Suami isteri tentunya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza di dalam mendidik hatta menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Umumnya ibu dilihat sebagai guru yang penuh dengan kasih sayang dan suami pula karektornya lebih tegas seperti seorang guru disiplin.
Walau wujud perbezaan cara dan tindakan, suami mahu pun isteri perlu sama-sama menjalankan tugas untuk membimbing anak-anak. Namun jika ada yang beranggapan tugas mendidik dan memberi teguran sesuai diserahkan bulat-bulat pada isteri, ia sesuatu yang sangat merugikan!
Menurut Parenting Influencer Encik Mohd Fhais Salim, bahawa peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila anak ada buat silap. Ini kerana ada beberapa perkara yang cukup istimewa ada pada seorang ayah dan jika tidak digunakan amatlah rugi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Sumber : Mohd Fhais Salim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club