Beberapa bulan yang lalu Bernama ada melaporkan, masyarakat di negara ini semakin kurang makan buah-buahan, malah ada golongan muda yang masih tidak mengenali buah-buahan atau sayur-sayuran tempatan.
Ia didedahkan oleh Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka, Che Samudin Hassan yang menyatakan, pada masa ini, masyarakat negara ini didapati makan buah-buahan dengan jumlah perkapita hanya 63 kilogram (kg) setahun ataupun kira-kira 5kg sebulan.
Jumlah tersebut adalah lapan kali ganda jauh lebih rendah berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan jumlah perkapita 400kg setahun.
Justeru itu, apa kata kita buat teknik begini untuk pancing selera anak-anak agar lebih berminat untuk makan buah-buahan, iaitu dengan jadikannya aiskrim!
Ianya nampak begitu cantik dan pastinya mempunyai rasa yang menyelerakan. Malah bila aiskrim ini terhidang di depan mata, bukan sahaja anak-anak yang teruja menjamahnya malah kita orang dewasa pun teringin juga mencuba rasa.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat sekarang aiskrim buah-buahan sebagaimana yang dikongsikan oleh Zuria Zubir ini.
“Aiskrim buah-buahan . . Teringin punya pasal gigih buat sendiri”
Bahan-bahan:
– Kiwi
– Strawberry
– Blueberry
– Sunkist epal
– Bekas aiskrim
– Batang aiskrim
Cara penyediaan :
Sumber : Zuria Zubir
Selain mencuba resipi tersebut, ada juga cara lain untuk menghasilkan aiskrim buah-buahan ini iaitu dengan menggunakan jelly dan resipinya telah dikongsikan oleh Puan Haslina Hamid via MAHN.
“Nie resepi saya cara saya..”
Aiskrim Mix Fruit Jelly
Bahan-bahan:
1 kotak jelly
Pelbagai jenis buah (kiwi, strawberry, tembikai, mangga, dragon fruit, dan anggur)
Cara Penyediaan :
1. Masak jelly mengikut sukatan pada kotak terpulang nak buat berapa byk.
kalau nak makan sendiri sekotak cukup.
2. Masuk dlm periuk gaul dgn air supaya tak berketul, masak sampai mendidih, kalau rasa kurang manis letak gula satu senduk.
3. Potong buah-buahan, ikut lah nak buah apa pastu tuang jelly yang dah sejuk ke dalam plastik aiskrim itu jer.
4. Susun ikut citarasa sendiri.
5. Bekukan dan sedia untuk dinikmati.