Betul lah kata pepatah, mulut ni ibarat sebilah pisau. Walaupun secara zahirnya tak mampu membunuh, tetapi boleh melukakan hati seseorang dan sukar untuk dilupakan.
Anak-anak masa kini, tak sama dengan zaman dahulu. Corak didikan juga tidak sama, apatah lagi tingkah laku. Kalau dulu, nak marah ibu ayah pun fikir banyak kali tau! Zaman sekarang, ibu ayah sendiri pula yang dimarahi oleh anak-anak. Hmmm…
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa perlu ingat, mereka itu zuriat kita. Bila hampir dalam situasi sebegini, ibu ayah jangan sesekali melatah untuk menyebut 3 perkara yang disenaraikan oleh suami kepada pelakon, penerbit dan pengarah, Shiela Rusly, iaitu Jinggo atau lebih dikenali di laman sosialnya sebagai Tok Sidang. Semoga jadi panduan bersama.
Tok Sidang nak nasihatkan diri sendiri jugak pada anak anak keturunan GENERASI Tok Sidang bila komer dah jadi MAK BAPAK nanti bior bueh macamane anak anak kite, bior deme nyakitkan hati kite MAK BAPAK macamane sekali pon jangan haruih terkeluo dari mulot kita 3 pekara ni… . 1. JANGAN BUANG ANAK KITA 2.JANGAN SESEKALI NGALAU ANAK KELUAR RHUMOH 3. JANGAN SESEKALI KITA NI MAK BAPAK TAK NGAKU ANAK KITE
Ads
sebabnye bila anak anak TERASA HATI merajuk bawok hati jauh… bila kite ni MAK BAPAK terasa rindu…terasa sayu… mane nak carik deme… mane nak di cokah kan? . Hadoiiii makkkkk aiiiii shahdu lak hati Tok Sidang ni…🙁☹️
Perkongsian ini dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini sebagai kapsyen sebuah video. Jinggo dalam video tersebut meluahkan rasa sedih apabila selama ini bekerja bersama-sama anak sulungnya, Haq.
Namun terpaksa berseorangan apabila anaknya itu jatuh sakit. Perkara ini dikaitkan dengan dirinya yang sudah berusia, cepat rasa sensitif dan diumpamakan perasaan ini seperti ibu ayah yang menunggu anak-anak di kampung.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Tok Sidang ini. Malah, ada juga antara follower yang menyimpan cita-cita untuk jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak pada masa akan datang.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Justeru, dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, tidak sama cara didikan. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Baru-baru ini, Hanis berkongsi tip bagaimana memastikan tidak berlakunya lambakan barang mainan di rumah.
Menurut Hanis, mendidik anak-anakanya ‘melepaskan’ secara sukarela mainan tersebut dengan menderma yang lama jika sudah mempunyai mainan yang baharu. Mainan lama tersebut akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Kaedah yang dipraktikkan Hanis ini juga ini dapat melatih anak-anaknya supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baharu memandangkan sayang untuk melepaskan mainan lama kepada orang lain.
Dalam pada Itu, Hanis turut berkongsi tip untuk ibu bapa supaya membiarkan anak-anak memilih sendiri jenis mainanan yang ingin mereka berikan kepada orang lain.
Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga menjadikan mereka mempunyai presepsi dimana pendapat mereka dihargai dari kecil hingga dewasa kelak.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Sesungguhnya doa tanpa hijab ini membawa maksud doa tanpa penghalang. Begitu juga dengan doa makbul ibu ayah kepada anaknya.
Malah definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 186:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
Ini kerana doa merupakan ibadat kerohanian yang cukup tinggi nilainya, di mana setiap manusia akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan keagungan Allah swt, setelah usaha dan ikhtiar dilakukan kemudian dituruti dengan permohonan dengan penuh tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dari Allah S.W.T
Mukjizat doa itu jelas terbukti apabila, Nabi Ibrahim begitu bersungguh memohon kepada Allah mendoakan anaknya. Jadi kita sebagai manusia jangan sekali abaikan untuk berdoa untuk anak-anak. Jangan jemu untuk berbuat demikian. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
Gambar hiasan
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak.Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh?Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungkapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Moga kita muhasabah diri untuk mendoakan anak tanpa jemu.
Ibu mana yang tak bahagia apabila melihat anaknya mendapat pasangan yang baik. Demikian jug dengan ibu kepada penyanyi terkenal Aliff Aziz.
Menurut Hafiza Basharahil, dia terharu Dan gembira dikurniakan menantu, Bella Astilah yang baginya banyak berkorban terhadap keluarganya terutama buat Aliff selama ini.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Hafiza sempena ulang tahun kelahiran menantunya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Hafiza menitipkan ucapan istimewa buat menantunya. Dia mendoakan kesejahteraan buat isteri kepada anaknya, Aliff Aziz supaya diberkati dunia akhirat.
“Sanah Helwa to my one and only daughter in law Bella! Today you celebrate another year older Masya-Allah.
“Umi dan Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Bella dunia dan akhirat … you are so much wiser than your age dearest daughter,” tulisnya.
Ibu Aliff berkongsi ucapan itu menerusi satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
“Kamu telah berkorban banyak untuk keluarga kamu dan kami. Kami tahu Bella adalah seorang anak, isteri, ibu, kakak dan teman yang sangat-sangat baik.
“You always put others before yourself, always thinks the best of others despite how others treats you … itu adalah sifat yang sangat baik dan terpuji.
“Semoga Bella sentiasa dalam kasih sayang Allah serta sentiasa dalam lindungannya aamiin,” luahnya.
Menerusi perkongsian Itu, dia memuat naik foto Bella bersama Aliff ketika menjuarai pertandingan Gegar Vaganza baru-baru ini.
Kata ibu Aliff, gambar yang dikongsikan itu amat bermakna baginya dan menunjukkan maksud tersirat.
“Why this picture? Cause looking at this picture of you both reminds me of your sacrifices specially for Aliff dan Allah berikan secebis nikmat buat Bella Allahuakbar,” ujarnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...