Kekeluargaan

“Ambil Nasi Waktu Lunch Saja”, Petua Tasha Shilla ‘Maintain’ Cantik Walau Dah Anak Dua!

Share

Selepas melahirkan cahaya mata bukan mudah bagi seorang ibu untuk menjaga penampilan diri malah tampil cantik dan langsing. Namun tidak bagi pelakon, Tasha Shilla yang berjaya mengekalkan berat badan idealnya biarpun sudah punya anak dua.

Biarpun hamil rapat-rapat dan anak pertama ketika itu baru berusia tujuh bulan, namun ia bukan alasan buat Tasha untuk kembali cantik dengan perut yang rata dan kempis, idaman semua ibu.

Berkongsi rahsia dan tip miliknya secara eksklusif kepada Family & Parenting, Tasha berkongsi cerita.

“Saya mengakui saya memang jaga sebab masa mengandungkan anak pertama berat saya naik 28kg, tujuh bulan lepas itu saya mengandung lagi anak yang kedua.

“Masa anak pertama, lepas bersalin saya sempat juga pergi gym sekejap tapi lepas pregnant lain saya stop dan berat naik lagi 12kg waktu itu.

“Lepas saja bersalin anak kedua, saya memang jaga pemakanan saya. Saya makan nasi waktu lunch sahaja cuma saya ambil beras Basmathi dan tak ambil beras biasa.

“Malam pula saya hanya makan salmon dan sayur serta ulam-ulam sahaja. Petang kalau saya lapar saya ambil buah-buahan,” kata Tasha berkongsi tipnya.

Tak minum lepas makan dan jogging bersama anak-anak

Tidak hanya pemakanan, rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak minum sebaik selesai makan. Malah Tasha juga turut membawa dua anaknya berjogging dan melakukan aktiviti kardio setiap minggu.

“Lepas makan memang saya tak terus minum dari dulu lagi. Lagi satu sebelum ini saya selalu amalkan pilates ketika sebelum hamil dan saya rasa itu sangat membantu saya.

“Walaupun perut sudah mengembang tapi bila kita jaga balik, senang nak turun tapi kena kawal dengan pemakanan.

“Kalau ditanya soal gym, setakat ini saya memang tidak punya kesempatan untuk ke gym sejak punya anak dua tapi kardio, jogging dengan anak-anak setiap pagi dan petang saya pasti akan buat di hujung minggu.

“Saya pula memang suka nature, jadi saya akan pergi taman keluarkan peluh dan bawa anak-anak buat aktiviti outdoor,” kongsinya lagi.

Penampilan Tasha yang semakin cantik dan langsing turut dipuji ketika berkongsi secara eksklusif selepas kelahiran anak keduanya ini bersama Family & Parenting.

Tidak hanya Tasha, bahkan suaminya Atiq serta dua anaknya, Reez Zander, 2 tahun dan Nyla Kaadira, 1 tahun turut bersama.

Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!

 

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club