Menerusi satu perkongsian di akaun facebook Azizie Ar bahawa peristiwa yang berlaku di hapan matanya benar-benar buat dia tersentap. Dia sempat mengambil gambar seorang bapa yang menjemput anak nya pulang dari sekolah private dengan hanya membawa kereta Proton Wira lusuh.
Kejadian ini membuat dia terfikir dan insaf seketika bahawa ayahnya mampu juga membayar yuran sebanyak RM1400+ sebulan. Sebagai seorang bapa dan orang tua, kita mestilah mahukan yang terbaik dari yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita tak tahu betapa struggle ayahnya menyara keluarganya dan membayar yuran.
Disaat org lain bayar bulanan kereta besar, rumah besar tapi dia memilih sekolah yg terbaik utk anak. Besar pengorbanan ayah dan ibunya kalau dikenangkan.
Follow juga : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersangka bahawa itu adalah kereta habuan untuk ambil anak saja, kereta utama mereka kereta mewah di rumah dan sebaginya. Mungkin. Kita tidak tahu. Tapi harapnya komen-komen semua itu benarlah, mengharapkan keluarga itu bukan lah keluarga orang susah.
Sekiranya kalau keluarga itu memang keluarga susah seperti apa yang terlihat di dalam gambar, kita memang respect
pada ibu bapa tersebut kerana mampu buat sehabis baik untuk anak-anak.Apapun, sesiapa yang sedang mengalami kesusahan hidup, kita doakan agar dimurahkan rezki dan dipermudahkan urusan kalian.
sumber : facebook Azizie Ar