
Orang kita memang terkenal dengan pelbagai petua dan hingga kini masih kekal diamalkan bagi pelbagai tujuan. Salah satunya adalah bagi tujuan penjagaan rahim. Istimewanya tentang petua nan satu ini, tidaklah perlu diamalkan setiap hari. Memadai diambil sekali sebulan, atau dengan lebih tepat lagi sekali selepas habisnya haid.
Nak tahu apakah bahan penyediaan herba tersebut, yang dikatakan berfungsi untuk ‘mencuci’ rahim agar lebih bersih dan sihat selepas tempoh period. Jom semak!
Bahan-bahan:
Halia sebesar ibu jari
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai
2 helai daun pandan-disimpul
3 cawan air
2 helai daun sirih
1 biji manjakani
Sedikit gula batu atau madu
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus sehingga menjadi satu cawan air.
3. Sedia untuk diminum ketika suam.
Jaga-jaga 1 Daripada 10 Lelaki, 1 Daripada 9 Wanita Berkemungkinan Hidap Kanser!

Mendengar sahaja perkataan kanser, pasti menyebabkan rasa gerun di hati. Apatah lagi kanser ini menyerang tak kira tua atau muda, lelaki mahu pun perempuan. Bahkan penyakit kanser juga dikatakan menjadi penyebab kematian yang tertinggi, iaitu kedua selepas menyakit jantung di negara kita.
Dianggarkan satu daripada 10 lelaki, manakala satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.
Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.
Beliau berkata, kematian akibat kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus, manakala punca kematian keempat di hospital KKM iaitu 11.56 peratus.
Tiga jenis kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di negara ini ialah kanser kolorektal iaitu 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus), manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus) diikuti kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).
“Kanser juga adalah antara 10 sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital, masing-masing 5.17 peratus di hospital KKM dan 5.37 peratus bagi hospital swasta.
“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2020, apabila jumlah semua kematian akibat kanser digabungkan, ia menyumbang sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan kematian, menjadikan kanser sebagai penyebab kematian kedua penting selepas penyakit jantung Ischemic Heart Disease (17 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.
Khairy berkata, kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit selepas lima tahun menghidap kanser adalah 11 peratus bagi kanser paru-paru, manakala kanser kolorektal (51.1 peratus); kanser serviks (51.6 peratus); kanser payudara (66.8 peratus) dan kanser prostat (73 peratus).
Cegah Dengan Amal Hidup Sihat
Beliau berkata, tahap kanser semasa penyakit itu dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit, selain kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.
Ini kerana, katanya, satu pertiga daripada kematian akibat kanser dikaitkan dengan lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.
“Pencegahan adalah amat penting. Sehubungan itu, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah agar orang ramai cenderung ke arah pembudayaan hidup sihat dalam mengurangkan berisiko.
“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah salah satu teras utama di dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksanakan KKM bermula pada 2021.
“Pengambilan tembakau adalah faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser. Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta,” katanya.
Penjagaan & Rawatan
Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari aspek kepakaran serta akses.
Beliau berkata, selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan.
Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 orang di KKM, manakala 14 lagi di hospital universiti dan 78 orang di hospital swasta, selain tujuh orang sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.
Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di hospital universiti dan swasta (27).
“KKM belum mempunyai Pusat Rawatan Kanser di utara dan Pantai Timur. Pesakit dari Pantai Timur perlu ke Kuala Lumpur atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi pesakit dari utara, Hospital Pulau Pinang hanya mempunyai tenaga kepakaran tetapi tidak mempunyai perkhidmatan radioterapi, justeru perlu menyumberluarkan rawatan radioterapi ke hospital swasta,” katanya.
Sumber : HMetro
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp http://www.wasap.my/60169647520
“My Hero Last Night …”-Maya Karin Diserang ‘Panic Attact’ Di Pentas FFM32 & Cara Dia Atasinya Dapat Pujian!

“My hero last night …”- Maya Karin Diserang ‘Panic Attact’ Di Pentas FFM32 & Cara Dia Atasinya Dapat Pujian!
Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ atau anxiety ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat.
Situasi itu menyebabkan aktres cantik yang sinonim dengan lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menggigil dan hampir pitam ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas.
Melihat cara Maya tangani masalah serangan panik tersebut, boleh dijadikan panduan untuk yang lainnya jika berdepan dengan situasi yang sama. Di mana Maya membuka kasut dan ia merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) ini sebagaimana memetik perkongsian Public Health Malaysia.
Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.
Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan.
Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.
You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN
Pernah Lihat Pesakit Alami Serangan Anxiety, Dr Ini Beri Peringatan Untuk Elak Atasi Masalah.
Teknik ‘Brain Dump’ Mampu Atasi Tekanan Melampau, ‘Panic Attack. Pakar Terapi Ini Tunjukkan Caranya!
Sumber : Ig @maya_karin & Public Health Malaysia
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Suka Nasi Tapi Nasi Tak Suka Saya.” Ini Rupanya Cara Eina Azman Nak Kekalkan Berat & Pinggang Idaman!

Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Sumber: eina_azman