
Memikirkan apa aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama keluarga pada hujung minggu selain keluar ke pusat membeli belah, apa kata hari ini kita buat aktiviti riadah dengan bermain bubble.
Menjadikan lebih menarik, sebelum bermain kita hasilkan terlebih dahulu cecair buih tersebut yang bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan berbanding beli siap.
Ini telah dikongsikan oleh Puan Norshahida Lambri.
BUBBLE HOMEMADE
Hari cuti rumah mesti meriah, mommies mesti pening. Pikir aktiviti untuk anak-anak, diaorang pun mesti boring.
Ok apa kata kita buat bubble homemade. Kalau main dekat luar, semangkuk sabun tu lima hengget hokay. Kalau anak sorang selamat lagi, yang macam shyda nih ada 4 ketoi, rabakkk. Buat sendiri siap boleh simpan lagi, jimattttt.
Anak-anak pun puas main, sampai naik pedih bijik mata, rasakannn hahaha. Bahan-bahan simple yang ada dekat dapo, tak payah susah-susah.
Bahan-bahan
✔ Air 1.5 liter
✔ 4 sudu besar tepung jagung
✔ 250ml (Joy)
* Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, cuma joy dia pekat siket.
✔ Pewarna (jika perlu)
✔ Bubble wands (yang ni kena ada kalau tak jenuh nak niup nanti)
Cara-cara
1. Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen.
2. Masukkan joy, kacau hingga sebati. Siappp!!
Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman.
Shyda buat tak sempat nak simpan, dah kena serang dengan 4 ketoi nih
Jadi mommies boleh buat keje dengan tenang, anak-anak pun hepi. Percayalah (ct nurhalijah) kita pun terjebak dok main sekali
sumber :Norshahida Lambri.
Al Kauthar Eduqids Memeterai Perjanjian Dengan Kolej Cybernetics, Tingkat Kualiti Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kanak-kanak tunjang harapan dan aspirasi negara untuk hari mendatang. Justeru pendekatan holistik perlu diambil ke arah kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak.
Cakna dengan hal ini, Al Kauthar Eduqids menandatangani perjanjian bersama Cybernetics International College of Technology bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.
Objektif kerjasama ini adalah untuk saling meningkatkan kepakaran dan faedah bersama bagi menyumbang kepada negara untuk membentuk graduan yang kompeten melalui pendedahan kepada industri menerusi kemudahan-kemudahan yang ada.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, kerjasama ini dilaksanakan dengan persetujuan kedua-dua pihak dan punya peranan masing-masing dalam memastikan objektifnya tercapai.
“Antara peranan utama Al Kauthar Eduqids ialah memberi peluang kepada Cybernetics menempatkan pelajar-pelajar atau lepasan pelajar sebagai pelatih industri dari Cybernetics International College of Technology atau memberi khidmat sokongan di Al Kauthar Eduqids (tertakluk kepada syarat kelayakan) bagi suatu tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Tidak hanya itu, Cybernetics juga berpeluang memanfaatkan khidmat nasihat Al Kauthar Eduqids dan menganjurkan ceramah teknikal kepada pelajar Kolej Cybernetics mengikut bidang perniagaan Al Kauthar Eduqids,” ulas beliau.
Tambah beliau lagi, selain daripada peranan Al Kauthar pihak Cybernetics juga akan memainkan peranan dalam menjayakan kerjasama ini. Antaranya ialah Cybernetics akan mengutamakan Al Kauthar Eduqids berbanding syarikat lain dalam memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar dan bekas pelajar dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Al Kauthar Eduqids.
Seterusnya, dari segi promosi syarikat Al Kauthar Eduqids berpeluang untuk membuat penerangan atau seminar kerjaya bersama, mengiklankan kekosongan jawatan di Cybernetics dan mengadakan sesi temuduga dengan pelajar-pelajar Cybernetics bagi tujuan pemilihan dan pengambilan pekerja yang sesuai.
