Isteri ini sebenarnya nak membahagiakannya tidak perlu dengan wang ringgit tetapi cukuplah sekadar hatinya dijaga dan layanan yang baik. Lebih manis lagi, apabila suami yang pandai menghargai isteri dengan melakukan hal-hal yang membahagiakan isteri.
Kadang kala, nampak remeh je layanan yang diberi suami, namun itulah yang membuatkan rumahtangga makin bahagia.
Justeru, untuk membahagia pasangan suami isteri, hal yang anggap biasa-biasa itulah yang menjadikan rumahtangga itu harmoni. Sebagaimana perkongsian ini.
SUAMI LAYAN DIRI BILA ISTERI DATANG BULAN
“Tak kejut sayang pun” sapa si isteri dari pintu bilik tidur sewaktu saya dan Jasmine sedang bersahur.
Saya cakap, “kenapa nak kejut, u can tak boleh puasa?”
Masa tu jam dah pukul 5:20. Saya bangun pukul 5 lagi panaskan lebihan satay ada beli semalam. Jasmine, saya gorengkan nasi dengan mentega dan banjirkan dengan telur dadar 2 biji. Dia tak kuat makan tapi suka telur. Tabur sikit pepper dan Bon Chilli. Licin pinggan dia makan.
Saya kalau boleh tak nak langsung isteri terjaga. Tapi si Daisy pulak bangun dan sambung tidur dalam bilik dengan mamanya dari bilik dia dan kakak.
Melihatkan kami dah nak habis sahur, isteri saya pun masuk tidur semula. Nampak seronok kat wajah dia bila terjaga sejuk-sejuk tapi dapat tidur balik. Tak perlu dah nak panaskan lauk dan sediakan sahur.
Selesai sahur, Jasmine masuk tidur semula sebentar sementara tunggu pukul 6 pagi, dia kena bangun dan mandi untuk ke sekolah. Tinggallah saya menikmati satay sambil merenung kuih tepung pelita ni.
HARGAI ISTERI
Teringat petang semalam. Lepas temankan dia dan Jasmine ke Watson, kami jalan-jalan cari kerepek tempe dan juadah berbuka tepi jalan. Malas nak bersesak di bazaar. Ingat tadi nak beli barang dapur. Tapi tak sempat dan hujan turun dengan lebat pulak.
Masa sebelum hujan, dalam perjalanan nak balik tu isteri saya cakap nak tepung pelita. Tahun ni tak merasa lagi katanya. Tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Nampak ada gerai jual tepung pelita kat tepi jalan. Lebat sungguh hujan. Kalau pakai payung pun memang kuyup ni sebab angin pun kuat.
Dia cakap takpe, tak perlu beli. Lain kali boleh. Saya berkeras juga nak belikan. Dia siap offer nak keluar. Saya tak bagi. Saya cakap “u punya pasal, takpe”.
Bukak je pintu, terus buka payung. Memang sah. Basah habis. Hujan lebat campur angin kuat memang kuyup la. Kesian jugak kat adik jual tepung pelita tu dapat duit basah.
Masuk je kereta, dengan dia-dia basah sebab terpaksa ambil payung yang basah. Hahaha..
Bila pikir-pikir balik. Benda simple je. Memang la macam leceh sikit sebab basah.
TETAP AMBIL HATI ISTERI WALAU DAH KAHWIN LAMA
Tapi kalau dulu masa sebelum kahwin boleh buat macam-macam untuk dia. Nak ambil hati masa tu. Takkan dah 11 tahun kahwin tak boleh ambil hati dia dah?
Padahal dulu sebelum kahwin belum ada apa-apa pengorbanan pun dari dia. Layan bersungguh-sungguh. Lepas kahwin, dengan melahirkan zuriatnya, memudahkan urusan di rumah, menjaga anak, menggembirakan hati dan sebagainya, setakat basah sebab beli tepung pelita ni umpama sebutir pasir di pantai je. Betul tak?
Ambil hati sebelum kahwin tu sweet. Ambil hati selepas kahwin tu sangat membahagiakan.
Sekadar berkongsi kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu yang baik.
Sumber: Akhtar Syamir