Berita

Amang Seksual PU Azman Dipenjara 24 Tahun Dan 2 Sebatan

Share

Pendakwah bebas, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman di laman sosial dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim, Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ketika membaca keputusan, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan.

Menurutnya, mahkamah juga mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesnya terhadap Azman.

Dipenjara 24 tahun

“Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan berkenaan.
“Susulan itu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan satu sebatan bermula jatuh hukum sementara pertuduhan kedua 12 tahun penjara dan satu sebatan selepas selesai menjalani hukuman pertama,” katanya.

Terdahulu iaitu pada 26 Disember lalu, PU Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Sumber: Sinar Harian & Berita Harian

IKLAN