Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan