Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat anak apabila terkena serangan asma. Anak jadi sukar bernafas malah tidak selesa seharian.

Di Malaysia, kira-kira satu daripada sepuluh individu lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6-14 terutama di kawasan bandar.

Menurut Dr Angelina Amaladoss, Pakar Perunding Pediatrik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), membezakan antara asma dan selesema adalah penting kerana simptomnya yang bertindih namun implikasi yang berbeza.


Selsema biasanya disebabkan oleh jangkitan virus dan kebiasaannya akan turut demam, sakit badan, sakit kepala, dan sakit tekak. Ia juga boleh menyebabkan masalah gastrousus seperti muntah atau cirit-birit. Gejala-gejala ini biasanya sembuh dengan cepat dan tidak memerlukan ubat.

Ads

Sebaliknya, asma pula melibatkan tempoh simptom yang lebih lama dan mungkin dikaitkan dengan sejarah keluarga keadaan seperti rinitis alergi, ekzema dan sebagainya.

Anak Ada Asma Kena Pantau Persekitaran, Ada Alahan Makanan & Bulu Haiwan!

Batuk biasanya lebih ketara pada waktu malam, awal pagi dan semasa melakukan senaman. Mungkin terdapat semput yang berkaitan, pernafasan yang cepat, sesak nafas dan sakit dada. Gejala dan tanda rinitis alahan dan ekzema mungkin juga ada.

Ads

Malah jelas Dr Angelina lagi asma memerlukan pendekatan komprehensif untuk cepat lega. Diagnosis awal, rawatan cepat dan pantas penting untuk memastikan kualiti hidup untuk kanak-kanak yang terjejas.

Untuk kes asma yang teruk, ubat baharu dengan teknik invasif minimum menandakan adanya kemajuan yang ketara. Pun begitu kata Dr Angelina, inhaler kekal sebagai rawatan utama, tetapi untuk kes yang lebih mencabar, rawatan seperti antibodi monoklonal (cth., omalizumab or mepolizumab) dan leukotriene receptor antagonists (LTRA) digunakan untuk menguruskan gejala dengan lebih berkesan.

Anak Ada Asma Kena Pantau Persekitaran, Ada Alahan Makanan & Bulu Haiwan!

Ads

Apa mak ayah perlu pastikan adalah menjaga segala aspek termasuk persekitaran, pemakanan dan sebagainya bagi mengurangkan gelaja ini pada anak-anak.
* Minimumkan pendedahan kepada asap rokok, vape
* Elak dan jarakkan dari bulu haiwan peliharaan seperti kucing.
* Penggunaan karpet atau permaidani dirasakan kurang wajar
* Tahu dan memahami alahan yang dialami anak.
* Kenal pasti makanan tertentu yang menjadi penyebab atau trigger asma anak

Perjalanan menguruskan asma bagi anak-anak sememangnya rumit namun rawatan yang baik dan terkawal serta menjaga sebab-sebab anak boleh terkena asma membolehkan anak menjalani kehidupan yang lebih baik.\

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI