Dek kerana hangat sana sini perkatakan tentang isu poligami, baru-baru ini isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.
Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung.
” Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.
” Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja.
” Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.
Ads
” Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana.
” Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.
Ads
Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.
” Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).
Ads
” Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” tambahnya.
Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.
Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.
Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.
Sesunggunya kasih ayah sepanjang masa kepada anak-anak ketika hidupnya. Demi anak, sanggup berjuang demi mencari rezeki, berhujan panas supaya dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anak.
Namun, usia ayah semakin meningkat, anak pula semakin dewasa. Jika dulu, ayah gagah perkasa mencari rezeki untuk keluarga, sebaliknya apabila usia meningkat. Kesihatan pula semakin merosot. Namun kasih sayang antara anak dan ayah tetap mekar dan subur tanpa culas sesaat pun.
Kegembiraan hidup bersama saban tahun, akhirnya bertukar duka apabila ayah tersayang kembali kepada Sang Penciptanya. Kita sebagai hambanya tiada hak untuk menghalangya. Ayah adalah pinjaman buat sementara waktu, namun kasih dan momen ayah tetap tersemat di hati.
Seorang anak ini Allif Afza telah berkongsi cerita kisah yang ringkas namun gambar yang dipaparkan penuh makna yang menyentuh hati.
Gambar yang dirakamkan bermula 2014 sehingga 2018, menyaksikan beliau mendukung ayahnya setiap hari raya. Namun sebaliknya tahun 2019 tiada rakaman riak wajah gembira, sebaliknya sekujur tubuh arwah ayahnya. Ayah telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat 24.8.2018.
Perkongsian ini telah mendapat lebih 8 ribu share serta netizen turut berkongsi kisah duka yang dialami sama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni pertama kali beraya tanpa Ayah.. Tak dapat dah nak angkat Ayah macam raya sebelum-sebelum ni..
Doaku Semoga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & soleh..
Rindu pasti rindu
Sape yang pernah rasa kehilangan je akan paham.
Kenangan bersama arwah ayah
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Marissa Dania Hakim iaitu anak kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim menjadi topik hangat netizen sejak berpoligami menjadi isteri nombor dua.
Marissa dikatakan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan keluarga.
Walau bagaimanapun, dalam keruh pasti ada jernih. Madunya Umisya Mazlan yang merupakan isteri pertama kepada Aslam berkongsi hikmah disebalik pahit manis berpoligami.
Umisya berkata dia berasa tenang walaupun rumahtangganya sudah lama menjadi perbualan orang ramai.
“Kalau nak diikutkan saya rasa tenang. Tenang sebab saya ada masa sendiri dan ada masa untuk me time,” jelasnya ketika ditemu bual oleh Hijabista.
Katanya, sejak isu curang suaminya Aslam bersama Marissa, dia banyak terima tawaran bisnes dan juga tawaran menjadi model untuk jenama pakaian tempatan.
Malah, dia tidak menyangka rezekinya akan mengalir sebegitu rupa selepas isu kontroversi suaminya itu.
Walau bagaimanapun, Aslam sudah tampil bersua muka dengan keluarga Marisa ketika Aidilfitri baru-baru ini dan Abby juga terima dengan takdir yang dituliskan.
Meruntun jiwa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali baru-baru ini. Kini pihak penyelamat masih giat mencari 9 lagi mangsa yang masih belum ditemui.
Turut terlibat dalam misi pencarian penyelamat itu sejak dari awal tragedi berlaku adalah anjing pengesan.
Bukan calang-calang jasa makhluk ciptaan Allah SWT ini. Yang disebut-sebut kini adalah
seekor anjing K9 baka English Springer Spaniel yang bernama “Blake” mengalami kepenatan yang melampau.
Makhluk ini dengan muka bengis, garang, dan mempunyai deria bau yang amat tajam. Kehadiran Blake banyak membantu pasukan penyelamat di Batang Kali. Namun Akhirnya tumbang jua.
Menurut Pengarah JBPM Selangor, Blake tumbang setelah 2 hari bertungkus lumus bekerja. Blake tidak cedera tetapi direhatkan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
HERO BLAKE
Blake si hero penyelamat mangsa tanah runtuh di tapak campsite. Terima kaseh Blake dan selamat berehat dari tugas.
Blake dilaporkan kepenatan namun tiada kecederaan berlaku terhadapnya sepanjang bertugas dengan penuh kesetiaan.
Anjing K-9 yang berjasa ini direhatkan setelah dua hari bertungkus lumus kerja lebih masa mencari mangsa tertimbus di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali Selangor.
Ada 10 ekor lagi anjing pengesan sedang bersiap siaga berkhidmat membantu pasukan penyelamat dalam kerja mencari.
Terima kasih Blake
HERO GROUSE
Dalam pada itu, anjing pengesan lain turut membantu bernama Grouse. Pegawai Bomba Unit K-9 Pitiears bersama anjing bernama Grouse yang akan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan mangsa yang masih hilang di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali hari ini.
Moga urusan pencarian dipemudahkan agar semua mangsa dapat dijumpai segera.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...