Penghujung bulan Oktober lepas, pasti ramai tahu beberapa orang selebriti terbabit dalam perlumbaan Ironman 2019 yang berlangsung di Langkawi. Antaranya termasuklah penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Tidak ketinggalan Sheila Rusly dan keluarganya.
Dalam perlumbaan tersebut, Alif Satar memilih untuk menyertai kategori penuh dalam Ironman kali ini. Kejayaannya menyelesaikan cabaran-cabaran dengan merangkumi beratus kilometer betul-betul membanggakan banyak pihak.
Rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji bapa kepada tiga orang cahaya mata ini kerana berjaya menamatkan perlumbaan dengan jayanya.
Namun, di dalam banyak-komen yang diterima, ada sesetengah netizen menitipkan pertanyaan kepada Alif berkenaan bagaimana dia dan peserta yang beragama Islam lain menunaikan solat sewaktu perlumbaan tersebut.
maaf tanya.. kalau dah lenjan 15 hours camtu, solat semua kat mana ye? dorg ada stop solat ke? maaf bertanya
tidak melatah dengan persoalan tersebut, Alif dilihat menjawab soalan tersebut dengan baik. Malah terdapat juga wakil pengajur yang turut sama memberi penjelasan.
Menerusi Instagramnya hari ini, Alif dilihat memuat naik video dia mengambil wuduk dan menunaikan solat di check point perlumbaan.
Dia juga dilihat memakai kain pelikat dan menunaikan solat bersama beberapa lagi peserta.
Hal ini bukan sahaja menjawab persoalan netizen-netizen berkenaan solat yang diajukan kepada Alif, malahan memperlihatkan bahawa penganjur juga peka terhadap para peserta yang beragama Islam.
Rata-rata rakan artis dan netizen telah meninggakan komen diruangan Instagram Alif dengan memuji penerangan Alif berkaitan solat semasa Ironman.
Sumber: IG alifsatar