
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan.
Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al-Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut cuba. Usaha yang membuahkan hasil.
“Alhamdulilah, perkongsian yang hebat. First time buat, menjadi.
“Sebelum ni my baby ni susah tidur, nak buai je tak kira siang or malam. Pagi ni cuba bacakan surah AL-QADR. Tiup di umbun-ubun anak, niat suruh dia tidur.
“Tak sampai berapa minit, dia tidur sendiri tanpa buai. Ya Allah terima kasih sahabat fb yang berkongsi petua ni,” katanya berkongsi.
Bahkan ibu ini turut mengesyorkan amalan dan bacaan Surah Al-Qadr ini kepada semua ibu setiap kali menidurkan anak mereka.
“Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah anak susah tidur boleh la try bacakan surah Al- Qadr ni pada anak,” katanya lagi.
Kredit: Via Almy aryna
Keprihatinan Ameena Jaga Ibunya Sakit Tarik Perhatian. Ramai Puji, Anak Solehah!

Seakan menjadi kebiasaan apabila kita melihat seseorang anak yang berjasa kepada ibunya dengan melakukan kebaikan, ada satu ungkapan yang biasa disebut-sebut, iaitu ‘sejuk perut ibu mengandung’.
Begitulah kisahnya jika ingin dikaitkan dengan Ameena Sofia, walau baru berumur tiga tahun lebih, namun anak kecil ini seakan sudah memahami banyak hal dalam melakukan kebaikan kepada ibunya Shakilla Khoriri.
Apatah lagi saat ibunya kurang sihat. Tidak hanya mendengar kata malah dengan senang hati membantu dan merawat untuk redakan kesakitan yang ditanggung.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini dapat dilihat menerusi laman Instagram, Shakilla memuat naik video yang menampakkan dia kurang sihat dan di dalam video tersebut dilihat Ameena begitu setia berada di sisi ibunya dan rajin pula menjaga ibunya itu.
“Paling takut kalau diuji dengan sakit ketika ni. Lebih risaukan keadaan Ameena dari diri sendiri. Apa perasaaan dia.
“Actually dah berapa hari badan bagi hint macam nak sakit. Tapi digagahkan juga. But not today. Cramp belakang sampai tak daya nak bangun buat apa pun. Baring since pagi tadi. But still bangun juga untuk uruskan Ameena,” kongsi Shakilla.
Lumrah naluri seorang ibu, meskipun kurang sihat namun anak-anak menjadi keutamaan. Akan diusahakan untuk lakukan yang terbaik untuk menjaga mereka. Pun begitu, bila mendapat perhatian daripada anak sekecil Ameena, tentu sahaja hati seorang ibu mudah tersentuh dan membuatkan Shakilla berasa sebak.
“Risau terlelap takut Ameena buat apa-apa luar jangkaan. Tapi today Ameena main depan TV ni je. Sambil dia cakap, Umi sleep lah REST. Ameena tak buka pintu. Ameena tak main jauh. Ameena tak pergi naik atas. Ameena main depan eyes Umi je. Hmmm… sebak !,” luahnya lagi.
Bukan itu sahaja, Ameena juga menunjukkan kerisauan terhadap keadaan ibunya bila tidak berselera untuk menjamah makanan. Bertubi-tubi soalan diajukan dan hinggalah menawarkan diri untuk merawat kesakitan ibu tercinta dengan memicit-micit kepala ibunya.
“Lepas bagi dia makan, dia tanya why Umi tak makan? Tak suka makan dengan Ameena ke? Sebab kalau waktu makan memang kitaorang akan makan sama-sama. Aku simbat juga lah makanan walaupun hujung tekak dah nak termuntah. Lately ni loya nak muntah tak sedap tekak.
“Dah settle makan Ameena kata, Umi pening kepala ke?? Ameena picitkan. Hmm… pandai dah budak ni.
“Tak sangka banyak ajaran yang aku tak sedar aku ajar dan tunjukkan dekat dia , dia APPLY dalam kehidupan dia.
Ya Allah. Walaupun hujung-hujung dia magickan aku. Thank you sayang @ameenasofia_,” kongsinya panjang lebar.
Meninjau di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Shakilla segera diberi kesembuhan dan ramai puji kebaikkan dan keperihatinan Ameena dalam menjaga ibunya.
“MasyaAllah Lovely Ameena..anak bijak,” komen warganet.
“Good girl..jaga mummy baik-baik, semoga dilindungi,” doa yang lainnya.
“Comelnya Ameena, jadi anak yang solehah ye jaga umi,” tulis yang lainnya.
“Sejuk tengok Ameena layan umi dia…caring betul…anak solehah,” komen yang lain.
Sumber :shakillakhoriri
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Anak Mengadu Panas Dalam Kelas, Tindakan Ayah Beli 5 Kipas Ini Raih Pujian Ramai!

Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan bapa ini yang sanggup berbuat tindakan demikian demi anak-anak.
Sumber: Hanafi Yahya
Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
“Allahuakbar, Ayah Positif Covid-19 Tetap Hantar Anak Ke Taska!”. Janganlah ‘Selfish’.

Sebak baca apabila ada lagi disegelintir dikalangan kita masih bersikap pentingkan diri. Adakah mereka tidak alert bahawa kes setiap hari meningkat. Merujuk laporan hari ni, kes baharu bertarikh 6 Mei 2021 cecah hingga 3,551!
Apabila ada lagi bersikap begini dan tidak mempunyai kesedaran dalam diri, agak sukar untuk mencapai penurunan jangkitan.
Sebagaimana perkongsian seorang doktor yang melahirkan rasa kecewa sikap segelintir yang telah dijangkiti.
Menurut Dr Rusyainie Ramli sikap begini menyebabkan jangkitan bertambah setiap hari. Jauh disudut hatinya melahirkan rasa bimbang dengan situasi ini. Moga kisah ini menjadi iktibar. Kita jaga kita!
Ayah baru didiagnos positif COVID-19. Tetap hantar anak ke TASKA. Besoknya bawa anak buat swab test, datang TASKA lambat sikit. Tapi tetap tak cerita dengan sesiapa. Lepas tu baru bagitahu semua cikgu dan mak ayah yang lain.
SIKAP TAK BERUBAH
Saya kan tak tahu lah apa masalah orang kita.
Ni bukan kes terpencil. Dah namanya kontak rapat, terus lah kuarantin kan diri bila dah diberitahu walaupun belum buat ujian pun lagi atau PKD masih tak telefon cari kita.
Bukan masih berjalan merata sementara nak menunggu ujian calitan nasofarinks.
Yang utama ialah asingkan diri dari orang lain dulu.
Bila ujian dah positif, sementara nak menunggu arahan Pejabat Kesihatan Daerah, tetap teruskan kuarantin. Duduk diam-diam dalam bilik, jangan bergaul dengan ahli keluarga.
Kalau negatif sekali pun, mesti kuarantin. Sebab mungkin tu waktu inkubasi.
Kena ulangi ujian swab pada hari ke-8.
PKP TAK BERKESAN JIKA SIKAP BEGINI
Jangan mengaruk bila kes semakin tinggi. PKP bagai takkan memberi kesan sebab rakyat kita masih ramai yang keras kepala. Mereka ni tak tular sebab bukan selebriti.
Kalau lah mereka ni kayangan, dah seMalaya dah mereka dapat maki hamun semua.
Malah, yang terkesan akibat perangai pentingkan diri sendiri ni, pun malas nak melayan.
Biarkan saja kelakuan begini. Paling banyak pun, bising kat WA sama sendiri.
Kalau saya, saya akan laporkan pada PKD terbabit tentang mamat yang degil nak mati tu.
Saya takkan bagi peluang. Sebab dia dah positif, boleh keluar rumah dan serahkan anak kat TASKA tu sangat tak boleh diterima dek akal.
Kalau anak tu positif, habis satu TASKA dah boleh menjadi kontak rapat.
Dah satu kerja KKM nak lakukan nasopharyngeal swab pada TASKA tu.
Ni namanya tak ada beban, batu digalas. Macam lah kakitangan KKM tak ada tugasan lain.
Menyusahkan semua orang. Dengki kot, anak dia kena menjalani swab, alang-alang meh lah biar kanak-kanak lain sertai sekali. Biar padan muka anak semua orang. Tapi si ayah tu, boleh lah lagi tersenyum macam kerang busuk kan. Bukan dia yang kena pakai PPE tengah panas terik buat swab. Ingat senang gamaknya nak mencalit belakang anak tekak kanak-kanak. Tak pasal kena 2 3 orang pegang budak tu.
Nampaknya rantaian jangkitan COVID-19 takkan putus sampai Abang Jamil ______.
Tahniah ya ayah.
Moga jadi iktibar.
Sumber: Rusyainie Ramli