Ramai orang cakap, minum air rebusan harba bagus untuk tubuh badan untuk kembali aktif dan bertenaga.
Begitu juga jika mengamalkan air rebusan durian belanda. Dikatakan punya banyak manfaatnya dan kesannya telah dirasai sendiri oleh Rosmah sekeluarga.
Mahu lebih ramai mengetahui khasiat amalkannya itu, turut dikongsikan cara penyediaan air rebusan tersebut di media sosial.
Semoga amalan minum air rebusan ini juga serasi dengan diri anda. Selamat mencuba dan ini perkongsiannya.
Petua ni saya dapat dari seorang cikgu bila saya jumpa beliau semasa saya buat cod barang niaga saya.
Alhamdulillah saya minum, bila bangun pagi badan memang rasa ringan. Angin keluar berdesup.
Suami saya pulak mengidap diabetis, tapak kaki selalu kebas, saya rebus dan suami amalkan, Alhamdulillah sekarang kaki dah tak kebas.
Mak sedara saya mengidap barah usus, dah operate tapi masih ada sel barah tu.. Cuma amalkan air rebusan ni saja beliau sembuh.
Alhamdulillah
Tapi semua tu dengan izin Allah, kita di suruh berusaha.
Cara nya ada pada gambar ya, moga dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.
Step 1 : Ambil daun durian belanda dengan jumlah yang ganjil. Contoh yang saya buat adalah 33 helai.
Step 2 : Bersihkan daun durian belanda sambil ramas-ramas. Kemudian masukkan 2 jag air iaitu saiz 2.2 liter.
Step 3 : Rebus hingga tinggal separuh air rebusannya.
Step 4 : Simpan air rebusan di dalam bekas.
Step 5 : Minum segelas dan setiap hari saya minum dua atau tiga kali.
Sumber : Rosmah Rasidi TE
Kulit Muka Cantik Dan Sihat Dengan Kunyit, Rugi Kalau Wanita Bergelar Isteri Tak Cuba!
Kunyit sebagai bahan utama kecantikan? Memang sedikit janggal bunyinya. Kunyit yang menjadi bahan utama ketika menggoreng memang besar manfaatnya buat tubuh kita. Tak hanya untuk masakan, kunyit yang kita guna dalam makanan ini besar manfaatnya buat kecantikan terutama kecantikan kulit.
Tapi tahu tak kunyit juga mempunyai tugas lebih daripada peranannya di dapur? Anda pasti akan suka dengan kunyit kerana ternyata banyak manfaatnya untuk kecantikan.
Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.
Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?
Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
Sapu Pada Wajah
Serbuk kunyit boleh digunakan dan dicampur sedikit air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.
Dalaman Tubuh
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air kosong, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
Skrub Kunyit
Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Rupanya Begini Peel Anak Perempuan. Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu.
Anak adalah permata hati buat ibu dan ayah. Ia adalah amanah buat setiap pasangan sebagai pengikat kasih.
Jadi sudah tentu, pasangan akan memastikan anak-anak menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupan.
Namun, dalam mendidik anak-anak berlainan jantina ada cabarannya. Bagi yang mempunyai anak perempuan sudah tentu ada cabarannya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian coach parenting ini, Mohd Fhais Salim moga jadi paduan bersama.
Peel anak perempuan yang kena tahu.
Semua ayah kena tahu ilmu fahami anak perempuan. Jika anak mudah terasa, tersinggung & emo lebih sabar la banyak-banyak.
Istighfar selalu agar di beri kesabaran. Anak perempuan memang semulajadi sensetif !
Kita tegur sikit je, dia punya meraung nangis macam kena rotan bertubi tubi.
– merajuk
– menyorok
– menangis
– menyendiri
– memogok
Semua benda ni dah jadi perkara biasa. Sabar je la. Dengan anak perempuan tak boleh kasar sangat, hatta kerja askar sekalipun.
Selasak mana pun anak perempuan kita, percayalah hati dia tetap sensitif.
– rendahkan suara
– lembutkan bahasa
– senyum selalu
InsyaAllah. Buat 3 benda ni.
Anak kita akan jadi sangat rapat & sangat selesa dengan kita sampai bila-bila. Ayah kekasih hati pertama setiap anak perempuan.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Pasca Jangkitan Covid-19, Sampai Bila Nak Hilang? Ini Penjelasan Doktor
Isi Kandungan
TogglePasca jangkitan Covid-19 bukan biasa-biasa. Ramai yang telah sembuh virus ini mengakui kesan pasca jangkitan lebih dahsyat daripada simptom awalnya.
