Anak-anak adalah anugerah terbaik yang ibu bapa miliki. Setiap dari mereka mampunyai perangai dan tingkahlaku yang berbeza, sama ada yang ‘sejukkan’ hati ibu bapa atau sebaliknya. Dah jadi lumrah bagi individu yang dikenali ramai, kehidupan peribadinya juga menjadi tumpuan walaupun sekecil perkara.

Misalnya seperti yang dilalui oleh pelakon Azhar Sulaiman yang terus tenang dan tidak mudah melatah setiap kali anak perempuannya menjadi perhatian netizen dalam pelbagai aspek.

Tetap bersyukur dikurniakan zuriat yang punyai perangai dan cara masing-masing, akui Azhar yang membahasakan dirinya Mami, setiap keluarga juga punyai masalah sendiri.

“Syukur Alhamdullilah Mami Ada Anak Seperti Kasih Iris Leona.

“Ya disuka pakai seksi.. Dah cakap jangan seksi.. Ya tetap bergambar seksi..

Ads

“Setiap parents akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. You name it lah segala problem yang seorang anak boleh conteng arang kat parents dia,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

“Anak-Anak Balasan Semasa Kita Bujang Dulu..” Ini Reaksi Azhar Sulaiman Tentang Isu Anak

Terdahulu, anak perempuannya, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil dengan pakaian yang kurang sopan dipandang umum.

Ads

Bagaimanapun, tambah Azhar, setiap perilaku anak-anak merupakan refleksi kepada kehidupan ibu bapa.

“Pada Mami biarlah “begini dari begitu”. It could have been worst kalau nak renung balik zaman Muda Mami dulu.

“Anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu..

Ads

“Mami Redha & Hope I Will Be Able To Manage My Family Properly”‘ panjatnya.

Sumber : @azharsulaiman 

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI