
Diuji dengan perceraian rumah tangganya bersama bekas suami, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia tidak terbuka untuk berkongsi cerita keruntuhan rumah tangganya kepada anak-anak.
Malah kata Adira, sehingga kini dia tidak pernah bercerita kepada anak-anaknya akan situasi yang sebenar ditambah pula keempat-empat anaknya yang sudah terbiasa tanpa ayah mereka.
“Adira memang tidak berbual dengan anak hal ini.
“Sebab sebelum ini, ayah mereka selang sehari tiada jadi mereka dah biasa,” kongsinya.
Ujarnya lagi, dia juga sedang berusaha untuk anak-anak sentiasa rasa mereka masih mempunyai ibu dan bapa di belakang mereka.
“Alhamdulillah setakat ini, belum ada pernah ada soalan yang pelik-pelik dari mereka.
“Ayah dia pun rajin datang tengok,” ujarnya lagi.
Tambah Adira, dengan kehadiran bekas suami, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red ke rumah tidak menjadi masalah kerana anak-anak turut gembira.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Melalui perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: TikTok usanita.hq
Sindrom Anak Kedua, Patutlah Banyak Kerenah, Rupanya Ini Sebabnya!

Sudah sekian lama anggapan bahawa anak ke dua atau anak tengah ini kurang diberi perhatian berbanding anak sulung atau anak bongsu keluarga. Situasi ini dikenali sebagai sindrom anak kedua.
Ini kerana anak kedua berada di tengah antara anak sulung dan bongsu sehingga menyebabkan kehadirannya sedikit dilupai.
Barangkali ia mungkin tidak berlaku di setiap rumah, namun harus mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati untuk mengelak ia berlaku tanpa kita sedari.
Nak tahu lanjut ketahui tentang sindrom anak kedua atau tengah, tanda-tandanya, dan cara membantu anak anda mengatasinya. Ikuti perkongsian Taufiq Razif moga jadi ibu bapa yang cakna perihal kasih sayang kepada anak-anak.
Anak Nombor dua wajib baca
1 – Tak semua anak nombor 2 akan kena Second / Middle Child Syndrome
2 – Second Child Syndrome adalah keadaan di mana anak itu merasa dipinggirkan sehingga karakter dirinya boleh berubah menjadi low self-esteem, suka menyendiri, merasa tak disayangi dan suka buat benda yang menyakitkan hati
3 – Sebenarnya ia bergantung kepada cara parenting ibubapanya. Jangan sampai kita terlalu fokus pada anak sulung dan terlalu bagi perhatian pada anak bongsu dan berharap anak nombor 2 memahami dengan sendirinya
4 – Anak yang mengalami Second Child Syndrome ni cenderung untuk tunjuk perangai attention-seeking contohnya suka buat perangai pelik pelik, suka tantrum dan bergaduh dengan adik beradiknya
5 – Tapi menjadi anak kedua ataupun anak yang berada di tengah ( middle child ) bukanlah satu kekurangan
6 – Anak kedua ni atau middle child ni biasanya lebih terbuka dengan idea baru kerana ego mereka lebih rendah. Mereka juga lebih bagus dalam memahami dan membaca karakter dan emosi orang lain di sekelilingnya
7 – Yang penting adalah mak ayah kena sensitif dengan emosi anak dan ada sifat empati yang tinggi pada semua anak tanpa mengira anak tu anak sulung ke, anak kedua, ketiga ke dan seterusnya. Semua anak adalah anugerah terindah kepada kita daripada Pencipta!
Belajar sesuatu?
Apa yang pasti, kasih sayang kepada anak-anak itu perlu sama rata supaya situasi tersebut tidak melukakan hati
mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri.
Ibu bapa harus sedar, anak-anak perlu dididik secara sama rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka akan membuahkan hasil yang baik.
Sumber: Taufiq Razif
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Ini Antara Sebab Kenapa Kerja Suri Rumah Cukup Memenatkan, Tetapi Orang Tidak Nampak.

Isi Kandungan
ToggleSesetengah orang beranggapan, kerja seorang suri rumah paling mudah. Tak perlu perah otak di tempat kerja atau kena marah dengan bos kalau terlepas dateline. Malah, ada yang anggapa suri rumah boleh bersenang-lenang sambil menonton televisyen di ruamh dan bergosip dengan jiran.
Padahal, tidak mudah menggalas tanggung jawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Mungkin secara zahirnya, ada yang melihat rutin suri rumah tidak penat dan tak perlu bebankan otak dengan masalah kerja. Namun , maka anda silap.
Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Inilah antara sebab kenapa kerja suri rumah cukup memenatkan, tetapi orang tidak nampak. Jom kita semak sama-sama!
1.Pening Fikir Menu
Mungkin remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada suri rumah. Bayangkan celik mata sahaja, yang difikirkan ibu-ibu adalah nak masak apa ya hari ini? Jika tanya pada sang suami, jawapans elamat masakalah apapun abang okey je. Janji balik saja ke rumah, makanan semua telah terhidang.
Jika setiap hari menu yang sama, suami dan anak-anak bosan pula kan. Sebab itu kalau boleh ibu-ibu mahu sediakan menu berbeza dan itulah yang memeningkan mereka. tambah lagi jika ada anak kecil, kenalah sediakan menu yang sesuai. Takkan nak kasi sama dengan orang dewasa.
2. Hantar Anak Ke Sekolah/Taska
Awal-awal pagi orang lain masih berdengkur, si ibu sudah bangun jam 4-5 pagi untuk siapkan kelengkapan anak-anak dan suami. Baju sekolah siap kemas bergosok. Beg sekolah diisi dengan buku yang mengikut jadual hari tersebut.
Begitulah rutin harian si ibu. Siap anak-anak kemudian hantar ke sekolah. Kemudian tunggu waktu pulang untuk ambil anak-anak pula. Orang nampak kerja suri rumah macam mudah tetapi sebaliknya. Penat hanya yang melaluinya sahaja tahu.
3. Mengingati Aktiviti Anak
Ibu ibarat ‘setiausaha’ untuk anak-anak terutama dalam menyusun aktiviti mereka.Segala bab berkaitan pakain sukan, kelas tambahan, perjumaan dengan guru dan ibu bapa, hari suakn dan sebagainya, ibu orang yang pertama tahu.
Pendek kata segala hal berkaitan anak-anak si ibu orang yang cepat tahu. Tak kisahlah digelar mak cik bawang atau sebagainya, namun bab anak mereka memang alert. Kalau boleh dengan cikgu-cikgu pun mereka boleh berkawan baik.
Bayangkan kalau ada 3-4 orang anak, tapi mereka dapat ingat dengan jayanya. Hebatnya seorang ibu, segala data tentang anak sudah tersimpan dalam otak mereka persis sebuah komputer.
4. Mengingati Temujanji Doktor
Bukan itu sahaja, bab-bab kesihatan juga ibu-ibu cukup alert terutama tarikh tarikh temujanji dengan doktor sekiranya anak-anak atau suami sakit.
Itu belum bab temu janji untuk kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa mereka dihabis dengan perkara-perkara seperti ini.
5. Membeli Barang Dapur/Rumah
Zaman sekarang, orang cakap segalanya dihujung jari. Hanya klik dan anda boleh dapat apa jua barang. Tetapi bagi yang masih mengamalkan konsep membeli di pasar raya, bab ini agak memeningkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang membeli adalah sang suami.
Suami mungkin anggap terlupa sesuatu barang adalah benda yang remeh padahal sudah diberi list panjang. Tapi berbeza dengan isteri, jika ada barang yang tak cukup, si isteri akan pening kepala nak ubah menu. Jadi, janganlah dicatu senarai barang tadi.
Selain itu, perasan atau tidak, bila barang seperti tisu, sabun, penyembur nyamuk dah nak habis, si isteri akan menggantikannya dengan yang baru. Lihatlah betapa pekanya mereka.
6. Mengemas Rumah
Jika anda jenis pembersih orangnya, memang bab ni sangat partikular. setiap hari entah berapa kali agaknya si ibu menyapu. Ada sahaja habuk atau sampah yang menyakitkan mata bukan?
Geram pula apabila baru sahaja mengemas, sudah ada tangan-tangan yang menyepahkannya. Aduh, sakit hati bukan. Sebab itu, bab mengemas ni memang memeningkan kepala si ibu. Walaupun mungkin pada pandangan suami tidak payah beratkan kepala, boleh saja kemas kemudian. Tetapi tidak bagi ibu-ibu yang tidak suka rumah bersepah.
