Sekarang ini dilihat ramai wanita telah mengetahui akan kebaikan, khasiat dan kehebatan minuman herba jika diamalkan sejak daripada awal. Selain bertujuan untuk menjaga kesihatan, ramuan herba terpilih juga berkesan untuk penjagaan kecantikan luaran dan dalaman.
Ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Ama Azmi ini yang merasai sendiri kesan positif selepas amalkan minum herba selama sebulan selepas mengalami keguguran.
Menurutnya, bukan sahaja otot bahagian pinggulnya menjadi lebih kuat malah turut dapat dirasai badan menjadi ringan dan perut menjadi kempis.
Dan ini, teks perkongsiannya di FB. Jom semak.
RESIPI JAMU YANG SELAMAT DAN BERKESAN UNTUK KURANGKAN BAU, KEPUTIHAN & UNTUK VAGINAL TIGHTENING.
Hai! Lama nya tak bukak FB! Busy sangat buat scrub Yellowgorgeous. Banyak order, tak cukup tangan!
Masa keguguran haritu, saya kena buat D&C (cuci rahim). Kantung saya tak gugur habis. Masih ada tertinggal kat dalam rahim.
Selepas buat surgery cuci rahim tu, saya perasan pelvic floor muscle saya lemah. Tak boleh tahan kencing. Bila batuk atau bersin sikit, akan terkencing.
Ada orang kata, sebab rahim dah jatuh. Saya nak sengkak, tapi tak berani. Takut sakit.
Jadi saya amalkan jamu ini selama sebulan. Alhamdulillah, sekarang pelvic floor muscle saya dah kuat. Badan pun ringan dan paling penting perut kempis you allsss!
Jamu ni sesuai untuk yang dah berkahwin sebab ada manjakani. Kalau anak dara, pun boleh amalkan jamu ni. Cuma jangan letak manjakani tau.
Bahan- bahan
1 batang kulit kayu manis
4-5 biji cengkih
1 inci halia dihiris halus ( boleh jugak letak 1 inci kunyit )
1-2 biji manjakani
Cara penyediaan :
Renihkan semua bahan dalam periuk sehingga bertukar warna.
Minum 3 kali seminggu. Rasa dia? Pedas dan pahit sikit tapi inshaAllah, boleh ditelan. Lepas minum, tidur. Esoknya badan rasa ringan dan bertenaga. InshaAllah.
sumber : Ama Azmi
Sarimah Ibrahim Kekal Langsing Dan Sihat Pada Usia 40an, Rupanya Hayun ‘Kettlebell’ 12 Kilogram. Inspirasi!
Pastinya ramai wanita yang kagumi dengan kejelitan dan kelangsingan, pelakon dan pengacara,, Che Puan Sarimah Ibrahim. Tentu ada rahsianya untuk menjaga kesihatan diri biarpun dalam usia 40an.
Menerusi muat naik gambar miliknya di Instagram, Selebriti versatil ini rupanya melakukan senaman menghayun kettlebell seberat 12 kilogram sebanyak 30 kali bagi satu set.
Idola!
Siapa sangka pada usia begini dia mampu lakukan. Bukan calang-calang untuk latihan senaman begini jika tiada latihan yang konsisten.
Latihan senaman ini sebanyak tiga set, jadi tidak hairan hos televisyen jelita ini boleh kekal cergas, sihat dan langsing.
Rakan artis dan peminat teruja
Dalam pada itu, cara senaman ibu kepada seorang cahaya mata ini menjadi inpsirasi kepada ramai orang termasuk rakan artis dan peminat. Malah menjadikan ia azam pada tahun 2022 untuk memiliki bentuk badan sepertinya.
Untuk rekod, Sarimah berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada tahun 2015 dan dikurnikan pertama puterinya, Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin, 3 tahun.
Sumber: sarimahibrahim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Lena Di Celah-Celah Longgokan Barang Atas Motor.” Kisah Cucu-Cucu Ini Bantu Atuk Cari Rezeki Cukup Menyentuh Hati
Di saat keluarga lain selesa mengulit mimpi, keluarga ini masih berjaga mencari sesuap nasi. lebih menyentuh hati, si atuk yang sudah uzur mengerah kudratnya mencari rezeki demi cucu-cucu yang masih kecil.
Itu yang dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Dr Afiq Rahim dalam memuat naik perkongsian di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Lebih menyentuh hati adalah apabila melihat warga emas itu ditemani cucunya yang masih kecil di celah longgokan barang lusuh sedang tidur keletihan. Mungkin penat membantu atuknya mencari barang-barang lusuh.
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?”
Doktor Terkejut Semasa Memandu Pada Waktu Malam 😲😰
=====
Saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir larut malam. Cuaca agak dingin selepas disimbah hujan lewat petang tadi.
Dalam perjalanan yang agak sepi, trafik saya tiba-tiba menjadi perlahan.
Selepas 5 minit perjalanan, trafik masih lagi perlahan.
“Traktor barangkali di hadapan” bisik hati.
Saya melihat satu persatu kenderaan mula memotong sejenis kenderaan yang saya tidak dapat kenal pasti dalam kepekatan malam.
Apabila menghampiri simpang empat yang diterangi lampu jalan, barulah saya boleh melihat kenderaan yang memperlahankan lalu lintas.
Sebuah motosikal beroda tiga yang dibonceng oleh seorang pakcik tua.
Disebelahnya penuh dengan barang-barang seperti kerusi plastik dan besi. Selebihnya tidak jelas kerna kesamaran di malam hari.
“Kasihan…” bisik hati lagi melihat keadaan pakcik tersebut.
Kami menunggu dengan sabar lampu merah di simpang empat itu. Juga saya meneliti jika ada peluang untuk saya memintas pakcik itu semasa lampu hijau.
Kemudian saya terlihat sesuatu sedang bergerak di bahagian barang sebelah motorsikal pakcik.
“Eh apa itu?”
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?” saya kehairanan.
Saya mengamati dengan teliti pergerakan yang sedikit tetapi kerap di belakang longgokan barang di motorsikal pakcik.
“La ilaha illallah, budak rupanya” saya terkejut.
Dua orang kanak-kanak sedang berhimpitan di belakang longgokan barang-barang pakcik.
Mereka bergerak barangkali menyesuaikan posisi badan dalam kesempitan ruang yang ada.
Kemudian lampu jalan sudah kembali hijau.
Saya mengambil peluang memintas motorsikal pakcik tersebut. Sempat yang menoleh melihat raut wajah pakcik.
Alahai, wajah yang sangat kepenatan.
Barangkali penat membanting tulang mencari rezeki.
Dalam saya menekan minyak memintas motorsikalnya, hati terdetik “Mungkin aku boleh bantu sedikit pakcik ini”
Kemudian hati bertanya lagi “Bila? Sekarang kau sedang berada di atas jalanraya.”
“Tidak, mungkin tuhan sedang berikan aku satu peluang untuk beramal” saya mempositifkan diri.
Lalu saya berhenti dalam 150 meter di hadapan pakcik dan menunggunya di tepi jalan.
Saya melambai dan menahan pakcik tersebut.
“Assalamualaikum pakcik, apa khabar? Nak ke mana tu?” saya memulakan bicara.
“Waalaikumusalam, pakcik nak balik rumah, nak. Baru habis cari rezeki” balas beliau.
“Oh begitu. Saya nak tanya, saya nampak macam ada orang di belakang barang tu?” saya menunjukkan arahya kepada pakcik.
“Oh cucu-cucu pakcik tu. Mereka tolong pakcik tadi” balas beliau.
Saya ke bahagian belakang motornya. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 8-10 tahun sedang tidur keletihan di bahagian yang sempit di belakang kenderaan itu.
“Maaflah nak, pakcik nak gerak dulu ye” maklum pakcik kepada saya.
“Oh kejap pakcik, ini ada sedikit wang untuk pakcik dan cucu-cucu pakcik” saya menghulurkan sedikit wang untuknya.
“Eh takpala nak. Simpanlah duit tu” beliau menolak.
“Tak mengapa pakcik. Ambillah. Saya sedekah.” lalu saya bersalam dan menyelitkan duit ke tangannya.
“Terima kasih banyak-banyaklah nak. Tuhan sahaja boleh membalasnya.” kemudian pakcik tersebut memejamkan mata dan menggenggam rezekinya sambil berdoa.
Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang ditepi kami membataskan saya untuk mendengar apa yang sedang didoakan oleh pakcik ketika itu.
Namun beliau kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian tersebut.
“Pakcik boleh saya ambil gambar pakcik.” saya meminta kepada beliau.
“Boleh nak” balas beliau.
Usai saya mengambil gambarnya dan cucu-cucunya, pakcik meminta diri untuk beransur pergi.
Langit malam kembali mendung. Angin sejuk menggeletarkan badan kami.
Pakcik ingin segera pulang ke rumah. Barangkali bimbang diri, cucu-cucunya dan barang mereka dibasahi hujan.
Saya tidak sempat bertanya di manakah beliau tinggal, apakah pekerjaan beliau dan apakah anak-anak tersebut bersekolah dan beberapa soalan lain.
Barangnya pula seperti peralatan berniaga di pasar malam.
Banyak lagi ingin ditanya supaya dapat saya membantu serba sedikit namun apakan daya, raut wajahnya membayangkan keletihan yang amat.
Maka kami berpisah pada malam itu.
Saya berehat seketika di dalam kereta mengenang detik tersebut.
Mata sedikit berkaca ketika itu.
Betapa kita manusia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Hatta kita perlu bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang tuhan berikan.
Ada orang diberi rezeki bekerja di dalam tempat berhawa dingin.
Ada orang terpaksa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki di bawah terik matahari.
Ada orang dikurniakan wang yang sedikit tetapi direzekikan anak-anak yang ramai.
Ada orang dikurniakan wang yang banyak tetapi hidupnya sepi.
Pakcik itu juga mengajar kita untuk jangan meminta-minta.
Selagi ada kudrat, berusahalah mencari rezeki yang halal.
Aduh banyak sebenarnya pengajaran saya dapat bila bertemu pakcik malam tadi.
Jika saudara – saudari yang membaca kisah syahdu ini mempunyai mesej lain yang tersirat, maka kongsikan dengan kami di bawah ini.
Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat lain yang membacanya.
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Alhamdulillah….
**Update:
1. Saya tidak sempat bertanya nombor akaun pakcik kerana pakcik kalut hendak pulang ke rumah.
2. Lokasi kami bertemu berdekatan simpang empat Jalan Bayam, Kota Bharu.
#kisahpakcikmotorsikalrodatiga
#kisahpedoman
#kehidupanyangbermanfaat
DAR
drafiqrahimdotcom
Sumber : Dr Afiq Rahim
Jagalah Hati Ibu Kerana Banyak Keajaibannya. Deep Perkongsian Ni!
Ibu adalah insan yang begitu bererti buat kita semua. Sebagai anak, jagalah hatinya. Telah banyak berkorban dilakukan olehnya untuk kita.
Ini sebagaimana perkongsian dan peringatan daripada ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri