Amalkan Prinsip Ni Kalau Bahan Dapur Disimpan Dalam Bekas!

Share

Mencipta ruangan dapur yang kemas dan cantik tentunya perlu diolah dengan sempurna pada susun atur dan perletakan barang-barang.

Lantas tidak hairanlah ramai antara kita gemar menggunakan bekas yang pelbagai untuk diisi dengan bahan masakan dan rempah ratus agar nampak serasi dan kemas tersusun.

Pun begitu, dalam keterujaan menghias ruangan dapur dengan menyusun rapi rempah ratus di dalam bekas, elok hadam tip yang dikongsikan ini dan semoga bermanfaat.


Saya rasa seronok dan bangga dengan kawan kawan yang sama sama nak berubah kearah pengurusan dapur yang lebih kemas, sistematik dan bersih.

Kebersihan dapur bukan pada makanan semata mata tetapi turut termasuk susun atur peralatan sedia ada, penyusunan stok bahan kering sehinggalah penyisihan (declutter) barang barang yang tidak dipakai lagi.

Sudah menjadi satu trend bagi kaki deko/ibu ibu/suri rumah yang suka dengan keseragaman balang rempah ratus/stok makanan kering di dapur. Dari bekas kaca sehinggalah ke dalam tupperware/tipuware, stok bahan kering seragam tersusun.Namun timbul satu isu keselamatan makanan bagi saya sebagai seorang community nutritionist apabila ada yang bertanya ” macam mana nak tahu barang tu dah expired bila simpan dalam balang macam ni?”– itu adalah satu soalan yang perlu dipandang serious.

Seperti yang kita sedia maklum, tarikh luput makanan adalah salah satu elemen penting yang perlu dilihat pada pembungkus makanan. Walaupun rempah ratus dan bahan kering kebiasaanya mempunyai tarikh luput yang panjang, kita tidak boleh sesekali mengambil mudah untuk membuang terus tarikh luput tersebut.

Antara yang saya lakukan pada botol rempah ratus saya adalah :
✍🏻 Gunting tarikh luput pada pembungkus makanan dan tampalkan semula pada bahagian bawah balang dengan salotep jernih kalis air.


✍🏻 Amalkan prinsip FIFO (First In,First Out) di dapur, selagi serbuk rempah ratus atau stok makanan kering sedia ada di dalam balang belum habis, jangan sesekali melakukan isian semula(refill) balang berkenaan kerana ini akan menyebabkan makanan yang berbeza tarikh luput bercampur di dalam bekas yang sama. Ini sangat tidak digalakkan.

PS: Selain tarikh luput, sila baca semua perkara penting yang ada pada label pembungkusan makanan seperti :
✍🏻arahan penyimpanan yang betul
✍🏻 fungsi produk
✍🏻label kelulusan seperti tanda halal
✍🏻label alergi
✍🏻kandungan serta fakta nutrisi
sebelum menukar makanan anda ke dalam bekas lain. Harus diingatkan ya, keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun dalam mood “berdeko”

sumber : Nur Diyana