya mengajar supaya kanak-kanak dapat cepat membaca. Anak dia mengalami masalah disleksia dah berumur 7 tahun namun masih belum dapat menguasai membaca. Dan sering keliru huruf b dan d, nombor dan lain-lain.
Jadi saya nak share pengalaman saya dulu mengajar kat sekolah tabika dan ini tips yang sangat mudah diamalkan tapi malam ni kita hanya fokus kanak-kanak yang sering keliru antara huruf b dan d.
Tips dia ajarkan anak buat thumbs up macam dalam gambar kedua tu. Minta anak tengok jari mereka sendiri. Cakap dengan mereka, tangan makan (kanan) adalah huruf “d” iaitu daging. Katakan kat anak “makan DAGING” sambil buat aksi tengah makan. Tangan cebok (kiri) adalah huruf “b” iaitu bersih. Kata kat anak pula “cebok BERSIH” tekankan huruf “b”. Sentiasa praktiskan dengan anak dan buat aktiviti menulis sambil mereka tengok jari sendiri sampai mereka mahir.
Jika ada anak murid cikgu-cikgu yang sering keliru antara huruf b dan d boleh cuba aktiviti yang sangat mudah ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...