“Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap..”Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Jadi Kegemaran Seisi Keluarga!

Share

Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga. Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini.

Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing yang disediakan olehnya amat digemari oleh keluarga bahkan anaknya yang berusia 5 tahun pun akui keenakan rasa hidangan tersebut.

Bolehlah kita pula mencuba menyediakan menu ini, mana tahu anak-anak kita juga menggemarinya. Pasti buat mereka makan bertambah!

Nasi Kari Kambing Dari Tin Adabi

Bahan-bahan:

2 tin kari kambing adabi

Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang

2 biji bawang besar hiris

4 sekawan

2 helai daun pandan

2 sudu butter + 2sudu minyak masak

Tomato dadu sebiji

Garam 1sk

Akar ketumbar

Makan bersama ayam rose dan jelatah.

Cara-cara masak

1.Panaskan Marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu )

2.Tumis sampai wangi bawang besar/masukkan 4sekawan/tomato dadu dan daun pandan

3.Masuk kari kambing gaul sebati

  1. Masuk susu cair

5.Masuk akar ketumbar

6.Mmasuk garam sikit sahaja

  1. Selepas itu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lepas tu tekan on.

8.Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)

  1. Masa nak kering nanti tu bole la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi..
  2. Sudah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siap.

Ayam masak merah

-Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..

-Susu cair suku tin

-Sos cili 3sb

-perasa

-serai

(Bahan A)

-Segenggam cili merah besar

-Bawang besar 2biji

-Bawang putih 4ulas

-halia sikit

Blend bahan A

– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masukkan ayam, susu cair, sos cili, perasa dan garam. Masak sampai ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang telah dihiris

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club