Kekeluargaan

Anak-anak Bukan Sumber ‘Income’ Ibu Bapa Masa Tua, Anak Bukan Hidup Untuk Ibu Bapa

Share

Anak-anak bukan sumber ‘income’ ibu bapa masa tua, anak bukan hidup untuk ibu bapa. Di dalam budaya masyarakat kita, terdapat tanggapan bahawa anak-anak akan menjadi sumber kewangan atau ‘income’ bagi ibu bapa apabila mereka tua.

Anak-anak Bukan Sumber ‘Income’ Ibu Bapa Masa Tua, Anak Bukan Hidup Untuk Ibu Bapa

Persepsi ini wujud akibat pengaruh budaya tradisional yang memandang anak sebagai jaminan di hari tua. Namun, pada zaman moden ini, pandangan sebegini perlu diteliti semula kerana ia boleh membawa kepada masalah emosi, kewangan, dan sosial bagi kedua-dua pihak.

Berikut perkongsian Hamizan Zulkifli

Sebelum kahwin dulu pernah tanya mak masa dalam kereta, apa pandangan beliau tentang anak bagi duit kat mak ayah lepas dah kerja dan kahwin?

Mak jawab:

“Nafkah utama seorang suami tu pada isteri dan anak dia. Mak bapak ni bukan tanggungan anak kecuali kalau depa adalah miskin tegar.

Kalau anak nak bagi duit kat mak ayah pun, itu adalah hadiah, bukan kewajipan dan bukan hutang. Dalam masa yang sama pasti ada kebaikan untuk si anak tu.”

Sesetengah mak ayah sangat berharap anak-anak dapat kerja bagus supaya boleh jadikan anak sebagai sumber income masa tua nanti. Pegangan ni sebenarnya salah dan tak boleh dijadikan kiblat.

Bila dah ada anak, kami suami isteri selalu bincang tentang masa depan si kecik kami dan saling peringat supaya jangan hidup untuk anak.

Maksud jangan hidup untuk anak adalah:

Bila dia dah besar, jangan berharap untuk dia jaga kita masa tua nanti. Jangan berharap dia perlu berbakti kepada kita secara paksa. Kita fokus bina bekalan untuk hadap hari kematian saja. Jangan ajar juga dia hidup untuk ibu bapa.

Untuk hidup anak-anak, serahkan pada hikmah kebijaksanaan depa yang dah dewasa.

Ya, rindu tu akan ada terutama sebagai mak ayah. Tapi hidup kita di bumi bukan untuk anak, bukan untuk pasangan, bukan untuk ibu bapa. Tapi untuk Allah semata-mata.

قُلْ اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ

Maksudnya: “Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam.” (Surah al-An’am: 162)

Memang ada hadis sahih yang mengatakan hinanya anak yang masih ada ibu bapa tapi tak gunakan jalan tersebut untuk masuk ke syurga.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏

Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang tuan maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk ke dalam syurga.” (HR Muslim, 2551)

Maka di sinilah kita serahkan pada Allah supaya kurniakan hikmah yang cerdas dalam diri anak-anak untuk jadikan ibu bapa sebagai jalan ke syurga lepas dah didik depa tentang adab kepada ibu bapa.

Hakikatnya anak hanyalah pinjaman. Suatu masa nanti dia akan ada akal dan prinsip hidup tersendiri. Walaupun kita didik dia sebaik mana sekalipun, andai Allah merentap keluar hidayah dari hati, nescaya mereka tetap derhaka (na’uzubillah).

Tapi ingatlah. Amat besar ganjarannya untuk anak yang berbakti kepada ibu bapa. Sama ada yang bagi duit mengikut kemampuan apatah lagi yang menjaga ibu bapanya yang tua secara fizikal. Allah akan bagi ‘cash’ sejak di dunia lagi.

Bab bagi duit, memang tak tercabut keberkatan kalau tak memberi, tapi pasti menjemput keberkatan jika diberi.

Bagi anak yang berbakti, ketenangan luar biasa akan mengalir dalam hati mereka walaupun waktu itu kita yang sudah tua akan mula kembali seperti budak-budak; cerewet, kuat merengek, cepat terasa hati atau tak matang.

Hidup bukan untuk anak, bukan untuk ibu bapa. Tapi untuk Allah SWT.

Sumber: Hamizan Zulkifli

Baca artikel lain juga: Anak-anak Menyerap Segala Perlakuan Ibu bapa, Jagalah Tingkahlaku

Bila Ibu Bapa Cool, Tugas Mendidik Anak Pun Jadi Mudah

Ibu Bapa Bila Tidak Berlaku Adil Pada Anak-anak, Kesannya Ada Yang Rasa Jauh Hati

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my