Ambil Kesempatan Tampil Ramping, 6 Tip Mudah Ibu-Ibu Jangan Terlepas Pandang!

Share

Ramadan akan jadi satu cabaran bagi anda yang suka menikmati makanan kerana waktu lapar, pelbagai menu yang dijamu oleh mata akan jadi satu sajian pilihan walau belum tentu anda dapat telan kesemuanya.

Namun jika terlalu ghairah dengan menu kegemaran tanpa berfikir soal lemak yang bakal muncul, ini boleh buat berat badan anda naik mendadak!

Jika ingin rebut menurunkan berat badan anda selama bulan Ramadan, cuba ikuti cara ini:

1. Hidrasi kunci untuk menurunkan berat badan selama berpuasa. Minum air putih yang cukup akan menjaga anda daripada dehidrasi dan akan kontrol keinginan anda pada gula setelah berbuka puasa. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari.

2. Memang sedap layan minuman berkafein tetapi seeloknya pada bulan puasa, anda ganti dengan minuman herba yang dapat membantu pencernaan. Bulan Ramadhan, metabolisme dan energi kita akan menurun. Makan kurma saat berbuka mampu atasi keperluan tubuh kita terhadap gula. Kemudian mulakan dengan makanan ringan seperti sup dan sayur-sayuran sebelum masukkan menu yang lebih berat.

3. Jangan buat-buat lupa bab sahur, ya. Tidak ada alasan untuk guna alasan tak sempat sahur, ini lebih mendorong anda makan berlebihan saat berbuka puasa. Kalau masak sajian sahur pastikan anda kurangkan garam, tidaklah anda cepat haus. Tetapi menu yang disediakan harus terdiri dari karbohidrat kompleks dan protein yang cukup.

4. Puasa bukan alasan untuk anda jadi malas sepanjang hari. Anda tetap boleh lakukan aktiviti seperti biasa, tetap elak melakukan sesuatu di tempat yang panas. Membakar lemak ketika perut kosong adalah lebih mujarab walaupun agak mencabar.

5. Ternyata penyebab utama kenaikan berat badan saat bulan Ramadan adalah makanan yang anda makan untuk berbuka puasa yang biasanya terdiri daripada makanan manis. Ingat ya, selagi mampu cuba elak daripada mengambil gula yang berlebihan.

Nah, moga lima langkah ini mampu memberikan berat badan yang unggul dan sihat untuk anda! Hasilnya anda sendiri pasti terkejut dengan berat badan selepas berjaya kawal nafsu makan. Tidak susah, bukan?