Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Ads
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
Ads
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Peti sejuk memanglah semua maklum menjadi tempat penyimpanan makanan untuk tahan lebih lama. Atas alasan ini juga, kalau boleh semua benda ingin disumbat dalam peti sejuk.
Akhirnya peti sejuk sarat dengan pelbagai jenis makanan dan sukar pula untuk dicapai. Malah nampak berserabut dan tidak kemas pula.
Untuk itu, ada teknik yang harus dipraktikkan untuk menjadikan peti sejuk walaupun banyak barang di dalamnya, namun tetap nampak kemas dan teratur.
Cara pertama dan cukup popular adalah dengan menggunakan container dan ini kelebihan apabila memilih cara ini.
• Lebih kemas dan tersusun
• Senang nampak dan ambil
• Senang susun (bekas seragam saiznya)
• Tidak bocor (sesuai jika kandungan cecair)
Pun begitu, tidak dinafikan menggunakan bekas akan memerlukan ruang yang besar dan jumlah bekas yang banyak juga mesti disediakan
Oleh itu ada cara lain pula boleh digunakan bagi yang tidak mempunyai peti ais yang besar iaitu dengan menggunakan plastik berzip untuk menyimpan makanan ke dalam peti sejuk untuk lebih jimat ruang.
Pun begitu, cara ini ada sedikit kelemahannya di mana makanan yang disimpan akan bertindih-tindih, bimbang kemungkinan plastik bocor dan sebagainya. Namun masih praktikal untuk nampak kemas sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya semua ibu bapa nak anak yang cemerlang. Perkongsian Klinik Terapeutik Cikgu Ropizam amat bermanfaat untuk ibu bapa jadikan panduan dalam cakna anak menjadi pelajar cemerlang. Jom semak!
Antara penemuan HEBAT saya miliki tentang ‘rahsia tersimpan’ yang dimiliki oleh ramai pelajar cemerlang adalah;
1) Kerap Merasai Kurang Berdoa.
Dengan punyai perasaan ‘saya masih kurang berdoa’, menjadikan mereka pelajar yang semakin hari semakin kerap berdoa. Walhal, saya selidik dapati mereka sudah kerap berdoa sebenanya, namun tetap melatih diri dengan mengatakan bahawa mereka masih kurang berdoa. Bila kurang rasa takut. Bila takut, rasa mahu buat lebih lagi. Akhirnya mereka jadi pelajar yang bertali arus berdoa setiap hari setiap masa. Apalagi, confident pun lebih mendongak naik….!
2) Langsung Tidak Mengharap ‘Gifted’. Ini Baru Betul-betul ‘Gentleman’…!
Tiada istilah ‘gifted’ atau ‘cerdik genius asal’ dalam hidup mereka. Mereka tidak pernah mengharap lebih pada cerdik asal usul. Sama ada kita nampak atau tidak, hakikatnya mereka kuat berusaha (baca buku, buat latihan dan ulangkaji pelajaran). Langsung tiada usaha yang dibuat ‘main-main saja’ kemudian berhasil berjaya cemerlang. Mereka sendiri tidak percaya boleh berjaya hanya dengan ‘pay attention’ di dalam kelas sahaja. Ada yang berani kata pada saya “tipu semua tu cikgu kalau yang kata dia tak belajar di rumah atau asrama, cemerlang hanya belajar dalam kelas saja….., kami nak dapat tahap ni, kami semua pulun habis siang dalan malam.., mana ada belajar main-main boleh cemerlang”.
Saya setuju…! Sebab banyak kisah orang-orang hebat di dunia, mereka berjaya kerana sanggup tabah lalui ‘keperitan’. Kejayaan mereka ‘cukup umur dan matang’.
3) Suka Buat ‘Aduan Khas’.
Mereka berterus terang pada Allah SWT. Antara dialog mereka, begini:
“Ya Allah, aku mengaku aku banyak kurang dan kelemahan, tapi bantulah aku Ya Allah”, “Ya Allah, aku ni tak pandai sangat, aku pelajar biasa saja. Tapi aku ada impian Ya Allah, aku nak berjaya, aku nak sangat bantu kelurga aku Ya Allah, Kau tolonglah aku Ya ALLAh, Ya Allah, aku nak sangat hidup bahagia dengan berjaya, bantu aku Ya Allah. Ya Allah aku ni dari keluarga miskin, hanya Kau sahaja yang dapat ubah hidup aku, Ya Allah tolonglah mudahkan aku mengingat nota penting dan faham latihan yang aku buat, Ya Allah, beratkanlah hati aku untuk belajar lebih yang mana, Ya Alllah bantulah aku di dalam dewan peperiksaan nanti, aku harap sangat Kau bantu aku ya Allah”.
Begitulah antaranya. Kalau ikutkan banyak lagi dialog mereka ini. Mereka berterus terang…!
4) Tebalkan Muka jadi ‘Jurulatih’.
Kebanyakan mereka asalnya bukan golongan pelajar terpilih. Mereka hanya pelajar biasa-biasa sahaja. Tapi, walau tahu sedikit mereka tidak kedekut ilmu. Mereka suka ajar bantu kawan-kawan yang tidak tahu. Mereka tidak lokek kongsi nota cantik salin cetak dan beri pada kawan yang tak berkemampuan.
Kata-kata seperti, “emmm, tadi aku tengok kau tak berapa faham jawab soalan matematik tu, aku tau sikit-sikit dan kalau kau nak aku boleh tolong tunjuk…”.
Menariknya, saya dapati mereka yang suka membantu kawan ini ditakdirkan Allah beri mereka ‘insight’ lebih semasa dalam dewan peeriksaan sebenar. Akhirnya yang suka bantu kawan ini cemerlang, mudah dapat tawaran sambung belajar dan lebih menarik mudah dapat kerja…! Lihat, betapa Adilnya Allah pada orang-orang baik.
5) Tekan Suiz Lampu Tengah Malam.
Mula-mula mereka kata, “saya sedar diri sebelum ini saya kurang berjaga malam untuk belajar. Saya alpa, saya leka. Tapi tahun akhir ini (SPM) saya mahu pulun dan tebus ‘all out’. Yang dah lepas saya tak boleh ubah. Yang sekarang dan kedepan saya mahu berjaga malam. Saya mesti penat dan letih di tahun akhir ini. Tahun ini saya mesti jadi lebih baik, mesti lain dari tahun-tahun kebelakangan ini. Saya mahu hidupkan malam-malam yang mampu untuk saya belajar…”.
Hebat kan…???
6) Jumpa Ibu Ayah atau Penjaga dan Berani ‘Say Something’.
Mereka tidak sombong pada ibu bapa atau penjaga. Walau malu, mereka kuatkan semangat ucap mohon maaf pada ibu bapa dan penjaga terhadap salah dan silap yang lalu. Kemudian, barulah mereka mohon ibu bapa doakan kejayaan mereka. Tidak hairanlah mereka sukses. Sebab mereka jelas terang lagi bersuluh minta ibu bapa penjaga doakan mereka. Disini kita lihat betapa besarnya aura ibu bapa dan penjaga yang cemerlang untuk hasilkan anak-anak cemerlang.
7) Mohon restu Guru ‘Awal’. Hujung Tahun ‘LAKONAN SEMULA’.
Saya sendiri anggap bahawa ‘Majlis Restu Ilmu’ yang biasanya setiap sekolah buat pada penghujung tahun sebelum peperiksaan besar bermula sebagai ‘LAKONAN SEMULA’.
Kita mesti didik anak-anak murid kita senantiasa mohon restu guru setiap kali selesai harian belajar dan menuntut ilmu dengan guru-guru. Inilah yang kebanyakkan pelajar cemerlang buat, mereka baik dengan cikgu, ringan tulang dan suka buat hal-hal baik yang cikgu suka.
Ya, saya juga anjurkan Majlis Restu Ilmu di hujung tahun, saya kendali juga namun ia sebagai pelengkap ceremony sahaja dalam konteks kemuncak. Sebab itu saya klasifikasikan sebagai ‘LAKONAN SEMULA’ kerana jika pelajar sentiasa mohon restu sepanjang masa, penghujung adalah imbas kembali. MOHON RESTU AWAL banyak sangat manfaatnya. Bila cikgu suka, rasa dihargai, seronok….., maka doa para cikgu lebih mudah makbul sebab bait dipinta lahir dari nurani yang bahagia. In Sya Allah.
8)”T-H-D”.
T-Taubat, H-Hajat, D-Dhuha. Setiap satunya dua rakaat sahaja, totalnya enam rakaat. Pelajar hebat mereka malu nak mengaku buat yang ini. Saya dapat tahu pun sebab saya selidik secara halusi dan dari hati ke hati. Rupa-rupanya, mereka rajin tunaikan Sunat Taubat, Sunat Hajat dan Sunat Dhuha. Kena taubat dulu, barulah mohon hajat. Kemudian mantapkan dengan dhuha. Patutlah cemerlang dan ‘steady’ mereka ini. Ini yang kita mahu dan perlu sebarkan buat anak-anak didik kita semua. Begitulah.
?Semoga kita semua TIDAK KENAL LANGSUNG erti putus asa dalam menjalankan anamah mendidik ini.
Kalau kita lelah, kita mengadu pada Allah, dan kita pujuk diri kita. Jangan mengharap orang lain pujuk semangat kita, kita buat sendiri.
Mudahnya begini, ramai diluar sana ‘teringin tapi kecundang’ untuk menjadi cikgu, ramai memasang impian tapi tidak kesampaian. Allah pilih kita, maka kita dipilih Allah menjalankan tanggungjawab ini. ‘Seksok-seksok’ pasti Allah soal balik kita kan. PASTI..!
? Ropizam San ‘Solatku Dikepung Jepun’.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Gombak malam ini.
ARWAH PEKERJA KANTIN
Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dikatakan mengikuti rombongan 20 guru sekolah itu dan berkhemah di lokasi itu sejak Rabu lalu.
Mangsa dipercayai pekerja kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kampung Batu Kuala Lumpur.
Sepatutnya mereka pulang semalam, namun kejadian berlaku awal pagi Jumaat itu mengorbankan 24 mangsa termasuk Nurul Azmani manakala sembilan masih hilang.
PERTAMA KALI IKUTI AKTIVITI PERKHEMAHAN
Menurut laporan Harian Metro, sepupu mangsa Nor Azman Mat Zain berkata, Allahyarham yang bekerja di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong mengikut rombongan itu sejak Rabu lalu.
“Sepatutnya dia membawa ibunya pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga sebab cuti sekolah semalam, namun sudah ajalnya.
“Kami sekeluarga tahu dia mengikuti rombongan perkhemahan sekolah itu. Dia bekerja di kantin sekolah berkenaan.
“Ini juga kali pertama dia terbabit dengan aktiviti perkhemahan. Dia pergi Rabu lalu dan ikutkan dia balik semalam,” kata lelaki berusia 48 tahun itu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...