Walaupun rata-rata yang dijangkiti varian Omicron mengalami gejala-gejala ringan dan sederhana dan sembuh tanpa rawatan khusus, tetapi ramai juga yang mengadu mengalami pelbagai gejala lain seperti batuk, sakit tekak dan sukar bernafas selepas sembuh.
Menurut Dr. Mohd Shaiful Ehsan seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazette, negara kita sememangnya masih dibebani dengan pandemik COVID-19.
Meskipun kebanyakan pesakit mengalami gejala-gejala ringan dan sederhana, dan sembuh tanpa rawatan khusus, namun tidak semua pesakit sembuh sepenuhya dalam tempoh yang sama.
Ini lebih ketara bagi pesakit yang mengalami jangkitan COVID-19 yang teruk seperti kegagalan fungsi organ dan memerlukan rawatan rapi di hospital. Kajian menunjukkan pesakit masih mengalami pelbagai gejala setelah jangkitan akut yang teruk.
Gejala selepas pasca jangkitan COVID-19
Secara umumnya, sebahagian besar pesakit pasca jangkitan COVID-19 akan mengalami beberapa gejala ringan mahupun ada yang terus bebas dari sebarang gejala. Gejala tersebut ada kalanya tidak khusus dan mungkin juga tidak berkaitan dengan gejala asal COVID-19. Ianya juga boleh berubah-ubah mengikut masa.
Antara gejala-gejala pasca jangkitan yang boleh terjadi termasuklah: bunyi desing di telinga, sakit telinga, sakit tekak, kurang deria rasa atau bau, sesak nafas, batuk – batuk, dada sempit, sakit dada, berdebar – debar, sakit perut, loya, cirit birit, kurang selera makan, keletihan, demam, sakit-sakit badan, sakit sendi, ruam-ruam kulit, sakit kepala, pening kepala, gangguan tidur, kemurungan mahupun merasa cemas.
Gejala-gejala ini boleh berterusan selama tiga sehingga enam bulan selepas jangkitan akut COVID-19. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak pesakit mahupun pihak warga kesihatan dalam menilai gejala-gejala ini samada merupakan penyakit yang lain atau pun merupakan kesan lama dari jangkitan COVID-19. Namun begitu, kebanyakan gejala selepas pasca jangkitan COVID-19 ini hadir dalam sekumpulan gejala dan bukannya satu gejala semata-mata.
Apa yang perlu dilakukan?
Pemantauan berkala oleh pihak kesihatan terhadap pesakit pasca COVID-19 ini sangat penting untuk menilai gejala pesakit ini secara menyeluruh. Matlamat utama pemantauan ini adalah untuk mengenalpasti sekiranya berulang kembali jangkitan COVID-19 dan menjalankan ujian COVID-19 sekiranya perlu.
Untuk pesakit yang tidak memenuhi kriteria jangkitan semula COVID-19 dan tidak disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lain melalui penilaian menyeluruh, rawatan simptomatik boleh diberikan untuk mengawal gejala yang ada. Pesakit juga boleh melakukan pemantauan kendiri di rumah.
Pesakit ini seperti juga pesakit yang lain, perlu dirujuk segera ke hospital jika mengalami sebarang tanda-tanda berbahaya seperti sukar bernafas, kurang kandungan oksigen dalam badan, sakit dada yang tiba-tiba tanpa sebab yang jelas, sebarang gejala saraf dan apa jua kecelaruan kognitif pemikiran.
Pesakit ini juga sekiranya mengalami sebarang komplikasi juga perlu dirujuk untuk dirawat dengan segera oleh jabatan berkaitan.
Secara umumnya, tiada jangkaan jelas berkenaan sejauh mana jangkitan COVID-19 akan memberi kesan dalam jangka masa panjang kepada pesakit, termasuklah ketika pasca jangkitan.
Walau bagaimanapun, kebarangkalian gejala berterusan selepas jangkitan COVID-19 ini boleh berlaku di mana pemantauan kendiri, pemakaian pelitup muka, mengelakkan kawasan sesak, penjagaan kebersihan dan pengambilan vaksin perlulah diutamakan.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)