Orang kita memang terkenal dengan pelbagai petua dan hingga kini masih kekal diamalkan bagi pelbagai tujuan. Salah satunya adalah bagi tujuan penjagaan rahim. Istimewanya tentang petua nan satu ini, tidaklah perlu diamalkan setiap hari. Memadai diambil sekali sebulan, atau dengan lebih tepat lagi sekali selepas habisnya haid.
Nak tahu apakah bahan penyediaan herba tersebut, yang dikatakan berfungsi untuk ‘mencuci’ rahim agar lebih bersih dan sihat selepas tempoh period. Jom semak!
Bahan-bahan:
Halia sebesar ibu jari
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai
2 helai daun pandan-disimpul
3 cawan air
2 helai daun sirih
1 biji manjakani
Sedikit gula batu atau madu
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus sehingga menjadi satu cawan air.
3. Sedia untuk diminum ketika suam.
Tinggi Vitamin & Magnesium, Tambah Saffron Dalam Bekal Air Anak, Buat Memori Kuat!
Bila anak sudah mula belajar dan menginjak ke alam persekolahan, banyak yang terpaksa anak fokus terutama dalam mengingat pelbagai pelajaran di sekolah.
Selain kismis, kurma dan kekacang, antara makanan yang baik untuk perkembangan otak anak adalah pengambilan saffron. Tak perlu banyak, cukup hanya sehelai dua untuk bekalan dalam air anak ke sekolah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Hanis Athirah Rusli, saffron adalah suplement semulajadi yang mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin dan banyak lagi.
Salah satu supplement semulajadi yang bagus untuk otak anak ialah saffron ni.
Kena ada kat rumah, sebagai supplement semulajadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu.
Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah atau sebelum anak belajar.
Saffron ni ternyata bagus untuk;
– Memori anak
– Stabilkan mood anak
– Bersifat antiradang
– Tinggi antioksida
Saffron ni, kita guna sikit je, tapi khasiatnya masyaAllah sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;
– Vitamin C
– Iron
– Magnesium
– Vitamin B
– Pottasium
Cara minum air saffron.
1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air.
2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik.
3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.
Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berat Badan Boleh Turun Sebab Makan Ni Saja Setiap Malam. Rugi Tak Cuba!
Perkongsian wanita ini berkenaan kakaknya yang berjaya turunkan berat badan setelah amalkan pengambilan makanan yang khusus setiap malam benar-benar memotivasikan dirinya untuk melakukan teknik yang sama untuk turunkan berat badan.
Apa yang menarik, menu istimewa tersebut cukup mudah disediakan dan nampak begitu enak. Jadi sesiapa pun boleh sediakannya, dan resipinya ada dikongsikan di sini.
Semoga dengan cara ini turut berhasil untuk yang lain juga. Jadi tunggu apa lagi, jom baca perkongsiannya dan mulakan diet yang konsisten.
Tak boleh jadi nih! Berat badan kakak saya dah turun daripada 79kg – 73kg sebab makan ni je setiap malam. Saya nekad ni, saya nekad nak kurus mcm dia jugakk.
Ok tadi dah pegi beli semua bahan2nya. Korang tu Mana yang dah mula rasa lemak badan dah Tak Tau nak pegi Mana bolehlah try menu ni. Marilah Kita!
Bahan2
Epal hijau – ikut suka berapa bijik nak letak
Ikan kembong – rebus dan carik2 isinya
Bawang besar
Limau kasturi
Garam halus
Cara buat Ada dekat Setiap gambar.
Step 1 : Epal tu racik halus-halus canggitu. Ikutlah nak buang kulit ke tak nak. Kalau rasa nak kunyah lama-lama macam makan chewing gum tu tak yah buang kulit dia. Saya pun silap pergi buang pulak kulitnya tadi, patutlah laju je menelan.
Step 2 : Potong, racik dan hancur-hancurkan bawang macam tu. Pakai pisau je takyah pakai blender.
Step 3 : Ikan tu ambil isinya sahaja, then gaulkan semua bahan macam dalam gambar ini. Jangan lupa tabur garam halus sedikit sahaja. Perah limau kasturi, letak dalam 7 – 8 biji pun tak apa, lagi masam lagi sedap.
Siap dah, sekejap sahaja habis ni cayalah. Korang trylah buat, kita nak kurus kan.
MASA MAKAN
Waktu pengambilan menu ni antara pukul 7-8malam SAHAJA Tau. Pastu jangan makan Pape dah, kok lapar sangat telan air masak mati je
Sumber : Nazuhaina Azu via MAHN
Konsisten 2 Minggu, Boleh Turun 2 Kg! Caranya Hanya Minum Ni.
Jom cuba cara ini untuk ibu-ibu yang ingin turunkan berat badan tapi masih belum berhasil. Mana tahu serasi dengan anda dan semoga impian untuk memiliki berat badan ideal dapat dimiliki. Dapatlah kiranya bergaya di hari raya nanti.
Jadi jom semak apa yang perlu anda amalkan dan sebelum memulakannya jangan lupa timbang dahulu berat badan dan lihat perubahannya setelah 2 minggu.
•• kalau konsisten 2 minggu boleh turun 1.5kg/2kg
bahan :
1. halia ( besar tapak tangan )
2. bawang putih ( 2 labu )
3. lemon ( 1biji sederhana )
4. madu ( untuk maniskan sedikit jamu ) ( 10 sudu )
cara cara :
1. Kupaskan kulit bawang putih, halia , (lemon just buang yang hitam2 sikit2 tu if ada.. )
2. Potong kecil kecil, masukkan dalam blender.
3. Masukkan air dalam blender sama banyak dengan isi.
4. Blender lama lama , biar betul betul haluss .. (bila dah nampak halus, tambah secawan air lagi dalam blender, dan continue blender )
5. Sediakan periuk, dan masukkan yang dah diblender tadi.. masak biar naik buih2.. bila naik buih2 masukkan secawan air kosong.
6. Tutup api dan tapiskan dalam bekas.
7. Patinya jangan amik ya.. buang je.. amik airnya saja.
8. Lepas siap ditapis, tutup biar sejuk sebentar. lepas sejuk, masukkan dalam peti ais.. if tak masukkan pun xpe.
Cara minum :
2sudu pagi ( 7/8pagi )
2sudu malam ( 10/11malam )
……minum selepas 30/1jam makan
** madu letak selepas ditapis
sumber : Eyka Myka Via MAHN