Sepanjang hari ini pasti telah bermacam-macam juadah dinikmati. Namun jika mengalami sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ini pastinya akan menyebabkan toksin akan terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu ada baiknya anda amalkan petua ini setiap malam sebelum tidur.
Caranya cukup mudah dengan menggunakan bahan utamanya iaitu bawang putih. Dikatakan bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari toksin atau racun dan membantu anda menyelesaikan beberapa jenis penyakit. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh dan sekali gus melancarkan sistem penghadaman.
Ads
Cara Penyediaan :
1. Potong beberapa hirisan bawang putih.
Ads
2. Kemudian tambah satu sudu air.
3. Masukkan perahan air lemon dan minum.
Ads
Info Tambahan
Ulangi prosedur ini setiap malam sebelum tidur dan pastikan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh.
Sumber dari Natural Healing Magazine
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anda mungkin mengalami vertigo? “Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!” Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini? Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!
Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.
Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.
Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!
Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.
Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit?
Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :
*Loya
*Muntah
*Kepala seperti berpusing
*Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening
*Berpeluh
*Keresahan
*Debaran jantung
Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:
▪️Bertenang, jangan panik.
▪️Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.
▪️Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.
▪️Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
▪️Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.
Penyakit vertigo akan jadi lebih bahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan antaranya:
1.Penyakit vertigo kerap membuat anda menjadi kehilangan keseimbangan. Jika ketidakseimbangan berlangsung lebih dari beberapa hari, atau jika vertigo disertai kelemahan dan tidak adanya koordinasi pada salah satu bahagian tubuh anda, kemungkinan dipercayai menjurus kepada masalah otak yang lain. 2.Membuat anda sukar melakukan aktiviti harian . Penyakit vertigo dapat membuat kehidupan normal anda menjadi sangat sukar. Ini kerana anda sukar untuk berdiri atau pun berjalan. 3.Kehilangan pendengaran. Seseorang yang mengalami vertigo boleh juga mengalami masalah pada pendengarannya. Kerana beberapa penyebab vertigo seperti penyakit Meniere dan Labirinitis berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran. 4.Terjadi gangguan pada gerakan bola mata dan anggota badan Vertigo dapat menyebabkan anda jatuh kerana kehilangan keseimbangan. Jatuh dari posisi berdiri dapat menyebabkan cedera, termasuk patah tulang pinggul. 5.Meningkatkan risiko kemalangan semasa memandu kenderaan Apabila anda menderita vertigo dan masih memandu kenderaan, berhati-hatilah, kerana risiko mengalami kemalangan yang boleh membahayakan nyawa anda dan ahli keluarga.
Akhir kata, jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.
Bila sihat, syukur. Bila sakit, jumpa doktor.
Sumber: FB Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!”
Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini?
Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!
Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.
Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.
Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!
Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.
Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit?
Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :
Loya
Muntah
Kepala seperti berpusing
Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening
Berpeluh
Keresahan
Debaran jantung
Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:
Bertenang, jangan panik.
Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.
Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.
Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.
Jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.
Bila sihat, syukur.
Bila sakit, jumpa doktor.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung, tekak, kepala & leher (ENT)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dianugerahkan kesihatan meskipun telah berusia adalah satu nikmat yang cukup berharga.
Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof,77 berkongsi amalan harian, tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun berada dalam keadaan sakit.
Menurutnya sebelum ini pernah menjalani pembedahan, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.
“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Bibi Khoteja menambah guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.
Dalam pada itu, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.