Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah setiap ujian yang ditanggung oleh setiap antara kita. Tidak kira siapa kita, ujian itu akan selalu ada, datang tanpa mengira masa dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Bahkan saat meniti usia senja sekali pun, ada antaranya diuji bukan sahaja ujian kesihatan malah ujian kewangan dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian @jenjibam di Twitter yang mencuri perhatian warganet bila berkongsi sekeping gambar lelaki yang telah berumur datang ke tempatnya untuk meminta kerja.
Malah apa yang lebih menyentuh hati warganet bila difahamkan lelaki tua ini sebenarnya mempunyai 11 orang anak, namun diusia senja sepertinya itu masih tetap gigih mencari kerja untuk menampung perbelanjaan barang dapur dan keperluan lainnya.
75 Tahun Masih Mencari Kerja
Umur dah masuk 75 datang minta kerja. Anak 11 orang dari isteri pertama, semua dah berkeluarga. Isteri kedua OKU, dapat anak juga OKU. Nak cari duit untuk sara anak dan bini yang OKU.
Anak dia yang 11 orang tu aku doakan anak-anak diorang balas balik la.
Kau rasa aku bagi kerja ke?
Of course la aku sebagai majikan ambik dia kerja. Selagi mana orang tu betul nak kerja, aku macam biasa la sentiasa bagi ruang dan peluang.
Ads
Semoga terus sihat dan kekal bertenaga untuk bekerja menyara keluarga pakcik!
Yang aku nak highlight ni bukan part aku bagi kerja. Tapi jenis anak ramai buat tak reti kat bapak sendiri.
Bapak sorang boleh bagi makan kat anak 11 orang. Anak 11 orang tak boleh hulur kat bapak dia sorang sikit.
Pakcik tu tahan sebak masa dia cerita. Tapi tu la, kita sebagai bapak ni kena kental jiwa dan sanubari.
Kita kalau kena abai esok walaupun dengan anak sendiri, kita kena kekal steady dan terus berdiri atas dua kaki.
Ads
Mulut anak pun kita boleh suap, inikan pula mulut sendiri.
By the way, pakcik ni kahwin kali kedua lepas isteri pertama dia meninggal.
P/S: Moga jadi teladan buat kita semua. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu bapa kita
Setiap kali memasak di dapur pastinya ibu-ibu akan menggunakan pisau untuk memotong sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan mahupun ayam. Malah, ia merupakan antara peralatan dapur yang utama dan memudahkan kerja-kerja memasak dilakukan.
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi pisau yang digunakan untuk memotong ayam tidak berfungsi dengan baik dan potongan pada bahagian ayam nampak tidak kemas? Itu tandanya pisau anda sudah menjadi tumpul.
4 Kaedah ini mungkin dapat bantu pastikan pisau kekal tajam:
1. Pilih Pisau Anti Karat
Untuk memastikan pisau lebih tahan lama, pilih pisau yang mempunyai bahan anti karat. Pemilihan pisau stainless steel amat baik untuk memastikan jangka hayat pisau tahan dengan lebih lama. Selain itu, digalakkan untuk memilih pisau dari bahan keramik kerana ia memudahkan kerja mengasahnya menjadi lebih mudah.
2. Fungsi Pisau dan Kegunaannya
Mengetahui jenis pisau dan kegunaannya juga penting untuk memastikan ia mampu bertahan dalam jangka masa yang lebih lama. Sebagai contoh, pisau mempunyai berbagai jenis.Jadi, sesuaikan penggunaan pisau untuk tujuan tertentu seperti pisau untuk memotong daging, buah-buahan dan sayuran dan sebagainya. Kaji terlebih dahulu penggunaannya agar anda bijak memilih pisau yang bersesuaian dengan makanan pilihan anda!
3. Kebaikan Mengasah Pisau
Untuk memastikan pisau sentiasa tajam dan berada dalam keadaan yang baik, jangan lupa untuk sentiasa mengasahnya. Pisau untuk memotong daging perlu diasah lebih kerap kerana ia berfungsi untuk kerja-kerja yang lebih berat berbanding pisau untuk memotong sayuran dan buah-buahan.
4. Bersihkan Pisau Setiap Kali Selepas Digunakan
Jangan sesekali malas mencuci pisau yang telah digunakan walaupun sekadar memotong sayuran. Sebaiknya, cuci pisau segera selepas digunakan dengan menggunakan sabun.Kemudian lap sehingga kering sebelum disimpan. Elak menyimpan pisau yang tidak dibasuh dan di tempat yang lembap kerana ia boleh menyebabkan ia mudah karat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini.
Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19.
Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif.
Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir.
Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.
Tiada batuk.
Tiada demam.
Tiada sakit tekak.
Tiada kontak rapat.
Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.
Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19.
Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa.
Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.
Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.
Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri.
“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas.
“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut.
Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama.
Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.
“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma.
“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.
Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.
“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas.
Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).
Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!
Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan!
Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.
Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan.
Terus mengalir air mata aku ni.
Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA.
Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada.
Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira.
Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.
Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.
Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner.
Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19.
Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Apabila sebuah keluarga itu bahagia tentu disertai dengan kehidupan yang harmoni sekali gus akan memberi kesan kepada kehidupan dalam masyarakat.
Bayangkan semua keluarga hidup bahagia tentu dan pastinya akan menyerap dalam kehidupan harian. Sekali gus aura kasih sayang ini akan santuni kehidupan kita tanpa mengira bangsa dan agama untuk hidup bermasyarakat aman damai.
FITRAH KASIH SAYANG
.
Sebenarnya kita dilahir ke dunia ini dengan rasa cinta dan kasih sayang. Jadi perasaan kasih dan sayang ini merupakan fitrah yang diciptakan dalam diri setiap manusia.
Jika bukan atas sifat kasih sayang, seorang ibu tidak mungkin sanggup berkorban melahir dan membesarkan anak-anaknya, seorang bapa tidak mungkin akan berpenat lelah mencari rezeki untuk kelangsungan hidup keluarganya, seorang guru tidak akan bertungkus lumus mendidik pelajarnya dan seorang sahabat tidak akan bersusah payah menggembirakan sahabatnya serta jiran yang bertegur sapa jitan tertangga.
CAKNA KASIH SAYANG KIKIS PERASAAN MEMBENCI
.
Kasih sayang yang menebal dalam diri, pengikis kepada perasaan benci antara sesama manusia lantas membentuk kehidupan masyarakat yang sejahtera. Malah, cakna kasih sayang itu akan lahirlah sifat sabar, prihatin, bertolak ansur dan toleransi, lemah lembut, sopan santun, pemaaf dan nilai-nilai positif yang lain.
Dengan in, secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat mazmumah dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian.
Amalan doa pengikat kasih
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk mendoakan keluarga, sahabat handai dan jiran tertangga termasuk negara. Ini lambang bahawa sikap mementingkan diri bukan ajaran dalam agama Islam.
Sehubungan itu, kita boleh amalkan doa kasih sayang untuk keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga agar hidup dalam harmoni tanpa prasangka.
AYAT 1
AYAT 2
.
Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk melembutkan hati setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.
AYAT 3Ayat surah taha ayat 39 adalah tentang Nabi Musa, iaitu apabila setiap orang memandang Nabi Musa, maka mereka akan merasa sayang kepadanya. Jadi, boleh diamalkan untuk kebahagian keluarga dan masyarat.
Ayat 4 Amalkan ayat untuk ketenangan dengan niat untuk baik untuk kesejahteraan.
Nyata, setiap ayat Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri. Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk keluarga, adik beradik, jiran tetangga serta masyarakat negara ini. Dengan doa yang dimohon, dapat membantu kita hidup lebih bermuafakat dan aman damai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...