Ambil Upah Tolong Mengecat, Anak Ni Mahu Dibayar Dengan Beras Sebab Boleh Makan Seisi Keluarga!

Share

Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet.  Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.

Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.

Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok,  @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.

 

Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.

@mfs_bengkelbesi♬ original sound – Tanah Melayu

 

Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.

Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.

Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”

@mfs_bengkelbesidya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊##MFsBengkelBesi♬ bunyi asal – Abeyie_Official 🇲🇾

“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.

“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.

Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak  menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.

Sumber : Tiktok @mfs_bengkelbesi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club