Dalam satu perkongsian di laman instagram, Ozlynn Wati menikmati ‘me time’ dengan keluar membeli belah sedangkan suaminya, johan raja Lawak menjaga anak-anak di rumah.
“Beza papa anta gambar dgn mama anta gambar🤣🤣🤣 mama rasa bersalah?? Oh langsung tidak.. sb papa bg kad bank n ckp, pi la enjoy.. cuma nak pesan 1 jek.
Ads
“ hati2 ok, lepas selesai urusan u balik terus.. ingat, u cinderella i” smbl kiss dahi 😍😍😍 maceh papa.. walaupun bila mama bg bil idung papa berdarah… 🤣🤣🤣🤣🤣 love u sayang
Ini antara contoh suami yang prihatin dan memberi peluang isteri melepaskan tekanan dengan keluar rumah. Bukan mudah bergelar ibu, lebih-lebih lagi jika memiliku anak ramai dan masih kecil, ada yang memerlukan me time atau rehat supaya tidak tidak terlalu tertekan.
Ads
Memadai dengan sedikit masa ‘dicuri’ untuk diri sendiri, dengan meluangkan masa keluar ‘’cuci mata’ atau shopping barang keperluan atau idaman di pusat beli-belah pun dah mampu buat kaum ibu tersenyum.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap prihatin dan tolak ansur yang ditunjukkan Johan kepada isterinya Ozlynn.
mrsaprenamanrose hahahahahahhahahahahaha ! mama n papa sempoi. idolaaaaaa ! ❤️❤️❤️❤️
nadiadamien Tapi papa ada pesan juga kat mama. ” Mama jangan lupa belikan untuk scandal papa sekali tau ! 🤣🤣🤣 @jozlynnhanania
rayban_smart_igshop patutla rezeki papa johan murah..dia agungkan bini dia..semoga kak ozlin belanje sakan🤣🤣
ladyboss_yaty Untung lah badan. Aku ni, kalau shopping, pakai kad sendiri je. Kadang kadang shopping ngan anak buah pon boleh ter wave kad sendiri 😂😂😂
fadhila77 beruntung.bersyukur..suami yg tau menghrgai istri dan bertolak ansur.suami dan ayh cth terbaik…semoga fmly @jozlynnhanania d bwh rhmat dan perlindungan Allah..
Sejak pendemik melanda dan lebih-lebih lagi menjelang Lebaran, adanya sekatan tidak boleh pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya bertemu orang tersayang. Pastinya pengumuman yang dibuat oleh pihak pemerintah membuatkan ramai rakyat berasa kecewa, marah dan bersedih hati.
Pun begitu, membaca satu perkongsian di facebook, Najibah Mustaffa ada berkongsi pandangannya dari sisi berbeza. Ini perkongsiannya dan sebaiknya kita cuba terima setiap ujian ini dan pastinya sambutan raya tahun ini akan menjadi satu lagi nostalgia dan memori yang akan disebut-sebut di masa akan datang.
Ini yang dikongsikan oleh Najibah.
PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu.
Ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.
Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata. Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.
Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah saw menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita.
Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.
“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh.
Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam alQuran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.
Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular. Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.
Bila bercerita tentang minat mak-mak ini, selain hobinya suka ‘shopping’, mencuba resipi baru, menjahit dan tidak kurang juga ada yang suka hendak mencantikkan kediaman dan laman dengan adanya menanam sepasu dua pokok bunga. Tujuannya satu, nak juga rumah yang dihuni nampak berseri dan cantik dipandang oleh jiran-jiran!
Jadi, untuk itu apa kata kita mencuba untuk menanam pokok bunga ros. Bukankah bunga ros ini cantik dan wangi pula baunya?
Jom semak perkongsian daripada puan Rose Malinie ini. Moga bermanfaat.
Asal cuti ja bunga ros,asal bunga ros ja cooti hahah elergik sungguh pantang jumpa bunga ros ni mungkin sebab warna dan bunganya yang menawan gitew
Jom cikRose share serba sikit tentang penjagaan dan tanam bunga ros ni walau tak complete boleh la amik yang mana berkenaan dan basic.
