Amyra Rosli Luah Syukur Anak Boleh Discharge, Tapi Risau Masalah Jantung.

Share

Beberapa hari yang lalu dugaan buat pelakon Amyra Rosli dan suaminya pelakon Amar Baharin, apabila anak keduanya, Ayra Aryssa disahkan mengalami jangkitan penyakit Kawasaki.

Dia berkongsi dengan keadaan anaknya di media sosial. Ramai yang meluahkan rasa bimbang dan turut menitipkan doa buat anak pasangan selebriti itu.

Terbaru menerusi perkongsiannya di Instagram, Amyra Rosli berkongsi berita gembira apabila anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Meluahkan rasa syukur setelah anak perempuannya itu telah kembali sembuh.

Katanya, akibat virus berkenaan saluran darah ke jantung bengkak. Namun katanya tidak kritikal. Dia berharap anaknya kembali sembuh sepenuhnya.

Virus tak ada, cuma jantung bengkak

“Alhamdulillah.. aryssa boleh discharge hari ni.. virus dah tiada tetapi akibat dr virus ini, kini jantung aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak..
Tiada apa yg kritikal, mudah mudahan aryssa boleh sembuh sepenuhnya.. insyaallah.

Terima kasih banyak2 kepada SEMUA yg doakan aryssa.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.”

 

 

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Amyra dan suami tabah dengan dugaan. Malah rakan artis turut bersimpati dengan memberikan kata-kata semangat buat pelakon berkenaan.

Sumber: aamyrarosli

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz