Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!
PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK
SOALAN :
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
انْطَلَقَ بِي أَبِي يَحْمِلُنِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ اشْهَدْ أَنِّي قَدْ نَحَلْتُ النُّعْمَانَ كَذَا وَكَذَا مِنْ مَالِي ، فَقَالَ : أَكُلَّ بَنِيكَ قَدْ نَحَلْتَ مِثْلَ مَا نَحَلْتَ النُّعْمَانَ؟ قَالَ : لَا . قَالَ : فَأَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي ثُمَّ قَالَ : ( أَيَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا إِلَيْكَ فِي الْبِرِّ سَوَاءً ؟ قَالَ : بَلَى ، قَالَ : فَلَا إِذًا
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلَادِكُمْ
Artinya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
wallahua’lam
Sumber :Ustaz Azhar Idrus
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Pasangan Kita Hadiah Yang Perlu Pulangkan Bila Tiba Masa. Dia Itu Eksklusif Dari Allah & Customed Made Khas Dari Rabbul Jalil!
Sudah tiga hari berlalu, namun pemergian arwah Abam Bocey masih diperkata. rata-rata mengungkapkan rasa sedih, pilu dan terharu dengan kelebihan yang dimiliki oleh arwah sehingga ramai yang begitu memuliakannya.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Mohd Faizul Ikhwan Erusan di facebooknya cukup menjentik emosi. Bayangkan pasangan yang selama ini sihat dan bersama tiba-tiba pergi begitu sahaja.
Sekelip mata dia tinggalkan tanpa sebarang pesan. Pilunya hati hanya Tuhan yang tahu, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Jadi, hargailah pasangan atau insan tersayang yang berada di sekeliling anda kerana kita tidak tahu berapa lama masa yang ada bersama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Bila mendengar pemergian Abam bocey
Yang mula-mula terlintas dihati saya adalah isteri dan anak arwah.
Bagaimanalah mereka akan hadapi perkara itu.
Melihatkan jumlah yang hadir waktu solat jenazah almarhum abam, siapa yang tak cemburu? Kerana kita yang hidup ini takkan berani bagi jaminan seramai itu orang akan solat pada jenazah kita walau di beri upah.
ini seolah-olah memberitahu bahawa Arwah akan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah.ameen Allahumma ameen.
Rasa kehilangan oleh kita sebagai peminat akan perlahan-lahan hilang dimakan hari tapi ini berbeza dengan keluarga lebih-lebih lagi Isteri,Ibu dan anak dan adik beradik beliau sendiri. Si kecil yang berumur hampir 6 bulan mungkin tidak akan begitu memahami kejadian ini.
Sahabat-sahabat semua,
Kisah ini sepatutnya mengingatkan kita pada pasangan kita yang masih hidup.
Tahukah anda, setiap dari kita akan melalui proses yang sama. Cuma samada cepat atau lambat sahaja ianya menjengah. Kehilangan itu pasti, sesungguhnya kematian itu pasti.
Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya
Sebenarnya, terkadang Allah hantar mesej itu secara kecil-kecilan pada kita dalam mengharungi hidup seharian-harian, cumanya adakah kita sedar atau tidak sahaja.
Kenapa Allah menghantar mesej-mesej ini? Allah nak kita bersyukur pada sesetiap sesuatu yang diberikan kerana kita cepat lalai dan lupa dalam kesibukan yang tiada noktahnya.
2003 mengingatkan satu peristiwa yang hampir sama berlaku pada saya, Cuma bezanya Allah berikan saya peluang kedua iaitu isteri saya terselamat. Mungkinkah ini ingatan Allah pada saya agar mensyukuri nikmati itu.
Selepas 15 hari melahirkan anak kedua kami Syazwan.
Isteri saya mulai batuk teruk dan mengadu kesukaran bernafas.
Pada mulanya seperti batuk biasa tapi selang bebrrapa hari batuknya semakin teruk dan nafas mula berombak kencang.