Menanam di dalam Pasu
Langkah 1
Pertama sekali kenalah ada pasu yang besar sedikit dari anak pokok tadi. Kedua pilihan tanah hendaklah yang bersesuaian iaitu tanah poros bagi tanaman ros.
Langkah 2
Timbunkan tanah ke dalam pasu. Buat macam bukit kecil di tengah pasu. Taburkan baja Organic ros dua sudu makan.
Langkah 3
Keluarkan anak pokok dari plastik dan buang tanah yang melekat pada akar. Tanam pokok bunga ros di sekeliling tanah yang berbentuk bukit.
Langkah 4
Tambah tanah lagi. Siram pokok dengan air.
Tips penjagaan:
Air – Siram air 2 kali sehari (siram pada tanah bukan pokok) Baja – 2 kali seminggu (guna baja untuk ros)
Cantas/pruning: Cantas dahan pokok bagi mendapatkan bunga yang banyak. Setiap kali selepas bunga gugur, dahan pokok hendaklah dicantas lebih kurang 15cm daripada tangkai bunga gugur. Jika ada ranting yang berpenyakit, terus cantas sahaja.
Cahaya – Letak bawah cahaya matahari untuk mengelak pokok black spot. Antikulat – Sembur organic antikulat apabila terdapat debu putih pada daun pokok.
DIY Antikulat – Campuran 3 teaspoon baking soda, 2 tablespoon minyak kelapa & air. Sembur pada daun yang berpenyakit.
Kalau area SP ni hanya RM15 sepokok,siap tanam sekali pasu dalam rm25. Kalau korang nak pokok bunga ros hidup subur…jom kita tengok apa musuh utama pokok ini.
Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
Thrip – Kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk bunga dan perlahan-lahan membantutkan pucuk bunga seakan-akan terbakar, seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan penyakit – Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu, dibakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros.
Blackspot – Merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 – 50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab dan basah.
Kita sering dengar banyak nasihat yang diberikan dalam menjaga hubungan suami isteri agar kekal bahagia, antaranya adalah isteri perlulah hormat suami dan pihak suami juga perlulah menghargai isteri. Cara bagaimana suami menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri, ianya dilihat dari sudut pandang yang luas.
Andai suami membantu meringankan urusan isteri dalam mengurus rumah tangga, bercakap dengan nada yang lembut, mengingati tarikh-tarikh istimewa dan banyak perkara lain juga adalah suatu cara menzahirkan rasa penghargaan pada isteri. Apatah lagi dengan pemberian hadiah.
Berkongsi kisah tentang cara menghargai isteri, seorang suami ini meluahkan rasa penghargaan kepada isteri tercinta yang sanggup menahan kesakitan beberapa kali demi melahirkan zuriat. Sebagai balasannya, suami ini menghadiagkan kereta Mazda CX-5 buat isteri tercinta, nyata cukup terinspirasi kisahnya.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya;
Hadiah sebab beranak
Alhamdulillah hari ni bagi hadiah kereta kat isteri. Dah lama dia guna Axia sebelum ni. Dia kata ok je naik kereta Axia, dia tak kisah kalau tak beli kereta baru.
Tapi saya tetap belikan hadiah kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Noura.
Baby Noura lahir pada 15 Mac 2021 Alhamdulillah.
Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori. Ya Allah tak boleh nak bayang macamana kena langgar lori banyak kali setiap 4 minit.
Tuan-tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama 2 tahun, setiap hari tak cukup tidur.
Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi at least boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.
Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.
Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok. Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.
Kalau tak bagi hadiah material tak apa, yang penting suami kena sama-sama jaga anak dan tolong uruskan rumahtangga. Biar isteri dapat rehat dan kurangkan rasa burnout.
Tapi kan jaga anak dan urus rumahtangga memang tanggungjawab bersama. Itu benda biasa. Buatlah benda special sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri.
Ada hadith tentang pahala belanja isteri dan keluarga adalah ganjaran paling tinggi. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu belanjakan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu belanjakan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terima kasih suri hatiku Widyana Ali sebab banyak berkorban untuk abang dan anak-anak.
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, adik Ziyad meraih perhatian netizen apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usianya yang cukup muda di sebuah Akademi Al-Quran Akmal.