Tambah Irine lagi, anak lelakinya itu turut mempunyai lesung pipit seperti anak sulungnya.
“Anak lelaki kali ini menurun lesung pipit, muka macam kakak sulungnya. Kak Nina sepet masa kecik. Yela kakak dia ang request nak adik.
“Tiga anak lelaki kami, Umar, Hud, Malik & 2 anak perempuan. Alhamdulillah.
Ads
“Kau datang ketika kami tidak mengharapkan apa-apa tapi disambut mesra oleh kakak-kakak dan abang-abangmu sayang. Menyerikan lagi keluarga kita, InshaAllah🤲🏻
“Terima kasih yang sudi mendoakan dari awal nak bersalin haritu sehingga selesai segalanya, hati jiwa ibu penuh terisi dengan kehadiran 5 cahaya mata,” tulisnya berkongsi.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Sebak hati seorang ayah yang juga pemandu ambulans apabila melihat jasad yang terbaring kaku untuk dibawa ke hospital adalah anak sendiri. Itulah yang dihadapi oleh Mohd Taqwa Ismail, 49, selepas anaknya, Muhammad Aiman Mohd Taqwa, 21, terbabit dalam kemalangan di simpang kilang sawit di Kilometer KM 38 Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, petang semalam.
Dia yang bertugas sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Sungai Tong tidak menyangka mangsa kemalangan dalam kejadian itu adalah anaknya.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan kakitangan Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori kira-kira jam 4.30 petang.
Taqwa berkata, dia mendapat panggilan meminta untuk mengambil mangsa kemalangan di lokasi kejadian dan kemudiannya dihantar ke Hospital Setiu.
“Namun apabila sampai di situ, saya macam kenal motosikal itu dan apabila tengok nombor plat motosikal baru sedar rupanya anak sendiri menjadi mangsa kemalangan.
“Sejak saya bertugas menjadi pemandu ambulans kira-kira 21 tahun lalu, ini pengalaman pertama terpaksa berdepan situasi membabitkan ahli keluarga sendiri.
“Jujurnya hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih saya ketika itu walaupun sebelum ini pernah mengambil mangsa kemalangan lagi serius tapi tidak terlalu beremosi seperti ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata, Aiman baru sahaja lima bulan bekerja di TTI dan kerap berulang-alik dari tempat kerja dan pulang ke rumah di Sungai Tong.
“Selalunya Aiman bawa bekal ke tempat kerja tetapi semalam dia berjanji mahu pulang untuk makan petang bersama saya di rumah.
“Kebetulan malam sebelum kejadian, saya sempat memasak ikan lampam goreng yang dibawa balik dari Tasik Kenyir dan dia sempat makan serta meminta lebihan ikan itu disimpan untuk dimakan keesokan harinya,” katanya.
Katanya, Aiman anak kedua daripada lima beradik hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Zulnilawati Idris, 47, adalah anak yang pendiam tetapi sangat disenangi ramai kerana pandai menyesuaikan diri.
“Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
“Lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Selebriti terkenal Nur Fazura semalam mengumumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan. Berita tersebut disambut gembira oleh para peminat pasangan ini. Dia juga mengakui tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya kepenatan. Namun dia dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat.
Fazura berkata, cahaya mata adalah antara anugerah terindah diberi Allah SWT buat dirinya dan suami, pelakon yang juga penyanyi, Fattah Amin.
“Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua.
“Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya.
“Alhamdulillah akhirnya, berkat doa kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan,” katanya.
Menurutnya lagi, dia bersyukur dengan kelancaran trimester pertama kandungannya.
“Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,” ujarnya.
Semalam, Fazura da Fattah masing-masing memuat naik berita gembira tersebut di ruangan instagram.
Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife
Tahukah anda bahawa vitamin D adalah vitamin yang unik dan ramai orang yg tidak mendapatkannya dalam jumlah yang mencukupi.
Dalam kajian di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 40 peratus penduduk di sana tidak mendapat vitamin D yg mencukupi. Begitu huga dgn Kanada, Eropah dan Rusia kerana negara mereka mengalami empat musim. Matahari hanya bersinar dengan secukupnya pada musim panas.
Terutama warga tua, pesakit kronik dan orang kurang upaya yang tidak dapat berada di luar rumah untuk mendapat sinaran matahari. Begitu juga orang muda yang bekerja dalam bangunan untuk jangka masa yang lama.
Vitamin D dibuat dari kolestrol yang berada di bawah kulit, dan terdedah pada sinaran matahari (sinar ultraviolet-B). Oleh itu pendedahan pada cahaya matahari sangat baik untuk mengekalkan tahap vitamin yang mencukupi.
Di negara sejuk, terdedah pada cahaya matahari pada waktu tengahari di musim panas adalah yang terbaik. Namun di negara Khatulistiwa, waktu yang terbaik antara 9-10am, ketika cahaya matahari mula membahang. Waktu petang pukul pukul 530-630pm adalah masa terbaik. Jika ingin terdedah pada waktu tengahari, pastikan tidak terlalu lama. Ini kerana pada waktu tengahari, sinaran ultraviolet-B adalah yang kuat. Jadi tidak perlu terlalu lama untuk terdedah pada sinaran matahari.
Dalam kajian di Oslo, Norway pendedahan terhadap sinaran matahari selama 30 minit pada waktu tengahari di musim panas, cukup memberikan vitamin D sebanyak 10,000–20,000 IU of vitamin D. Namun terdedah terlalu lama dan panas yang terik boleh memberikan kesan yang buruk.
Keperluan vitamin D yang dicadangkan adalah 600 IU (15 mcg) setiap hari. Namun bila kita ambil suplemen vitamin D secara oral (masuk ke dalam mulut), penyerapan vitamin hanya 10-20% kerana ia akan dimetabolisma di dalam hati sebelum dihantar ke seluruh tisu dan sel yang lain. Oleh itu, ramai pakar yang mencadangkan dos suplemen vitamin D sebanyak 5000-10,000 IU setiap hari, bergantung kepada keperluan.
Saya mencadangkan agar pengambilan vitamin D melalui pemakanan yang kita makan. Antaranya minyak zaitun, ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan ikan tuna, dan telur kuning. Selain itu, susu dan produk tenusu seperti mentega, kacang buncis, dan cendawan shitake.
Bagi mereka yang tidak dapat vitamin D dari makanan dan sinaran cahaya matahari, saya cadangkan pengambilan suplemen vitamin D.
Penghasilan vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari dipengaruhi warna kulit kita.
Orang yang berkulit gelap mempunyai melanin yang lebih banyak. Melanin membantu kulit menghalang kerosakan seperti ‘sun burn’ dan kanser kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Oleh itu orang yg berkulit gelap memerlukan lebih lama pendedahan kepada cahaya matahari. Dalam satu kajian, orang berkulit gelap (contoh orang bangsa Afrika) memerlukan masa sejam, sementara orang yg berkulit cerah memerlukan masa sejam, untuk mendapat jumlah vitamin D yang serupa. Bagi kita yang berkulit sawo matang memerlukan antara 30-60 minit sehari terdedah pada matahari. Ini yang menyebabkan orang yang berkulit gelap lebih berisiko mengalami kekurangan vitamin D.
Namun bagi mereka yang tinggal di negara jauh dari khatulistiwa, memerlukan masa yang lebih lama kerana di negara-negara tersebut sinaran matahari (sinaran ultraviolet-B) diserap oleh lapisan ozon. Lebih-lebih lagi musim panas mereka hanya berlangsung hanya empat bulan.
Pemakaian krim sun screen ketika terdedah pada cahaya matahari bertujuan untuk mengelakkan dari risiko mendapat ‘sunburn’ dan kanser kulit. Ia selalu digunakan oleh mereka yang berkulit cerah kerana kulit mereka tidak mempunyai sel melanin (yang menghasilkan warna kulit) yang banyak.
Namun penggunaan krim sun screen akan menghalang pembentukan vitamin D. Dalam kajian, penggunaan krim sunscreen SPF 30 atau lebih boleh menghalang pembentukan vitamin D sebanyak 95–98% dalam tubuh.
Oleh itu jika memakai krim sunscreen (SPF kurang 30), duduklah lebih lama di pancaran sinaran matahari.