Tiba di hospital isteri saya terus di rawat di bilik kecemasan.Didapati bacaan oksigen berada paras rendah daripada yang sepatutnya.Wajah – wajah cemas doktor dan nurse di dalam bilik ICU itu langsung tidak membantu jiwa seorang suami yg sedang cemas.
Waktu tu saya sangat kalut.mana nak uruskan isteri yang sakit tenat, mana nak urus newborn baby.
Di sisi isteri ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.
Mundar mandir saya dalam bilik kecemasan hospital sambil mendukung baby kecil di tangan yg sekali sekali menangis kerana turut rasa tak selesa dgn keadaan ayahnya yang tak tenang itu.
Kelihatan selepas itu jururawat menolak isteri saya ke bilik X-ray pula sambil di sisi isteri saya ada tong oksigen untuk membantu pernafasannya.
Syukur tak lama selepas itu keluarga mertua saya pun sampai untuk uruskan baby dan mereka minta untuk bawa bayi kami pulang ke kampung.
Saya pun pulang ke rumah sebentar untuk siapkan keperluan pakaian baby dan sebagainya untuk diberikan kepada keluarga mertua.
Dalam perjalanan itu pihak hospital menghubungi untuk saya patah balik dengan segera ke hospital .ada perkara urgent katanya.
pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda
Waktu itu tuhan saja yang tahu apa perasaan saya.berbagai perkara buruk mula bermain di kotak pemikiran saya. Kenapa doktor cal urgent? Selamatkah isteri saya? Apa yg doktor nak bgtau saya?. Mulalah pelbagai skrip dalam drama pun mula main di dalam minda saya.
Setibanya di hospital saya diminta terus ke bilik doktor. Doktor mulakan dengan nada yang sangat sedih. “Faizul, saya harap awak bersabar dan dengar dengan tenang”. Masa tu….dengup jantung kencang….alamak apa pula ini.
“Faizul separuh dari paru-paru isteri awak collapse( tidak berfungsi) kata doctor tersebut sambil menunjukkan hasil X-ray.
Encik Faizul ini kes yang sangat serius dan boleh bawa kematian serta merta.
buat masa ini isteri awak bergantung bantuan oksigen! Saya cadangkan kita uruskan ambulan dan terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Di sini kami tidak mempunyai alatan dan pasukan yang secukupnya bagi merawat isteri awak.
“Please monitor the oxygen level”
Awak kena dapatkan nasihat pakar paru-paru mengenai perkara ini dan awak kena bertolak sekarang malam ini juga. Jangan berlengah, silap sikit awak mungkin akan kehilangan isteri.
Tuhan jelah tahu bagaimana hati saya bila mendengarkan kata-kata doctor. Badan tiba-tiba jadi lemah, hati celaru dan saya termenung dan jadi bodoh sekejap.
Bagaikan budak kecil saya hanya mengangguk sedangkan fikiran totally blank.
Setibanya van ambulan isteri saya di tolak masuk dan saya masih dengar lagi doktor tu dengan tegas mengatakan kepada paramedik “Please monitor the oxygen level”
Lemah lutut saya ketika itu. Bagaikan langit nak runtuh ketika itu saya rasakan.
Kami tiba di HKl dan dihantar ke wad menjelang tengah malam. Saya cuba menemankan isteri, saya tahu dia memerlukan saya ketika itu.
“baby mana ..baby mana?baby lapar nak susu tu.
Saat itu tubuh isteri saya sangat lemah dan ditambahkan keadaannya yang baru melahirkan. Namun mulutnya sibuk tanyakan “baby mana
..baby mana?baby lapar nak susu tu. Saya hanya mampu menenangkan dgn berkata “baby ok.. baby ok.baby tengah tidur. K.Ngah dah tidurkan baby”. Sambil saya menahan sebak.
Jiwa jantan saya sangat lemah ketika itu dan sambil teresak esak saya gengam tangannya dan bisik “anje…apa pun jadi boy nak anje tau,boy sayang sangat kat anje tau”.
Saya gagahkan ucapkan kata2 ini walau saya ini bukan suami yg sering ungkapkan kata2 sayang.
