Amalkan Doa Sebelum Berbuka Puasa. Dahsyatnya Kelebihan Waktu Ini.

Share

Tahukah anda bahawa antara waktu untuk berdoa paling mustajab adalah sebelum berbuka puasa dan bersahur. Dengan ini doa yang dipinta sememangnya tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Ketika waktu hampir berbuka puasa, selalunya ramai yang akan sibuk menghidang makanan atau menghadap telefon. Hanya duduk bersama keluarga ketika azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka puasa. Ketika ini hanya doa berbuka puasa dan makan yang akan dibaca sebelum menjamu selera.

Alangkah ruginya! Ini kerana sekurang-kurangnya 15 hingga 20 minit sebelum azan maghrib adalah waktu untuk meminta dan memohon apa sahaja doa dan puji-pujian kepada Allah SWT serta berselawat ke atas Nabi SAW.

Moga selepas ni kita alert waktu istimewa ini.

Menerusi Facebook Ahmad Tifla berkongsi mengenai keistimewaan berdoa sebelum berbuka puasa ini.

Ikuti perkongsiannya.

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.

Semoga memberi manfaat buat semua.

In sha ALLAH.

Kredit : Syed Hameed via Ahmad Tifla