Dalam Negara

Amaran Tujuh Negeri! Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Hingga 3 Pagi Ini.

Share

Amaran malam ni sehingga 3 pagi! Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tujuh buah negeri sehingga jam 3 pagi ini.

Kenyataan amaran ini dipaparkan menerusi laman rasmi agensi berkenaan di Facebooknya sebentar tadi.

Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Langkawi di Kedah dan Barat Daya serta Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kuala Krai di Kelantan dan Dungun serta Kemaman di Terengganu.

Di Pahang, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Lipis, Jerantut, Pekan dan Kuantan.

Manakala Sri Aman, Betong, Sarikei dan Limbang adalah kawasan yang terlibat bagi negeri Sarawak.


Lima negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang
Amaran yang sama dikeluarkan untuk daerah Pedalaman (Sipitan, Tenom, Nabawan dan Keningau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan) di Sabah.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Sumber: Malaysia Meteorological Department