Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, pasangan ini teruja bakal menimang cahaya mata perempuan.
Pengumuman berkenaan jantina anak Amar Baharin dan Amyra Rosli dibuat semalam oleh pasangan ini dalam satu majlis ‘Baby Shower.
Dalam majlis tersebut, Amar mengakui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki. Menurutnya lagi, Amyra terlebih dahulu mengetahui jantina anak mereka. Manakala dia memilih untuk menanti sehingga majlis ‘baby shower’ untuk mengetahui jantina anaknya.
"Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.
"Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki.
"Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor.
"Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami," katanya lagi.
Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat.
"Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan.
"Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan," katanya lagi.
Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.