Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Neelofa yang sebelum ini berupakan pengacara bagi program Meletop.
Sejak mendirikan rumahtangga bersama suaminya PU Riz, Neloofa banyak mengurangkan aktiviti seninya dan fokus pada perniagaan dan keluarga.
Kini Neelofa sedang mengandungkan anak kedua selepas mendapat anak lelaki sulong, Muhamad Bilal.
Menerusi video di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjawab pertanyaan ‘nak berapa orang anak’. Jawab Haris, 28, Neelofa mahukan bilangan anak seperti satu pasukan bola sepak.
Seingat saya, dia (Neelofa) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja.
Ads
Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya.
Sementara itu, Neelofa menyatakan Haris bertuah kerana dikurniakan isteri yang seronok memiliki ramai anak. Kata hos Next To Neelofa 2 ini, dia tidak pernah mengehadkan jumlah anak selagi mempunyai kudrat untuk menguruskan.
Ads
Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan ibu bapa perlu berkemampuan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak.
Ads
Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.
Ini yang dinamakan kreatif. Kalau memang punya bakat dan kemahiran , benda simple pun nampak menarik.
Hasil kreativiti seorang ayah. bilik kosong yang sudah usang akhirnya berubah wajah. Simple tapi sweet…si ayah ini transform bilik kosong yang usang kepada bilik mainan anak perempuannya dengan tema ‘Farm House’ cukup menarik mata memandang.
Tidak menggunakan bajet yang mahal, sebaliknya saudara Khairul Azhar hanya menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai RM2 serta Shoppee. Menarik bukan. Sejuk je mata memandang. Anak pun seronok dapat menghabiskan masa bermain di dalam bilik berkenaan.
Alhamdulillah rumah kampung, ada bilik kosong yang usang saya ubah sikit jadikan bilik main untuk anak.
Nampak ceria sikit dan harap okey laa. Tema “farm house” sesuai la dengan rumah kayu.
Barang saya beli dekat kedai Dua Ringgit dan Shopee jaa. Walaupun rumah kayu tapi kalau tacap sikit2 cantik la jugak 😍
Cili padi kalau di tanam sepokok dua di laman rumah bolehlah digunakan untuk masakan harian, lebih-lebih buat keluarga yang suka makan masakan yang pedas. Memang tidak sah kiranya kalau tidak menggunakan cili padi di dalam masakan apatah lagi ketika menyediakan sambal belacan. Berpuluh-puluh cili padi digunakan untuk pastikan sambal belacan yang disediakan pedas menyengat, barulah ada umpph katanya.
Jadi memberi lebih rasa kepuasan, bertambah istimewa kiranya cili padi yang digunakan adalah yang dipetik di laman sendiri. Apa yang pasti cili padi lebih segar dan bila-bila masa sahaja boleh dipetik. Ini memandangkan pokok cili yang ditanam biasanya akan mengeluarkan hasil yang banyak. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikpooja ini. Walau pun dirinya bukanlah pakar dalam bidang tanam menanam, namun hasil tuaian pokok cilinya memang memberangsangkan.
Nak tahu apa yang dia lakukan, jom semak perkongsian ini.
Hai semua …Pagi nie….Cikpooja nak belanja picture pokok cabai burung@cili kampung@cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je… Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habis.- Cik pooja
Kepada yang bertanya cara tanam… Cikpooja ni tak lah pakar sangat…semua ni bidang terjun je nih. Ni cara cikpooja tanam cili ni ye.
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu…InsyaAllah dia akan bercambah…
*Masa ni kita cuma kene pantau kelembapan tanah je…jangan terlebih siram ya…tak yah guna baja lagi…(sat g baby pokok panaihteruih KO)
*bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai…(tempoh tanam dalam sebulan gitu)…Okey boleh ubah ke pasu baru yea!
Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni…janji hidup subur sudah.
