Lucu tapi ada pengajaran disebalik situasi ini. Betapa PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan ini membawa seribu satu makna buat kita semua.
Jika sebelum ini, ibu bapa tiada masa untuk melayan anak-anak bermain. Jika ada sekalipun jarang sekali dapat santai sebegini. Ada banyak hal lain yang perlu diuruskan, tetapi berbeza hari ini.
Ibu bapa dapat bermain dan meluangkan masa sepenuhnya melayan karenah anak-anak. Yang pasti anak-anak paling gembira dan bahagia. Itulah ‘manisnya’ disebalik kedukaan disebabkan oleh Wabak Covid-19 ini.
Perkongsian seorang ayah menerusi facebooknya Tengku Azam Mikail cukup mencuit hati. Melayan anak-anak bermain pondok-pondok dan sanggup ‘dibuli’ dek anak-anak apabila disuruh menjadi ’emak’ mereka.
Satu hiburan yang cukup menggembirakan di saat semua tidak boleh ke mana-mana atas perintah #stayathome.
Duk gumah anak ajak main pondok2 la,main anak patung la,main masak2 la dia ckp papa jadi emak aku ye kn ye,sampai tergolek mak ko koje kn ye.
penat layan ko org ni.ape ko bt dgn papa ni nak oiii ni cuti tambah lg ape lg ko ajak papa main.
Yang kelakarnya si ayah ini terlentang kepenatan dek melayan anak-anaknya bermain pondok-pondok. Walaupun penat tetapi itulah momen yang cukup manis dan indah untuk yang menjadi kenangan apabila anak-anak besar kelak. Yang lebih penting lagi ikatan ayah-anak lebih erat.
Rumah Cantik Bagaikan Di Dunia Fantasi Alice In Wonderland Ini, Tarik Perhatian Warganet Tak Sangka Ada Di Malaysia!
Ramai kagum dan teruja melihat sebuah rumah yang cantaik bagaikan berada di alam fantasi.
Melihat kepada rekaan kediamaan ini menggunakan konsep garden, english dan alam semulajadi.
Memilih latar bangunan warna tema hijau lembut sebagai tema menjadikan kediaman ini cantik di pandang mata. Kombinasi hijau dan putih sepadan dengan pilihan warna untuk kediamaan ini.
Dekorasi yang begitu inspirasi. Siapa sangka rekaan Eropah sebegini ada di Malaysia.
Rumah yang dimiliki oleh puan Farghaly Ezira ini dilihat bagaikan sungguh sempurna. Rekaan seakan rumah luar negara ini begitu unik.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Salam manis sahabat deco. Terima kasih yang teramat buat sahabat-sahabat yang banyak bertanya berkenaan rekabentuk rumah kami sekeluarga. Tapi designnya agak oldschool sikit ye. Maklumlah citarasa orang lama.
Jadi menyantuni pertanyaan sahabat yang bertanya dan sangat supportive, kak zira kongsikan bersama gambar-gambar dari beberapa bahagian luaran rumah.
Moga bermanfaat buat sahaba-sahabat.
Ramai warganet teruja melihat konsep rumah istimewa ini. Nyata rumah ini telah menarik perhatian ramai lantaran rekaannya yang ‘rare’.
Sumber: Farghaly Ezira
Ini Sebabnya Kemas Rumah Nampak Tak Berapa Bersih. Ibu-Ibu Kena Cuba 4 Cara Ini!.
Kesibukan dengan urusan kerja kadang kala menyebabkan ibu-ibu tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita hanya menunggu hujung minggu untuk berbuat demikian baik membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Waktu inilah sahaja yang ada, itupun jika tiada sebarang temu janji atau majlis yang perlu dihadiri. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Begitu pun, jika anda sudah mempunyai anak remaja, tidak salah andai sesekali meminta mereka membantu mengemas rumah atau sekadar menyapu habuk atau sampah. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang membantu anda bukan!
Sebelum itu, jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
- Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
- Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
- Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
“Isteri Diserang Angin Ahmar & Kaki Dipotong Akibat Kencing Manis. ” Suami Jadi ‘Spiderman’ Cari Dana Buat Rawatan Isteri OKU
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Lebih-lebih lagi apabila insan tersayang bernama isteri menderita sakit.
Pengorbanan seorang suami yang sanggup melakukan apa saja demi isterinya benar-benar meyentuh hati. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang beraksi seperti seorang ‘Spiderman’.
Dia dilihat menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak.
Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu.
Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37.
Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.
“Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.
“Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh.
Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota.
Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.
“Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu.
“Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya.
Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi.
Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan.
“Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Kredit: Harian Metro via: Penang Kini