Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
Ads
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan
Ads
Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung.sumber: VANILLA KISMIS
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini pernah viral tentang penjagaan wajah dengan menggunakan kiub ais yang diperbuat daripada buah tomato, yang dikatakan boleh menjadikan kulit muka lebih halus, glowing dan cantik. Ternyata ianya terbukti dan telah ramai amalkannya.
Kali ini apa kata anda mencuba pula menghasilkan kiub ais menggunakan aloe vera pula. Bukankah aloe vera sangat banyak manfaatnya untuk wajah agar kekal lembab dan lembut sepanjang masa.
Malah menurut perkongsian Syakirah apabila mengamalkan cara ini, jerawat di wajah akan lebih cepat kecut. Jadi jangan tunggu lagi, usahakan perawatan wajah alami ini untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan mulus. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Aloe vera
Bekas air
Cara buat :
Aloe vera di belah dua.
2. Korek isi aloe vera dengan menggunakan sudu.
3. Masukkan ke dalam bekas
4. Masukkan air ke dalam bekas tersebut
5. Bekukan di dalam peti sejuk.
6. Sedia untuk dioleh ke wajah.
Sumber : Syakirah Ahmad Radzi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buah betik merupakan salah satu buah-buahan tropika yang sangat berkhasiat dan ajaibnya dari sudut rawatan alternatif, pucuk betik, daun betik malah bunga petik berperanan memberikan khasiat luar biasa jika diamalkan.
Untuk tahu detail, ini dia perkongsian daripada Laila Sari Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Semoga perkongsian ini bermaanfaat.
Sapa ada tanam pokok betik?
Mak ..kat kampung tanam untuk bagi sedekah kat orang kampung..pastu mak bagi makan ayam nyer…Ayam ada sekor je pun…
Selain dari tu ..tanam sebab nak makan pucuk dan bunga betik tu..
Jom kita share sikit khasiat dia..
Buah…kalau muda boleh buat halwa..masak sayur rebus. Kalau yang masak..untuk makan lah kan…potong-potong kiub..letak dalam feezer..bila sejuk…makan..tabur garam sikit..serbuk asam boi ker…alahai..meleleh pulak ayor lior memalam ni..
Daun
Ubat paling mujarab untuk denggi..pahit dooow..tapi ubat kan..
Pucuk/ bunga betik…
Ni kalau ada penyakit darah rendah…yesss…ni ubat dia..Elok untuk pekatkan darah..
Cara : Makan pucuk yang di rebus..buat ulam..gulai..kerabu..
Bunga
kalau sakit perut cirit birit…emergency ubat..pi lah kat pokok betik tu..amik lah bunga dia..basuh dulu..kunyah-kunyah.. Telan..memang reda lah sakit perut tu…
Tapi..kalau sakit perut keracunan makanan…
Kunyah sardin dlm tin tu..makan..after 5..8 minutes.. Ok lah..
Tadi cite tentang daun betik ni dah ke lain pulak topik nyer..Iklan…tapi memang tu petua nya..akak share je..
Ok ni akak share resepi Kerabu pucuk/ bunga betik ya..
Sapa yang ada pokok betik..esok boleh buat ya..
Anggaran bahan tu agak-agak je lah…masak ni bukan boleh pakai resepi sangat..nak sedap..kooo ..campak-campak je lah..
Tapi campak-campak tu tengok gak bahan nyer..jangan tercampak garam lebih…ajee jenuh le kena darah tinggi lak…
Cara: Bahan yang ✅..tumbuk halus..campurkan dengan pucuk/ bunga betik..masukkan santan pekat..garam..kerisik dan perahan limau..balance kan rasa..pedas..masin..masam..
Sumber : Laila Sari Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...