Amiel Masuk Tahfiz Sebab Nak Bantu Ibu Dan Ayah ke Syurga Firdaus.” Itu Antara Isi Kandungan Surat Terakhir Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz.

Share

Semalam pertemuan terakhir buat ibu tabah ini. Siapa sangka itulah kali terakhir dia dapat menatap, bercakap dan memeluk anaknya. Hari ini, anak syurga itu sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, salah seorang pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dalam kebakaran pagi tadi sempat memberi ibunya surat semalam.

Norhayati Khalid, 42, berkata anaknya memberikan surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.

“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”

“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya. Kandungan surat tersebut berbunyi,

“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.

“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”

Tambah Norhayati, dia ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada jam 6 pagi mengenai kejadian tersebut.

“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.

Kebakaran tersebut telah meragut nyawa seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden.

sumber: myMetro