‘Amaran Tidak Bayar Zakat Emas Dalam Al-Quran Sangat Keras Dan Jelas.’ Amil Zakat Tunjuk Pengiraan Zakat Emas Dengan Mudah!

Share

Kini sana sini ramai yang bercerita tentang hal emas. Ramai wanita yang dahulunya tidak minat emas, sudah mula berjinak-jinak meminati emas. Harga naik pun ramai yang ajer yang beli emas. Ia berlaku setelah aset ini yang mempunyai kadar susut rendah. Malah lebih tinggi nilai jika disimpan dalam tempoh lama.

Namun dalam keterujaan membeli emas, jangan culas tentang ilmu zakat emas. Jangan main pakai dan beli aje, hingga lupa tentang zakat. Malah dalam Al-Quran tegas hal zakat emas ini.

Selanjutnya faham ilmu ini yang dijelaskan oleh amil zakat ini, Faisal Rahim, menerusi twitter miliknya, cara yang mudah untuk difahami. Ilmu yang kena tahu!

Bila Ramai Serbu Kedai Emas

Memandangkan sekarang musim orang beli emas, jadi nak bagi info ringkas CARA KIRA ZAKAT EMAS.

– Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).


– Bagi emas dipakai, >uruf baru kena zakat.
– URUF : Kadar kebiasaan orang pakai emas.

Jika EMAS yang korang pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.

Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

TETAPI.

Jika dalam tempoh setahun korang tak pernah pakai (contoh : emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dll), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%.

Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dll)

CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)

Senario 1

Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab <800 gram.

90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM663

Senario 2

Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dll) = 900 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)

100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM738

Senario 3

Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM1,106

Info tambahan:

Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.

Nisab 2020 : RM18,510

Contoh :

Zakat Emas : RM5,000
Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000

Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.

Contoh 2

Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dll) : RM10,000
Zakat Simpanan : RM20,000
Jumlah : RM30,000

Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)

Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750

Takeaway points

1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).

2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.

3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dlm kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.

4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)

5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.

Ambil peduli soalan ini.

Dalam pada itu ada persoalan lain dari netizen. Boleh jadi rujukan untuk lebih faham mengenai hal ini.

Semua penjelasan ini membantu kita alert tentang pembayaran zakat emas. Take note semua!

Kredit:  Faisal Rahim