Pantang cuti sekolah, mesti akan ada orang yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan. Mana tidaknya, barulah ibu ayah boleh ambil cuti lebih sikit untuk terus berjalan-jalan dan tak rasa bersalah untuk pontengkan anak sekolah!
Tidak terkecuali, pelakon cantik manis orangnya, Reen Rahim mendedahkan dia akan menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, Reen mendedahkan permintaan ibunya terhadap bakal suami untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bukan wang mencecah puluhan ribu ringgit, sebaliknya hanya senaskah al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan sebagai hantaran.
“Saya tak pasti boleh cerita atau tidak… tetapi ketika bertunang, ibu saya jawab mengenai hantaran. Ibu kata: ‘Anak aku tak ternilai’ dan menurut ibu dia hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskhah Al-Quran yang telah dikhatamkan.
“Selain Al-Quran, ibu juga meminta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.
Ads
Mengulas tentang perkara tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak membantah apa ditetapkan oleh ibunya terhadap bakal suami yang juga seorang ahli perniagaan.
“Saya sebenarnya suka (permintaan ibu) sebab saya tidak boleh minta tunang jadi suami yang baik… suami yang boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.
“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, Reen memaklumkan bakal suaminya yang turut bekerja dalam bidang seni sedang menghabiskan bacaan 30 juzuk dengan meminta pandangan golongan yang arif.
“Dia ok dengan permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, dia sering memuat naik posting meluangkan masa untuk belajar mengaji bersama ahli keluarganya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim itu mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr. H pada hujung bulan ini.
Selepas insiden ditumbuk suaminya, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.
Menerusi perkongsian terbaru wanita itu di Insta Story, Shu menyatakan bahawa penyesalan seseorang manusia tidak boleh diukur dengan janji di mulut kerana boleh sahaja dia memungkiri janji tersebut.
Ujar Shuhada lagi dia sama sekali tidak akan menghubungi pelakon itu lagi kerana dilihat menjadikan masalah mereka dan penderitaan yang dihadapi isteri seperti satu gurauan.
Wanita berusia 29 tahun itu juga menjelaskan bahawa pelakon drama Mr Donat Karamel itu tidak pernah pun ‘membeli beras’ seperti yang digadang-gadangkan di setiap posting Instagram.
Tambahnya, dia mendoakan agar lelaki yang pernah mengasarinya sehingga mengalami cacat kekal itu mendapat balasan setimpalnya daripada Allah S.W.T.
Tambahnya lagi, ketika ini dia hanya mahu berjuang untuk hidupnya sendiri dan enggan lagi mengambil tahu berkenaan pelakon itu dan juga skandalnya kerana sudah penat ‘bersangka baik’ selama ini sehingga mengalami kecacatan kekal pada wajah.
Shuhada juga turut berkongsi hantaran mesej kata-kata semangat dan doa daripada orang ramai yang sentiasa berharap agar dia mendapat pembelaan sewajarnya.
Sebelum ini tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan seorang pelakon lelaki menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan.
Tak lama selepas itu, ahli keluarga Shuhada mengesahkan bahawa wanita terbabit telah menjadi mangsa kekerasan Hafidz Roshdi yang bengang kerana isterinya mengangkat telefon sewaktu mereka sedang berbincang di dalam kereta.
Sumber: Instagram Shushukrii
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedangkan suami isteri pun terasa kepayahan dalam mencari rezeki dan membesarkan anak sekaligus, apatah lagi buat ibu tunggal yang perlu memikirkan cara mencari duit untuk menyara dan membesarkan anak sendirian.
Itulah yang rasai dan dilalui oleh pelakon, Rita Rudaini yang telah memuat naik video throwback memaparkan dirinya bersama anak-anak ketika kecil.
Video yang dikongsi di laman Instagram itu menyatakan bahawa dia tidak pernah terbayang akan diuji dengan menjadi seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian.
“Tak pernah terbayang… waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanggungjawab sorang-sorang.
“Hebatnya energy dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan ibu-ibu tunggal yang lain. Bukan senang ya, nampak macam senang kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tambahnya, hanya insan bergelar ibu tunggal saja merasai pengalaman suka duka sebegini.
“Liku-liku, lopak, gaung, duri di kiri kanan… hanya kami saja yang dapat rasa, nak explain dengan kata-kata memang tak dapat.
“Hanya dengan air mata aku explain kepadaNya… syukur padaNya yang telah menulis perjalanan hidup aku, indah dengan pengalaman. Sangat indah dengan bahagia cara kami sendiri,” tambahnya.
Adik kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman.
Berita itu disampaikan oleh ibunya sendiri, Wan Nurul Erwani Zaidi menerusi perkongsian di laman Instagramnya hari ini.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, keadaan anak sulungnya sekarang agak kritikal dan tenat.
Bismillahirahmanirahim.
Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.
Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul.
Doakan ya semua😭
Ibu Ainul turut beri pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa jaga kebersihan memandangkan masa kini terdapat pelbagai virus yang ada di luar sana.
Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.
Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.