Amal Surah ‘Istimewa’ Mohon Allah Lindungi Anak Dan Keluarga, Ibu Ini Kongsikan Caranya!

Share

Rentetan kes melibatkan pengasuh yang berlaku di negara kita buat ibu-ibu makin risau untuk menghantar anak.

Siapapun tidak mahu berdepan dengan situasi sebegini. Menghantar anak pada orang lain sebenarnya cukup berat dilakukan namun apakan daya. Hanya doa dan tawakal mengiringi anak setiap hari.

Demi menjaga kesejahteraan kita sekeluarga, ada baiknya kita amalkan bacaan surah AL Ikhlas, seperti yang dikongikan oleh ibu Diyana Jamal.


Selepas kes penuh tragis adik #AdamRayqal, kini adik #Naufal. Bila terjadinya kejadian yang melibatkan pengasuh, ramai ibu-ibu yang bekerja khuatir dan risau.

Tak terkecuali, ada pula drama tuduh menuduh. Marah hingga mencaci. Kata pengasuh begitu begini.

Yang mengangkat diri atau isteri mereka paling hebat berhenti bekerja kerana menjaga anak, tak kurang dahsyatnya.

Astagfirullah…

Kawan-kawan, perkara begini tiada siapa yang mahu. Ibu-ibu yang bekerja itu bukan kerana tak sayangkan anak, tapi mereka ada sebabnya.

Bila jadi keadaan begini, kita kawallah diri dari berkata-kata atau menulis dengan kata-kata yang menghiris.

Usah tambah luka si ibu si ayah. Usah menambah benci dan dosa. Diam adalah suatu perkara yang ternyata banyak baiknya.

Kita biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan. Janganlah kita memandai-mandai buat andaian.

Benda tak jadi pada kita. Kita bolehlah berkata itu ini. Cuba berlaku pada diri atau keluarga terdekat kita.

Bagaimanakah perasaan kita?
Nauzubillahiminzalik. Jauhkanlah…

Tadi ustazah ibu ada bagi tips.

Bila masuk rumah, lepas beri salam, bacalah isti’azah. Kemudian, baca surah Al Ikhlas.

Baca 1x – insha Allah, Allah akan sejahterakan diri kita.

Baca 2x – insha Allah, seisi rumah itu akan selamat sejahtera.

Baca 3x- insha Allah, Allah akan pelihara kesejahteraan diri kita, isi rumah kita dan seluruh kejiranan tu termasuklah yang bukan Islam.

Wallahualam.

Kita cubalah amalkan sama-sama. Moga-moga Allah lindungi diri kita, anak-anak dan seisi keluarga termasuklah jiran-jiran kita.

Kongsikan tips ni pada yang lain juga. Mudah mudahan kita semua terpelihara dari kecelakaan dan bala bencana. Aamin. #IbuDiyana.

Kredit: Diyana Jamal