Apa yang menarik lagi, bagi memberi peluang kepada pelajar Cybernetics merasai pengalaman sebenar Al Kauthar Eduqids akan memberikan kemudahan kepada aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Cybernetics seperti lawatan ke persekitaran industri.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengiktirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkenaan Al Kauthar Eduqids, layari https://www.alkauthareduqids.edu.my/
MENGENAI AL KAUTHAR EDUQIDS
Merupakan tadika swasta yang memulakan operasi pada September 2013. Kini, Al Kauthar Eduqids mempunyai sebanyak 170 cawangan di seluruh Lembah Klang dan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah dan mensasarkan sekurang-kurangnya 300 cawangan dalam tempoh dua tahun akan datang. Diasaskan oleh sepasang suami isteri Dato’ Dr.(hC) Kapten Bakhtiar Aliff dan Datin Dr.(hC) Nor Fadilah Alias.
Kapten Bakhtiar Aliff memulakan karier awal dalam industri penerbangan sebagai Juruterbang di Malaysia Airline System Berhad (MAS) pada tahun 2007. Beliau mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Eksekutif Pengurusan Penerbangan dan telah dianugerahkan Honorary Doctor of Philosophy (Honoris Causa) dalam Pentadbiran Perniagaan dari The Malaysian Honorary Doctorate Organization.
Pada tahun 2021, beliau dianugerahkan “Community Leader Of The Year” dan tersenarai dalam The 100 Top Young CEO (100TYC) pada tahun 2020 dan The 100 Most Influential Young Entrepreneur (100MIYE) dan Excellence Islamic Educational Entrepreneur pada tahun 2019. Datin Fadilah memulakan karier dalam industri pendidikan pada 2008 sebagai guru tadika di Tadika Nur Saruta, SMT (ERT) Setapak selama 14 tahun.
Beliau memiliki Sijil Awal Kanak-Kanak dan Diploma Pendidikan mengkhusus dalam bidang Pra Sekolah dari Universiti Industri Selangor pada tahun 2011, Diploma Kemahiran Malaysia dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kini di peringkat akhir mendapat gelaran ‘Pakar Industri Negara’.
Datin Fadilah telah dianugerahkan Honorary Doctor of Philosophy (Honoris Causa) dalam Pentadbiran Perniagaan dan menjadi ahli The Malaysian Honorary Doctorate Organization.
Datin Fadilah turut dilantik sebagai Panel Penasihat Luar (Akademik) di UNISEL untuk Diploma dan program Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra Sekolah.
Beliau telah tamat kursus “Train the Trainer” bertauliah yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Vokasional Pegawai Latihan (VTO) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Al Kauthar menawarkan tempat pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dengan program Pre Tahfiz, Montessori. Bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun pula lebih memfokuskan kepada program Playschool dan KAFA.
Keunikan dan keistimewaan tadika Al Kauthar juga kerana ia menyediakan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autisme, Speech Delay, Minor Sindrom Down, GDD dan ADHD.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Makeover Rumah Felda Ibu Jadi Luas Dan Cantik! Inspirasi Cara Pasangan Suami Isteri Ini.

Rumahku syurgaku! Tak kiralah rumah kita atau rumah ibu bapa, rumah adalah tempat untuk kita berehat bersama suami, anak, ibu, ayah dan saudara mara.
Juga tidak bermakna rumah kos rendah atau rumah rakyat tidak boleh dihias cantik dan kemas. Begitu juga dengan rumah ibu ayah atau mertua. Ibu bapa mana yang tak gembira apabila rumah dihias cantik oleh anak dan menantu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini telah makeover rumah ibu di felda yang suram kepada sebuah rumah yang tenang, luas dan cantik.
Melalui perkongsiannya, sebelum dan selepas, jelas ketara, rumah yang disusun atur kembali dengan rona warna yang menarik, rumah lama tentu kembali ‘fresh’.
Inspirasi dengan kesungguhan pasangan suami isteri ini. Barangkali kita juga berbuat perkara yang sama untuk ibu ayah di kampung. Inilah masa untuk gembirakan mereka. Tak perlu ribu bajet, cukup sekadar makeover yang simple-simple aje.
Apa yang pasti, jika tak berkira dengan ibu ayah, rezeki pun tak berkira nak datang kepada kita.
Jom lihat perkongsian ini.
“Assalamualaikum semua.. Sy nak kongsikan hasil make over yg sy dan isteri buat utk ruang tamu dan bilik tidur rumah papan Felda mak sy. Semoga bermanfaat“
Selepas





Inspirasi kan. Jom buat untuk ibu ayah di kampung. Jika tak mampu nak keluar bajet sendiri, berbincanglah dengan adik-beradik lain.
Kredit: Ferdaus Ahmad
15 Fakta Hubungan Intim, Buat Rumah Tangga Lebih Bahagia!

Bila bercerita mengenai hubungan intim antara suami dan isteri, sebenarnya ada banyak perkara yang kita masih tidak tahu.
Hubungan intim bukan sekadar melepaskan sahaja keinginan tetapi sebaliknya ia adalah terapi untuk kedua pasangan halal ini.
Jadikan info ini sebagai ilmu untuk memantapkan lagi kerukunan hubungan suami isteri anda. Bagi pasangan yang sudah lama berumah tangga, mungkin ilmu dan fakta ini mampu membuka mata dan menambah skill serta ilmu baru.
Ini yang anda perlu tahu.
1.Di bahagian klitoris wanita terdapat 8000 hujung saraf yang merupakan jumlah terbanyak dalam tubuh manusia. Penis pada lelaki pula hanya memiliki setengah daripada jumlahnya.
2.Bagi penghidap asma, hubungan intim mampu meredakan anda sebagai ubat antihistamin untuk melawan asma dan penyakit alergi lain.
3. Lelaki akan berejakulasi sebanyak 1.5 liter sperma sepanjang hidup mereka.
4. Hubungan intim adalah cara hebat untuk melepaskan ketegangan. Otak akan melepaskan bahan kimia dopamin yang membuat kita merasa lebih relaks.
5. Pada usia 70 tahun, 73 peratus lelaki di dunia masih mampu ‘turned on’.
6.Orgasme akan terjadi lebih agresif pada suhu yang tinggi atau panas. Tekanan darah akan naik lebih cepat sehingga lelaki lebih cepat terangsang.
7. Lelaki mengalami beberapa kali orgasme asalkan orgasme pertama terjadi tanpa ejakulasi dan tidak kehilangan ereksinya.
8. Menurut penelitian University of Groningen, Belanda, sebahagian besar otak wanita akan berhenti bekerja ketika orgasme, terutama pada pusat saraf yang mengatur rasa takut.
9. Bahagian kiri testis lelaki juga biasanya tergantung lebih rendah jika dibandingkan dengan yang kanan.
10 Ketika terangsang, vagina wanita akan memanjang sekitar 4 inci atau lebih bergantung kepada daya ransangan dan tekanan yang dihadapi.
11. Aroma yang dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah ke penis adalah bau lavender, coklat, donat dan tak kurang juga bau enak daripada sebiji buah labu.
12. Ketika lelaki sedang berejakulasi, hanya 200 daripada 100 juta sperma yang dapat mendekati sel telur. Namun hanya satu sahaja yang menjadi juara.
13. Penelitian yang dilakukan oleh University of British Columbia mengatakan, 20 minit senaman setiap hari dapat meningkatkan tindak balas seksual yang lebih baik pada wanita.
14. Abraham Morgentaler, M.D., penulis buku tentang hubungan intim dan lelaki mengatakan lelaki muda tidak terlepas daripada mempunyai disfungsi ereksi yang disebabkan oleh psikologi mereka sendiri. Mungkin rasa tidak yakin berbanding lelaki sudah berusia.
15. Menurut penelitian, secara rata manusia mampu membakar lebih 200 kalori setiap kali melakukan hubungan intim selama 30 minit.
Wow!