7. Merancang Sambutan Perayaan
Waktu ini memang tiada siapa boleh mengatasi kesibukan seorang suri rumah. Tiap kali menjelang musim perayaan, memang ibu orang yang paling rajin dan sibuk. Baik bab keperluan anak-anak sehinggalah kepada kediaman. Baik bab membuat atau membeli kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan cari baju untuk anak-anak, semuanya mereka yang uruskan. Suami a.k.a ayah hanya tahu hulurkan wang 😀
8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah
Biarpun bergelar suri rumah, ibu-ibu yang akan berperanan sebagai cikgu di rumah. Sudah ada jadual khusus untuk waktu anak-anak belajar dan bermain. Itu belum bab menyemak dan memberi latihan pada anak-anak.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa.
Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memakankan tenaga banyak dan mental yang kuat. Sebab itu, kalau sentuh soal ‘kerja’ mereka dia rumah, mereka cepat tersentuh.
Cuba bayangkan sehari tanpa isteri di rumah, haru biru hidup anda. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari, walaupun mereka kelihatan macam ‘tak buat apa-apa’.
“Pelamin Guna Belon, Kerusi &Backdrop Je.” Pengantin Pilih Pelamin “DIY”, Tiup Belon Helium 3 Jam Sebelum Majlis. Rare!

Setiap pasangan suami isteri ad acara tersendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mreka.
Ada yang mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat persiapan, tak kurang yang memilih saat akhir berbuat demikian.
Dengan alasan cukuplah majlis yang ringkas namun cukup manis untuk dikenang di kemudian hari.
Dengan juga dengan pasangan merpati sejoli ini. Mereka memilih majlis yang cukup simple.
Pelamin pasangan ini telah digubah dan dihias sendiri oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Yusra.
Yusra juga telah memuat naik sebuah posting dan beberapa keping gambar mengenai pelamin kawannya itu.
.
Biarpun cukup ringkas dengan hanya dihiasi dengan belon-belon yang terapung, kerusi dan backcrop. Tetapi tiada siapa sangka, hasilnya amat mengagumkan!.
.
Menurut Yusra lagi, konsep dan idea asal mengenai pelamin ini adalah permintaan dari kawannya yang menginginkan pelamin DIY dan ringkas sahaja. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman twitter Yusra baru-baru ini.
I buat pelamin my friend. Simple je sbb dia tak suka crowded sangat. Belon, backdrop and kerusi je. Semua last minute. Pukul 8 mlm sanding pukul 630 ptg baru start tiup belon. Even simple tp i suka. pic.twitter.com/ZeCPa0imNN
— Soya (@yusra_ysf) December 15, 2019
Tp at the end belon tinggal sikit sebab bagi kat tetamu and budak budak after bergambar. 😂
— Soya (@yusra_ysf) December 15, 2019
Pelamin belon ni mmg idea pengantin sendiri dari awal sbb dia nak pelamin DIY je. Helium balloon mmg kena tiup lambat sebab helium gas can last 8-12 hours je. Lepastu dia dah tak cantik dah.
— Soya (@yusra_ysf) December 15, 2019
Korang nk buat make sure outfit sesuai. jgn pakai songket tapi deco balloon pulak! 😂 and make sure its helium gas ok!
— Soya (@yusra_ysf) December 15, 2019
Tengok lah diorg happy sgt ni. I jealous k! Semoga kawan i sentiasa bahagia. ❤️ Doakan i jugak tau! pic.twitter.com/ddNc9aDNUD
— Soya (@yusra_ysf) December 15, 2019
Menurut penjelasannya dalam temubual Mstar, belon-belon berkenaan telah ditiup, dan dekorasi pelamin tersebut telah disiapkan dalam masa lingkungan 3 jam sebelum majlis bermula.
Malah, kos yang dikeluarkan untuk pelamin tersebut sangat jimat yang hanya menelan belanja kurang dari rm500 sahaja.
Menarik kan idea ini, bukan sahaja menjimatkan kos majlis kahwin, malah deko yang simple juga membuatkan suasana menarik kerana tidak terlalu sarat. Yang penting fokusnya pada pengantin raja sehari kan.