Ini kerana seandainya perkara buruk terjadi…saya nak kalam itu tersemadi bersamanya.
Ya Rabb,dugaan apakah ini?
Saya jadi takut setiap kali melihat wajah doktor-doktor yang datang memeriksa beliau. kelihatan seperti mereka cuba menyembunyikan sesuatu.
Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri
Apabila tengah malam saya diminta untuk meninggalkan wad kerana sudah jauh lewat malam. Saya masih ingat lagi dalam perjalanan pulang saya menaiki kereta semasa itu sambil menangis….berderai-derai airmata. Masa tu saya berdoa pada Allah dan saya masih ingat lagi doa itu sampai sekarang.
Saya berdoa, Ya Allah, bantulah aku ya Allah, jangan ambil isteri aku ya Allah. Kasihanilah aku ya Allah. Bagaimana nak aku hadapi ini. Aku tiada daya…aku tiada upaya ya Allah. Aku janji ya Allah, kalaulah dia sembuh, aku berjanji akan menjaga dia sepenuh hati ku.
Aku janji! Aku tidak akan mensia-siakan hidup aku dengan dia walaupun sesaat pun!
Dipendekkan cerita, selepas bbrapa hari di HKL isteri saya di pindahkan ke Intitut Rawatan Respiratori Jalan Pahang.di sana beliau di rawat hampir sebulan alhamdulillah akhirnya sembuh sepenuhnya.
Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya
Selama itu juga setiap petang selepas kerja saya berulang alik ke hospital.
Inilah antara memori yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang umur hidup saya.
Sahabat-sahabat FB,
Jangan sia-siakan pemberian Allah pada kita kerana agak terlambat sekiranya anda ingin berpatah balik. Pasangan kita adalah hadiah yang perlu kita pulangkan bila tiba masanya.
Oleh itu pastikan kita melayan dia dengan baik sepanjang umur kita, siapa tahu atas kasih dan rasa syukur kita Allah panjangkan rezeki kita hidup berpasangan dengan dia.
Always treat her/him well and say thank you for being your life partner.
Dia mungkin tak hensem
Dia mungkin tak cantik
Dia mungkin tak kaya atau tak sebijak pasangan orang lain
Tapi dia itu eksklusif bagi kita dari ALLAH!
Dia tu customed made khas dari Rabbul Jalil!
Jagalah dia dengan kasih sayang dan penuh ehsan. Always treat her/him well and say thank you for being your life partner.
Usahakan apa yang dia suka dan elakkan perkara yg boleh merosakkan hubungan antara suami isteri.
Tell her/him how much you love them dan beritahulah betapa berharganya mereka dalam hidup anda!
Sesekali bila terjaga di tengah malam,gengamlah erat tangan mereka yang hangat itu kerana di takuti suatu ketika nanti tangan itu sejuk dan diam membungkam.
Syed Umar Mokhtar,
Semoga Allah ampunkan semua dosamu dan beri syurga Firdaus buat dirimu.
kematian mu sangat kami cemburui!
Share sekiranya bermanafaat pada yang lain
Faizul Ikhwan
Rindu Abam Bocey
Inilah kali pertama saya menulis sambil sebak dan bergenang airmata. Semoga mesej saya sampai pada setiap jiwa yang membacanya.
Anak Lasak Bukan Bebanan. Ibu Ayah Cuba Tip Ini Untuk Salurkan Tenaga Berlebihan Mereka
Isi Kandungan
ToggleIsu anak kecil lasak memang tak pernah ada noktahnya. Selagi namanya anak kecil selagi itulah mereka akan aktif dan lasak.
Tapi kadangkala ada orang lain tidak suka dengan tingkah laku kanak-kanak yang terlalu lasak terutama bila mereka datang menziarah ke rumah.
Tapi ada pula orang kata anak yang lasak dan aktif tu tandanya seorang yang bijak sebab ada sahaja idea yang mereka fikirkan.
Penulis buku keibubapaan yang kerap berkongsi info perkembangan anak, Adlil Rajiah turut berkongsi isu anak lasak di laman Instagramnya.
