Hakikatnya, bahawa amalan zikir bukan hanya sekadar ibadah, ia adalah amalan yang mempunyai kedudukan yang mulia dan utama di sisi Allah s.w.t.

Lazimnya zikir dilakukan selepas solat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan bila-bila masa.

Bagaimana pun, untuk ada juga amalan zikir dilakukan pada waktu tertentu.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh DrNoraini Talip 

di laman facebook milikinya mengenai panduan jadual zikir yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun. Ikuti perkongsian ini.

Amalan Zikir Ada Jadualnya. Ustazah Asma Harun Berkongsi Rahsianya.

JADUAL WAKTU ZIKIR [Perkongsian Ustazah Asma Harun dan juga apa yang ibu pelajari sepanjang perjalanan menuntut ilmu]

Ads

Tak dapat nak hujah panjang2 sebab ibu bukan ustazah tapi ibu nak share ni Jadual zikir dengan mengamalkan zikir yang lebih aula (baik).

Ciri zikir yang lebih aula antaranya ialah:
1. Dipetik daripada ayat ayat suci al Quran
2. Dipetik daripada Hadith Sohih
3. Ringan pada sebutan tapi berat pada ganjaran. Maksudnya sangat besar ganjarannya. Waktu semakin singkat, maka kena amalkan zikir yang paling memberi bekas.

Zikir tersebut wajarlah kita amalkan supaya hajat kita nanti nak setaman dengan Baginda Nabi saw, para sahabat, anbiya’ dan ulama terkabul. Moga Allah kabulkan.

Kena usaha na. Biar kat dunia jiran kita bukan siapa2 tapi di akhirat biarlah setaman dengan mereka yang tersebut di atas. Subhanallah Tabarakaulloh. Bayangkan indahnya saat itu.

Jadual waktu zikir

Ads

Amalan Zikir Ada Jadualnya. Ustazah Asma Harun Berkongsi Rahsianya.

#Waktu lepas subuh hingga zuhur* : Bacalah sebaik-baik kalimah dan sebesar2 ganjaran jika diamalkan iaitu “La ila ha illaulloh”. Kajian menunjukkan orang Islam yang meninggal, 10% aje boleh sebut kalimah ini. Mudah2an dengan melaziminya kita bisa menyebut kala sakaratulmaut.

#Waktu lepas zuhur hingga asar* : Bacalah selawat atas Nabi saw pada bacaan yang biasa kita baca. 1x selawat kita kepada Nabi saw, 10x Allah selawat atas kita (ucap selamat). Besar tu, nak dapat syafaat Nabi kan.

#Waktu lepas asar hingga maghrib* : Bacalah tasbih dan 2 kalimatain yang disuruh sangat membaca iaitu Subhanallahi Bihamdih, Subhanallahil Azimi.

Ads

#Waktu lepas maghrib hinggga Isya* : Bacalah La hawlawa quwwata illa billah. Ini untuk peningkatan ketauhidan kita.

#Waktu lsya’ hingga tertidur (subuh)* : Bacalah istighfar banyak-banyak, kalau kita mati dalam tidur mudah mudahan dalam pengampunan Allah.

Jadi amalan 

Maaflah ibu tak de keyboard jawi nak tulis. Mudah-mudahan dengan amalan ini mati kita dalam Islam dan bahagia kehidupan di alam barzakh dan di akhirat nanti .

Allahumma yasir. Moga Allah permudahkan niat dan amalan yang baik. Aamiin.

#zikirharian
#zikirringanpadasebutanberatpadaganjaran
#beautifullife
#bekindbecouragebestrongbehappy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI