
Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Jom tonton video ini;
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Jangan Buat Main Bila Sakit Lutut, Dr Ini Jelaskan Cara Nak Cegah.

Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
.
Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita terutama yang sudah mencapai umur 40 tahun ke atas supaya menjaga kesihatan muskuloskeletal mereka dari awal lagi bagi melambatkan masalah ini.
.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan muskuloskeletal?
.
Sistem muskuloskeletal tubuh kita terdiri dari tulang kerangka, otot, tulang rawan, tendon, ligamen, sendi dan tisu penghubung lain. Secara ringkasnya sistem muskuloskeletal mencakupi 3 sistem iaitu tulang, sendi dan otot. Menurut International Osteoporosis Foundation, tubuh kita disokong oleh 206 tulang, 230 sendi dan 600 otot. Sistem ini memberikan bentuk dan sokongan pada tubuh. Ia juga memberikan kestabilan dan kekuatan ketika kita bergerak bagi menjalankan aktiviti harian dengan bebas.
.
Untuk mendapatkan kesihatan muskuloskeletal yang baik dua faktor yang penting kita harus lakukan iaitu mendapatkan nutrien yang seimbang dalam pemakanan. Pemakanan kita haruslah mengandungi kalsium yang tinggi, protein, kolagen, vitamin dan minerals.
.
Selain itu kita haruslah melakukan pergerakan fizikal, bersesuaian dengan umur dan fitness kita. Kita boleh melakukan aktiviti aerobik seperti berlari, mengangkat berat atau melakukan senaman regangan seperti Tai-Chi, Yoga atau Senaman Melayu Tua.
.
Masalah dengan masyarakat Malaysia sekarang, mereka tidak mengambil makanan seimbang yang mempunyai cukup nutrisi. Mereka mengambil makanan ringan, makanan segera, makanan berproses dan makanan dan minuman yang bergula dan bergas. Jadi mereka kekurangan mikronutrien sama ada mineral (terutamanya kalsium), vitamin dan antioksida.
.
Pada masa yang sama kita tidak melakukan aktiviti fizikal secukupnya. Menurut Tinjauan Kebangsaan berkaitan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 25.1% orang dewasa di Malaysia tidak aktif fizikal. Dari bangun tidur, pergi kerja menaiki kereta, sampai tempat kerja duduk selama 8 jam, balik rumah berkereta. Sampai rumah duduk lagi sehingga waktu tidur. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah sendi (terutamanya sendi lutut), kerapuhan tulang (osteophorosis) dan kelemahan otot (sarcopenia).
.
Bagaimanakah sistem ini merosot mengikut umur dan menjejaskan kehidupan kita?
.
Terdapat tiga masalah yang berkaitan dengan sistem muskuloskeletal ini, iaitu sarcopenia, ostrophorosis dan osteoarthritis.
.
Sarcopenia adalah sindrome (kumpulan gejala) yang menyebabkan kehilangan otot-otot secara beransur-ansur dan secara keseluruhan (bukan hanya otot kaki atau tangan sahaja) yang menyebabkan masalah ketidakupayaan fizikal (badan menjadi tidak buat membuat sesuatu), kualiti hidup yang rendah dan akhirnya kematian. Dua tanda utama adalah kehilangan stamina dan merasa cepat penat.
.
Osteoporosis adalah penyakit yang berkaitan tulang apabila tulang menjadi lemah dan mudah patah. Ia disebabkan oleh tubuh kehilangan kalsium dengan cepat dari tulang, atau membuat tulang terlalu perlahan (yang sering berpunca dari kekurangan kalsium) atau kedua-duanya. Tulang menjadi patah apabila terjatuh, terhantuk, tersendung pada perabut ketika berjalan. Dua tanda utama apabila tulang mudah patah dan merasa sakit ketika berjalan atau memegang (kerana tidak menyedari tulang mereka patah).
.
Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang sering berlaku apabila terdapat kerosakan tulang rawan (cartilage), iatu tulang lembut yang berada di antara dua tulang dan berada dalam sendi. Ia melibatkan sendi lutut, jari tangan dan jari kaki, sendi punggung dan sendi tulang belakang. Dua tanda utama iaitu sendi tidak boleh dibengkokan kerana sakit dan bengkak pada sendi terutama di awal pagi.
.
Punca bagi ketiga-tiga masalah adalah akibat umur yang semakin meningkat, pemakanan yang diamalkan, dan tahap aktiviti fizikal semasa muda.
.
Sebagai contoh, tulang mungkin menjadi lemah seawal usia 30-an. Tulang rawan sendi, 60% daripadanya dibina dari kolagen, yang bertindak sebagai ‘kusyen’ antara dua tulang, merosot dengan ketara pada usia 40-an. Ramai yang terpaksa bersolat di atas kerusi kerana tidak boleh membengkokkan sendi lutut ketika sujud. Kekuatan otot kita pula semakin berkurangan sebanyak 30% jika kita tidak melakukan apa-apa akitiviti langsung selama dua minggu.
.
Contoh pesakit yang baru menjalani pembedahan besar, contohnya pada abdomen, tidak mampu berdiri tanpa bantuan. Begitu juga wanita yang baru menjalani pembedahan Caesarean. Jika dia hanya berbaring selama dua minggu kekuatan ototnya akan berkurangan. Apatah lagi apabila kita semakin berumur. Dikatakan apabila mencapai umur 50 tahun kekuatan seseorang akan merosot sebanyak 10%.
.
Kemerosotan tulang, sendi dan otot apabila usia meningkat boleh menyebabkan wujudnya beberapa keadaan seperti osteoporosis, osteoarthritis dan sarcopenia yang boleh menjejaskan pergerakan jika kita tidak menjaga tubuh kita. Sesetengah keadaan ini mendatangkan rasa sakit (seperti sakit lutut akibat osteoarthritis), rasa tidak selesa seperti bangun dari kerusi, tidak dapat mengekalkan keseimbangan tubuh ketika berdiri, tidak dapat mengekalkan postur semasa berjalan dan pergerakan menjadi semakin perlahan. Secara beransur-ansur mereka mengalami kesukaran bergerak secara bebas dan kualiti hidup mereka terjejas. Mereka sentiasa memerlukan pembantu dalam menguruskan kehidupan seharian seperti membersihkan diri, makan, minum dan memakai pakaian.
.
Kumpulan apa yang lebih berisiko tinggi?
.
Mereka yang berisiko adalah :
1. Individu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, sehingga tidak mendapat nutrien yang diperlukan untuk membina otot, sendi dan tulang.
2. Individu yang tidak melakukan aktiviti fizikal juga berisiko mendapat masalah-masalah ini, terutama mereka yang duduk ketika bekerja selama 8 jam.
3. Individu yang mengalami masalah penghadaman seperti keradangan usus, mengganggu penyerapan nutrien yang diperlukan.
4. Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit auto-immune atau ketidakseimbangan hormon.
.
Bagaimana pencegahan untuk kemerosotan tulang, otot & sendi?
.
Secara amnya kita harus menjaga pemakanan kita yang seimbang. Gunakan konsep pemakan pinggan sihat (healthy plate) atau di Malaysia disebut “suku-suku separuh”. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun, protein sihat dari susu, ikan dan telur, dan banyakkan makan sayur dan buah.
.
Lakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan umur. Bagi orang muda mungkin sesuai senaman agresif seperti High Intensity Intermittent training (HIIT), tetapi bagi orang tua mungkin berjalan kaki, menaiki tangga dalam rumah, senaman regangan seperti yoga, tai-chi atau senaman Melayu Tua. Melakukan akitiviti menanam pokok, membersihkan rumah dan membasuh kereta juga dianggap sebagai aktiviti fizikal yang berfaedah.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
“Along.. Along.. Ayah Nak Beli Ikan Keli Boleh?”- Kisah Bikin Sebak Buat Teringat Ayah Di Kampung

Kasih seorang bapa tiada batasan buat anak-anak. Sedangkan apabila bapa sedang meniti usia, lemah tiada tenaga masih ada anak yang mampu menjaga bapanya sendiri sedangkan ada segelintir yang tak sanggup menjaga orang tuanya
Dalam satu kongsian yang dikongsi oleh Ummi Yahaya kisah di sebuah pasaraya yang membuat dia tersentak dengan satu peristiwa.
“Lepas habis check up ibu, dia nak singgah Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat hari tu.
Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu.
Saya dah perasan ayah jenguk-jenguk kedalam. Saya agak dah, ayah ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula-mula cakap, tak nak lah sambil terus tolak troli kedepan.
Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan drag dulu. Anak saya tau dah apa perlu buat, dia akan layan atoknya borak, dia tanya ” atok nak ikan keli tu tak tok?”
“Entah ye, boleh ke atok nak sekor?”
“Boleh lah kot. Nanti kita tanya umi”
Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya “along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?”
Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih ikannya. Tersengeh2 dan gelak2 ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan sebab salah ikan.
Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap
“cukuplah satu, ayah nak rasa2 je…”
Allahu..
Kawan,
Dahulunya.. waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang sama, waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan kerenah kita.
Hari ni, dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma mahukan perhatian dan kawan berbual. Makan pun tidak seberapa.
Kita, belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja kenangan indah-indah supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan. Peliharalah ibu bapa kita sementara mereka masih bernafas.
Walaupun kadangkala kita merasakan ibu bapa kita banyak karenah, namun begitulah juga kita sewaktu kecil yang banyak karenah. Mereka tetap sabar melayani kita walaubagaimana sekali perangai kita pada ketika itu. Inilah masanya untuk kita membalas jaga mereka walaupun kita tahu tak setanding besarnya jasa mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa
Sumber: Ummi Yahaya & FB Oh My Media
Didik Anak Nombor 2, Jiwa Harus Kental & Kuat. Akalnya Panjang Tapi Pergi Mana Pun Pasti Disebut

Setiap anak tak sama perangai dan karenahnya. Ada yang jenis senyap, mendengar kata. Ada pula yang kuat membantah tapi penyayang orangnya. Namun, walau bagaimana sekalipun, anak-anak adalah anugerah terindah dari Yang Maha Esa buat ibu bapa.
Kalau anak sulung lebih kepada bertanggungjawab dan membantu menjaga adik-adik, berbeza dengan anak kedua. Ada pandangan mengatakan karakter anak kedua ini penuh misteri.

Disebabkan anak kedua berada di tengah-tengah anak sulung dan bongsu secara tidak langsung ia harus beralah kepada abang atau dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal. Tapi, tak dilupakan juga bahawa anak kedua yang paling banyak buat mak ayah mengucap!

Wanita ini berkongsikan pandangan mengenai karekter anak kedua. Begitu pun, baginya tiada anak-anak yang nakal. Tinggal lagi mungkin ibu bapa yang kurang kesabaran dalam berhadapan dengan karenah anak-anak.
Mak pernah cakap:
“Nak didik anak no 2 ni jiwa harus kental dan kuat…sebab anak no 2 ni lain sifatnya..
Anak no 2,
Mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi…
Istighfarnya banyak…
Akalnya panjang…
Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu…
Pergilah mana mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut…
Itulah istimewanya anak no 2…
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan…
Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang2 tiada kesabaran…
Muhasabah diri
#ummikhairullah
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club