*bahan-bahan untuk kaedah cikpooja tanam nih
-Anak pokok cili
-Pasu yang diisi tanah bakar(pasu yang berlubang dibawah yea)
-Baldi(yang ngam-ngam dengan pasu yea) bancuhan baja AB
Step-stepnya…
*tanam anak pokok cili dalam pasu
*letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu…(air baja tu isi agak-agak bila letak pasu…bontot pasu cecah air baja yea…)
cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang…tanah akan sentiasa lembap…
bila air baja dah nak kering..kita topup lagi
bila pokok dah naik segar elok…cikpooja guna kaedah CUBIT2 buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas-tunas baru…InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu
*1 je masalah bila tanam cili ni…serangan bena(mende yang putih2 tu)…cikpooja tak guna pape racun serangga pon…Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu…dan tenyeh-tenyeh deme tu…daun yang patut buang…kita buang…
Siapa yang tidak bahagia bila mana anak yang dikandung, diasuh dan dididik sejak kecil, cemerlang dalam berbagai bidang. Malah diangkat menjadi Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Terengganu pada tahun 2016 adalah satu perkara yang cukup membanggakan hati seorang ibu.
Bagi Hajah Dahliana Mohd Dagang dan suaminya, Hj Mohd Fauzi Ibrahim, kejayaan anak kedua mereka, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang dianugerahkan Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 serta memperolehi 11A+ ini adalah satu pemberian dari Allah.
“ Saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa dan pengharapan saya untuk membawa satu lagi bukti kepada masyarakat bahawa pelajar yang menghafaz dan memartabatkan Al Quran, mempunyai peluang cerah untuk cemerlang dalam akademik,” luahnya di atas kejayaan Husna.
Tidak hanya Husna, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut sama cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama. Anak sulung kepada pasangan ini, Muhammad Shakir, telah khatam hafazan di usia 17 tahun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke Australia pada Februari ini. Turut sama cemerlang dengan memperolehi 11A dalam SPM 2014.
Manakala anak ketiganya, Muhammad Nuruddin, merupakan peserta daurah pertama yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk dalam masa kurang dari 4 bulan. Sarah Mursyidah,14, pula merupakan pelajar tingkatan dua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah. Sementara anak bongsu pasangan ini, Muhammad Luqmanul Hakim, 7, masih lagi bersekolah di Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Al Maarif, Sg Petani.
Kongsi Tip Amalan Sejak Kecil
Kejayaan tak datang dalam sekelip mata pada tempoh yang singkat. Bagi pendidik ini, asuhan untuk kesemua anak-anaknya sudah bermula semenjak dalam
kandungan. Ini yang dikongsikannya.
“Sebenarnya sebelum kahwin lagi kita kena niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min dan baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkan generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
Amalkan juga tiga surah ini daripada awal kehamilan lagi iaitu Surah Maryam, Luqman dan Yusuf. Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari
sejak lahir lagi.
Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji. Permainan perlu berunsur pendidikan, kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang sia-sia. Solat berjemaah amat penting supaya rahmat dan barokah lebih melimpah ruah.
Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala suami pula bekas pelajar MRSM Kulim dan berlulusan Professional Accounting dari UK.
Jadi Husna adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang
menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi perbelanjaan bulanan tapi itulah namanya
pengorbanan.
Bercerita soal pemilihan makanan, saya biasanya pastikan makanan yang halal dan baik, periksa dahulu bahannya untuk pastikan kandungan terjamin halal.
Pastikan membeli dari penjual yang menjaga syariat Islam misalnya penjual menutup aurat dengan sempurna.
Kalau makanan sunnah memang kami amalkan, cuma agak kurang berdisiplin tetapi Husna memang sentiasa dibekalkan dengan susu, kismis dan kurma setiap hari oleh pihak sekolah.
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya menjaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling.
Sentiasa tolong kawan-kawan dan baik pada guru-guru.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalkannya.
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram.
Apatah lagi usaha untuk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada aummah.
Paling penting kita sebagai ibubapa tunjukkan contoh yang baik dan perlu sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat.
Saya amalkan doa yang dikongsi Ustaz Kazim Elias iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin,” katanya berkongsi serba sedikit amalan yang dilakukannya pada anak-anak.
Bagi ibu ini, besar harapannya untuk melihat Husna dan adik beradiknya menjadi hafiz hafizah yang masyi dan mengamalkan ajaran Al Quran demi menjadi insan
yang bermanfaat kepada orang lain; berbakti kepada ummah demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di