Mak ayah mana yang tak terkesan bila mana anak asyik bergaduh. Walau hanya hal yang kecil, jangan dibiasakan kerana pergaduhan anak waktu kecil boleh memberi kesan apabila mereka membesar.

Menurut perkongsian Ibu Rose, anak-anak biasanya bertelagah dengan pelbagai sebab. Antara sebab terbesarnya adalah rasa cemburu dan kurang disayangi.

Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;

1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki

2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.

3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.

4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.

5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.

Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.

Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.

Ads

Anak-Anak Kerap Bergaduh, Mak Ayah Kena Atasinya, Kalau Tak Kesannya Sampai Besar Nanti!

 

Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :

1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.

2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.

Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.

Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!

Ads

3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.

4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.

Anak-Anak Kerap Bergaduh, Mak Ayah Kena Atasinya, Kalau Tak Kesannya Sampai Besar Nanti!

5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.

6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.

7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.

Ads

Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.

Salam Sayang

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Anak-Anak Kerap Bergaduh, Mak Ayah Kena Atasinya, Kalau Tak Kesannya Sampai Besar Nanti!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Anak-Anak Kerap Bergaduh, Mak Ayah Kena Atasinya, Kalau Tak Kesannya Sampai Besar Nanti!

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber: Ibu Rose

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI