Menjaga kecantikan dan kesihatan wanita dengan menggunakan amalan tradisi orang dulu-dulu, tidak dinafikan ada manfaatnya.
Umpamanya dengan minum air kunyit sekurang-kurangnya sekali sehari, nak tahu detail ini perkongsiannya.
Hanya Amal Jus Air Kunyit, Dari Kulit Berjeragat Jadi Licin Terus
Air kunyit ni sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
Ads
Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit.Menghaluskan kulit wajah.Meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.
Ads
Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita. Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan baanyak lagi.
Saya guna ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.
Ads
Caranya:
1. Kisarkan ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5 gelas air masak.
2. Tapis airnya.
3. Campurkan sedikit air asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut turut selepas darah nifas bagi orang bersalin. Untuk dijadikan amalan elok diminum sekali sehari setiap pagi atau malam atau bila berkesempatan asalkan ada minum.
Tidak makan dek usia, siapa sangka dengan wajah yang sentiasa awet muda, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, kini sudah memasuki usia 50 tahun.
Setelah berjaya mengorek rahsia awet muda dari beliau, ternyata Syafinaz sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan sejak usianya 16 tahun lagi.
Syafinaz berkata, dia sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan memandangkan memiliki jenis kulit yang sangat sensitif.
Berkongsi mengenai tip penjagaan kulit, Syafinaz berkata dia sentiasa mengamalkan pemakaian ‘mask’ muka dengan kerap.
“Saya selalu memakai ‘mask’ muka. Saya tidak tipu apabila saya cakap saya mempunyai lebih dari 10 jenis ‘mask’. Selagi ada ‘mask’, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.
“kadang -kadang dalam sehari saya memakai ‘mask’ sebanyak dua kali,” ujarnya.
Selain itu, pelontar suara soprano akan memastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi.
“Dan, saya juga akan memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,”ujarnya lagi.
Untuk pengetahuan, amalan minum air pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur dapat mencuci perut dan mengimbangkan sistem limfa. Apabila sistem limfa stabil dan seimbang, maka badan akan memiliki sistem imun yang kuat. mengelakkan badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
Sumber: Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru je lepas makan, tapi masih rasa lapar? Kalau layankan sangat, mau bertambah berat ni!
Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa lah susah sangat hendak turun berat badan? Mungkin anda sebenarnya mengalami false hunger.
Sikit-sikit nak makan- nafsu makan anda tidak mengira masa terutamanya kalau sedang craving. Manalah badan tidak naik, kan?
Namun, hati-hati kerana anda mungkin telah menyalah ertikan rasa lapar tersebut. Ini kerana rasa lapar boleh terbahagi kepada dua, false hunger dan true hunger.
FALSE HUNGER
False hunger bermaksud anda makan mengikut faktor-faktor yang tertentu seperti emosi atau tindak balas terhadap rangsangan yang spesifik seperti visual makanan sedap serta bau makanan yang menyelerakan.
Contoh-contoh faktor emosi false hunger adalah apabila seseorang individu makan ketika berasa tertekan, bosan ataupun sebab rasa seronok dapat menikmati makanan.
Antara contoh tindak balas terhadap rangsangan pula bergantung pada situasi individu pada masa itu.
Individu tersebut mungkin rasa lapar kerana bau makanan yang menyelerakan ataupun kerana tertarik terhadap visual makanan yang terhidang.
False hunger selalunya cenderung ke arah pemakanan yang tidak berkhasiat, berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Ini secara langsung mampu menyumbang kepada risiko obesiti dan penyakit-penyakit berbahaya kerana makan melebihi keperluan.
TRUE HUNGER
Tanda rasa lapar yang sebetulnya akan bermula daripada bawah sternum dan akan naik menuju ke esofagus lalu ke tekak.
Selain itu, rasa lapar ini akan bermula 4 ke 5 jam setelah anda makan.
Tanda-tanda true hunger seperti ini:
Perut berasa pedih apabila lapar
Tidak boleh fokus apabila melakukan sesuatu
Perut mula ‘berkeroncong
Bagaimanakah cara nak elak false hunger?
1. Kenal pasti punca rasa lapar
Cuba amalkan bertanya pada diri sendiri soalan-soalan ini:
“Apa yang patut saya makan?” Jika jawapan apa-apa sahaja, ini menunjukkan bahawa perasaan lapar itu adalah true hunger.
Namun, jika anda terfikir akan makanan yang tertentu, seperti kek atau chocolate chip, berkemungkinan besar anda sedang mengalami false hunger.
2. Jaga portion makan anda bagi mengelakkan rasa lapar false hunger
Amalkan mengambil makanan yang lebih ‘berat’ ketika bersarapan dan makan tengah hari dengan makanan yang lebih kecil jumlahnya.
Namun, ini tidak bermaksud anda harus ‘melantak’ ketika bersarapan pula!
Makan dengan lebih banyak pada waktu pagi kerana badan anda akan berfungsi dengan baik setelah berehat pada malam sebelumnya.
Oleh itu, makanan daripada sarapan akan dibakar dengan lebih baik kerana proses pembakaran makanan dalam badan akan menjadi perlahan menjelang malam.
Apabila badan tidak membakar kalori dengan baik, lemak-lemak akan tersimpan terutamanya di bahagian perut, paha, punggung dan anggota badan.
3. Elakkan makanan yang mengandungi perangsang rasa
Anda harus mengelakkan makanan yang mempunyai perangsang kerana ia akan membuatkan otak anda memberi signal untuk makan lebih banyak.
Contoh perangsang yang terkandung di dalam makanan ialah MSG (monosodium glutamate).
MSG ialah food enhancer yang akan menyedapkan apa jua juadah yang diletak MSG.
Anda harus berwaspada kerana mungkin sesetengah produk tidak mengandungi bahan ini tapi jika ia mengandungi glutamate, ia masih boleh jadi MSG.
Ini kerana MSG boleh terbentuk sekiranya glutamate dipanaskan.
Oleh itu, jangan tertipu. Produk mungkin dipasarkan tanpa MSG tetapi jika terdapat kandungan glutamate, MSG boleh terbentuk dan ini akan mendorong kepada pengambilan makanan yang banyak.
4. Ambil masa ketika mengunyah, jangan makan terlalu laju
Tahukah anda perut terpaksa bekerja dengan lebih keras sekiranya makanan tidak dikunyah dengan cukup?
Makanan yang tidak dikunyah secukupnya akan menyukarkan perut anda untuk menghadam makanan tersebut.
Selain itu, makanan yang tidak berjaya dihadam sepenuhnya akan diturunkan ke usus dan ini boleh menjadi punca-punca sakit perut.
Ingat, penghadaman makanan yang baik bermula daripada mulut anda sendiri.
Makanan yang tidak dihadam dengan baik tidak akan dapat memberikan nutrisi secukupnya kepada badan dan kesihatan.
5. Jika rasa lapar, masukkan makanan ke dalam mulut dalam jumlah yang kecil
Apabila anda memasukkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, ia akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas secara lancar ketika mengunyah.
Ini akan menyebabkan badan anda membuat keputusan untuk terus menelan makanan yang berada di dalam mulut tersebut tanpa betul-betul mengunyah makanan itu terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kulit wajah berjerawat, banyak terdedah pada cahaya matahari menyebabkan kulit sunburn? Apa kata ibu-ibu cuba buat face mist menggunakan timun.
Tip cantik ini dikongsikan oleh Tengku Wdec yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kulit wajah. Jom cuba!
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat. Jangan lupe share ok👌💗
Cara membuat:
1)Bahan: timun sebatang.
Potong-potong. Rebuskan dgn air sikit. Jangan lama sangat. Sbb timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitamin die hilang. Agak lembut sikit blh terus angkat. Sejukkan sekejap.
2) Blend timun tadi dgn sedikit air rebusan. Agak2 je. Jangan banyak sgt.
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
Tip Cantik:
Selain membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit, face mist digunakan sebelum dan sesudah makeup bagi menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
Jika wajah mempunyai jerawat kemerahan atau sensitif, ianya dapat meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.