Menurut beliau, soalan tentang anak lasak memang kerap diterima daripada ibu bapa yang akan bertanya apabila beliau membuka sesi soal jawab keibubapaan.
“Anak Saya Lasak Sangat”
Hampir setiap kali buka sesi Q&A, mesti ada soalan tentang ANAK LASAK.
Ada yang mengadu anak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Kalau makan kat luar, memang tak sah kalau nasi berterbangan kat dinding restoran, dan di muka waitress.
Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda nak dipanjat– grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais. Dan ramai juga parents yang terus jump into conclusion dengan terus melabel anak hyperactive atau ADHD, tanpa sebarang usul periksa.
So apa sebenarnya mindset yang betul dan apa yang kita perlu buat untuk handle anak lasak, tanpa perlu stress hari-hari menghadap nasi berterbangan ketika makan?
Ada beberapa fakta menarik tentang anak lasak yang ramai parents perlu tahu:
1) Anak lasak tergolong dalam kategori body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti sebagai hyperactive / ADHD
2) Mereka mempunyai energy yang banyak dan badan yang kebal. Diorang ni ada daya ketahanan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu– rilekk je!
3) Malangnya, mereka mungkin lemah dari segi self-control, dan mudah tantrum yang sukar dikawal.
4) Anak lasak / energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-kali untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan.
Tip Atasi Anak Lasak Tanpa Stres
1. Aktiviti Pergerakan
Aktiviti yang melibatkan pergerakan amat penting bagi anak yang lasak. Ia membantu mereka menyalurkan tenaga dan mengurangkan tekanan pada masa yang sama.
Untuk ibu bapa yang bekerja dan tak ada banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, sediakan ruangan khas untuk “energetic indoor games” di rumah. Mungkin boleh lapangkan satu bilik dan jadikan tempat untuk anak melepaskan LASAK mereka.
Letakkan beberapa ketul bantal, bola besar/belon, beberapa kotak ebsar, kerusi, tangga, bouncing tool dan lain-lain peralatan yang sesuai.
Biar banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Biar anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok dan macam-macam lagi.
Lagi best kalau dapat pasang muzik masa anak-anak tengah main. Biarkan mereka menari dan bergerak mengikug rentak muzik. Muzik semamangnya terapi bagus untuk anak-anak aktif!
2. Beri Tanggungjawab
Bila anak dah ready, anda boleh mula “delegate” tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu lantai, lap tingkap, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air dan lain-lain.
Anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan dan mereka sangat “hands-on” jika budaya ini diterapkan sejak awal.
Ibu bapa perlu beri kepercayaan kepada anak.
Mula-mula memang banyak kesilapan dalam tugas yang diberi. Beri masa, Lambat laun mereka akan jadi pembantu yang bagus. Lagipun inilah cara terbaik untuk kita bantu anak lasak salurkan tenaga mereka ke arah yang betul, membentuk keyakinan diri dan kawalan dalam diri mereka.
3. Aktiviti Sukan
Kebanyakan atlet-atlet hebat dunia, adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy pada masa kecilnya. Sesetengah daripada mereka juga adalah hiperaktif semasa kecil.
Lihatlah bagaimana anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan bunuh sifat energetic tersebut.
Bimbing mereka dengan aktiviti yang betul. Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti. Siapa tahu?
4. Hadkan Screen Time
Banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan boleh membentuk sifat agresif pada anak. Walaupun cerita yang ditonton langsung tiada unsur ganas. Anak yang menonton TV, gajet atau video game berlebihan didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.
Jadi bayangkan jika anak yang energetik/lasak ni bertindak ganas. Lagilah DOUBLE TROUBLE!
5. Sesekali Benarkan Anak ‘kotor’
Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjant pokok. Anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.
6. Buat Jadual Rutin Harian
Anak yang lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan kurang mampu untuk fleksibel sebab itu mereka perlukan jadual.
Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan mas auntuk mereka ‘bertenang'(tidur, makan, dll). Sentiasa ingat untuk tegas dan konsisten dengan peraturan dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Memang sukar pada awalnya tapi lama-kelamaan anak akan ikut.
Pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual adalah untuk aktiviti fizikal membantu mereka membakar tenaga.
7. Cari Tadika/Sekolah Yang Memahami Keperluan Tenaga Anak
Bincang dengan cikgu mereka untuk membenarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada jarak di antara aktiviti-aktiviti kerana MEREKA PERLUKANNYA.
Untuk anak-anak yang lasak, memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka!
8. Masa Bersendiri Sebelum Tidur
Kebiasaannya anak perlu lebih tenang sebelum masa tidur. Jadi, ini masa yang sesuai untuk anda bersama anak dan berbual sebentar.
Kajian menunjukkan anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak yang jarang dapat alone-time.
Jadi, pastikan setiap malam, anda jumpa setiap anak secara berseorangan dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat keistimewaan tersebut.
9. Kurangkan Gula Dalam Makanan Dan Minuman Anak
Kandungan gula yang banyak terutama dalam makanan proses menyebabkan anak lebih energetik dan sukar dikawal. Anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk mengekalkan badan mereka hidrat.
10. Sediakan Anak Dengan Aktiviti Setempat Yang “hands-on”
Aktiviti “hands-on” penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, di kenduri, dalam kereta dan lain-lain.
Kalau boleh pastikan gajet adalah pilihan terakhir. Pilih aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan rangsangan skil motor halus dan skil intelektual mereka.
Contohnya plastesin, lego, blok, buku mewarna, doodling, lukisan batik, eksperimen sains mudah atau aktiviti memasak.
Ketika anak melakukan aktiviti setempat seperti ini, kita boleh terapkan kemahiran akademik seperti mengenal pasti barang, membaca, mengira dan mengingat.
Ingat, anak anda yang energetik bukan satu perkara yang buru, mereka secara semula jadi seorang yang energetik! Triknya kita kena tahu cara untuk salurkan tenaga tersebut dan biarkan ia membakar tenaga tersebut sebanyak yang boleh dengan cara positif dan produktif.
Sumber: @adlilrajiah
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
Dah Kerja Penat-penat, Begini Cara Reward Diri Untuk Masa Depan Lebih Selesa!
Setiap hari kita berkerja untuk mencari rezeki, rasa penat dan lelah memang terasa.
Sebab itu ramai merasakan dengan memberi reward kepada diri sendiri dengan cara menikmati hidangan mewah mahu pun membeli barangan kesukaan di awal gaji, itu suatu kepuasan.
Bahkan ramai merasakan cara ini dapat menghiburkan hati dan cara itu tidak ada salahnya.
Namun alangkah bagusnya andai lakukan juga 7 cara ini yang dikongsikan oleh saudara Razzaaq Ajaq ini.
Jom baca perkongsian ini.
Jangan kedekut dengan diri sendiri. 7 ‘Reward’ untuk diri sendiri yang kita mesti buat.
1. Kalau belum ada rumah, belanja diri dengan buat simpanan 10% dari gaji untuk beli rumah nanti.
2. Kalau belum ada simpanan, belanja diri dengan simpanan 3-6 bulan gaji.
3. Kalau belum ada kereta, belanja diri dengan kereta tak lebih setahun gaji.
4. Kalau gaji RM2200 ke bawah, belanja diri guna pendapatan sampingan. Kurangkan ‘usik’ gaji hakiki.
5. Kalau jarang sedekah, belanja diri dengan sedekah pada ibu bapa atau pasangan.
6. Kalau belum ada takaful, belanja diri dengan takaful bayaran tak lebih 10% gaji.
7. Kalau belum ada sumber pendapatan dari pelaburan, belanja diri dengan labur 10% gaji setiap bulan.
Dah sediakan semua ni baru laa belanja diri dengan kehendak kita. Ikut kemampuan dan berpada-pada.
Akan ada masanya ‘kedekut’ dengan diri sendiri ni membantu kita di saat-saat sukar nanti.
Sumber : Razzaaq Ajaq